click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, April 11, 2017

Europe17-D4&5- Manchester

Selesai lawatan outlet jualan pinggan mangkuk di Stoke On Trent terus memandu ke Manchester..

Nota kepada pengunjung ..Sekiranya anda membeli barangan di UK jangan lupa menuntut semula duit VAT/GST sewaktu kembali semula ke tanahair..Selama tempoh belian tidak melebihi 3 bulan tuntutan VAT masih boleh dibuat. VAT/GST di UK adalah tinggi 18 persen. Maklumkan kepada pekedai  dan mereka akan mengeluarkan resit khas yang perlu ditunjukkan di kastam airport sewaktu balik nanti.

Manchester tidak jauh...dalam 40batu..Di UK unit-unit ukuran masih lagi menggunakan unit imperial...Jadi terkial kial untuk mengagak dengan tepat kerana sudah terbiasa dengan unit metrik. Jarak ke Manchester hampir sama dengan bilik penginapan di Burton. Penginapan di Manchester adalah hotel bajet Ibis yang terletak di Salford Quay..Akan bermalam 2 malam di hotel ini. Duduk di hotel tidak sebagaimana di homestay yang dikongsi bersama tuan rumah...Di sini kami bermalas malasan saja...Lagipun berdasarkan bacaan di internet tak banyak tempat dicadangkan, yang menarik untuk dilawati..Dah boleh agak sausana bagaimana tempat- tempat yang dicadangkan itu. Kebanyakan cadangan lebih menjurus kepada taman taman..cathedral, muzium..stadium...

Yang stadium ni ok boleh pergi ke sana..

Di Manchester terdapat 2 pasukan EPL utama MU dan MC...Stadium dipisahkan jarak tidak melebihi 20km..Jadi kedua tempat ini  kami lawati.



 Bertemu dengan pelawat dari Malaysia...Sudah tiga tempat yang kami lawati bertembung dengan ramai pengunjung Malaysia  ..Pusat belibelah Bicester Vilage Oxfordshire., Kilang Portmerrion Stoke on Trent dan sini Stadium MU di Old trafford




Dapat mencuci mata saja di pusat jualan merchandize sambil berswafoto...Kami bukan peminat tegar yang sanggup berhabis duit demi minat kepada idola..Sekadar membeli cenderahati mesra poket.

Seteru berjiran MU adalah MC. .Berkunjung ke Stadium Etihad juga..Melihat kepada sausana..penampilan MC sedikit suram berbanding MU. Mungkin disebabkan warna pasukan. Namun berdasarkan prestasi semasa, ketika ini MC mengatasi MU dalam kedudukan carta liga EPL





Sebagaimana di stadium MU di MC pun beli cenderahati mesra poket..

Selain melawat stadium, memenuhi hajat kawan di tanahair yang meminta mengunjungi rumah penginapan beliau sewaktu belajar dahulu di Cheetham Hill.







Kawasan Cheetham Hill  populasi Muslim memang tinggi. Sedang elok lah tu.. Yang menarik lagi ramai pemastautin melayu yang menetap disitu...Pemastautin ini dulunya anak anak kapal dagang yang mengambil keputusan untuk terus menetap di sana..








 Selain di Manchester terdapat penempatan seumpama ini  di Liverpool...Ada kelapangan nanti kami juga akan ke sana sewaktu dalam perjalanan ke Scotland.

Atas rekomen kawan menyinggah ke pusat belibelah di Cheetham Hill. Rambang mata melihat barangan yang dipamerkan.






Salah satu outlet yang mencuri tumpuan..Kedai gunting rambut...Boleh dicuba di tanahair nanti..


Kalaulah harga yang dipamerkan semurah sebutan nescaya banyak yang kami beli. Menyedari mahal setelah ditukarkan ke matawang sendiri..Kami mencuci mata sajalah..


Mana tak geram melihat ini...Segera teringat cucu ditanahair..Harga £20 sebelum diskaun 30 peratus..Ikutkan sebutan memang murah ..Macam 20 ringgit..


Setelah hari ke 4  hampir separuh destinasi lawatan telah dikunjungi...

Esok awal pagi kami akan meninggalkan Manchester untuk ke Scotland.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK