Saturday, April 15, 2017

Europe17-D6&7-Edinburgh

Di Scotland tiada destinasi spesifik untuk lawatan sekadar menjamu mata melihat pemandangan. 

Di sini sedikit mudah mencari destinasi menarik kerana ada pelajar yang akan menunjukkan jalan. 


Di Edinburgh kami menginap di rumah tumpangan...Ala ala ala homestay satu rumah dikongsi ramai pengunjung. Bezanya tuan rumah tidak duduk bersama dan setiap bilik dilengkapi dengan bilik air. Dua malam akan menginap di sini. Caj hampir Rm400 untuk 2 mlm. Kedudukan sangat hampir dengan pusat bandar. Mujur di sini terdapat tempat parking percuma diluar rumah.







Rupanya di Edinburgh ramai pelajar yang dikenali...Keluarga mereka kenalan rapat kami. Kalau lah tahu boleh saja menumpang rumah mereka.




Selain kos penginapan pengunjung perlu mengambil kira caj parking kenderaan... Kos parking tersangat mahal jika di kawasan bandar. Penduduk tidak terlepas dari mendapatkan permit berbayar untuk mendapatkan petak letak kereta.



Caj parking dalam £4 sejam.   Pegawai penguasa sentiasa meronda..Kenderaan kami dikenakan kompaun £60 disebabkan meletakkan kereta melebihi masa sewaktu menikmati sarapan pagi.

Barangkali disebabkan caj parking yang mahal penggunaan kereta persendirian agak kurang di sini ..walaupun waktu puncak jalanraya tidak begitu sesak.







Melawat Edinburgh castle yang dibina di puncak bukit dahulunya  volkano namun kini sudah tidak aktif lagi .



Berkunjung juga ke Arthur Six..Kawasan pendakian bukit untuk melihat panorama bandar Edinburgh diawal pagi


Bersiaran di Princes Street...Kawasan belibelah utama Scotland. Juga menikmati pemandangan indah taman berdekatan









Di Edinburgh juga bertemu ramai tetamu dari Malaysia..



Sambil menjamu mata,  melawat university -university di Scotland. Mengambil gambar untuk rakan rakan yang ingin bernostalgia..Ramai kawan kawan yang belajar di Edinburgh dan Glasgow dulu...

Sesudah Edinburgh melawat Glasgow...



Sejam memandu dari Edinburgh.. Dalam perjalanan melawat Herriot Watt University...





Setibanya di University Glasgow tercengang melihat keindahan bangunan universiti. Melihat kepada plaque yang dipamerkan., University Glasgow telah wujud sejak 1451 lagi.. Takjub dengan ketelitian binaan bangunan.
Jurubina dahulu pastinya membina dengan penuh passion...Sebab itu seni binaan zaman dahulu tetap gagah membelah zaman. Entah berapa lama masa diambil untuk menyempurnakan bangunan sehebat ini tanpa bantuan teknologi seperti sekarang.





Mengakhiri lawatan Scotland berkunjung ke University of Edinburgh







Juga Edinburgh Central Mosque .



Masjid terbesar di Scotland ini sumbangan kerajaan Arab Saudi..Pernah terjadi insiden islamophobia disini setelah peristiwa letupan bom di Paris . Tetapi tiada kerosakan serius.

Esok kami akan bergerak ke London dan akan bermalam di Bermingham.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK