14 Hb Sept 2014, Ahad
Harini kami akan ke Pasar Tani Mega Shah Alam. Melihat ramai yang berbasikal dilaluan ini saban minggu terbit keinginan untuk mencuba.. Jarak pergi balik Bdr Country Homes Rawang - Shah Alam dalam 80km. Keadaan laluan adalah landai hanya sebahagian perlu mendaki.. Dalam perjalanan ke rumah rakan hujan mula renyai ..diikuti dengan hujan yang tersangat lebat. Alang alang dah terbasah nampaknya kena teruskan kayuhan, Singgah dulu di restoran mamak sambil menunggu rakan bersiap dan hujan reda.
Lama juga berada dikedai mamak. Hujan semakin reda, namun rakan tidak juga muncul. Melihat langit gelap rasanya hujan begini akan berpanjangan. Jika belum keluar rumah memang malas untuk beraktiviti diluar rumah..
Tak boleh bertangguh lagi, kena teruskan juga kayuhan tanpa rakan dalam hujan rintik. Betul..bertembung ramai yang berbasikal sepanjang perjalanan ke Shah Alam.. Ok juga sausana dingin tidak begitu memenatkan
Hujung minggu laluan motor ni memang agak lengang, itu sebab ramai yang berbasikal disini... Aku yakin jika laluan redup akan semakin ramai orang berbasikal disini. Diharapkan pihak kerajaan menguatkuasakan polisi kawasan hijau disetiap laluan bermotor begini. Bukankah bagus jika setiap kawasan lapang ditanam dengan pokok rimbun. Kerajaan perlu bertegas., tidak boleh terlalu mengharap dengan inisiatif pihak konsesi untuk melaksanakan polisi itu... Mereka hanya memikirkan untung dan rugi.
Ramai yang cakap negara tropika kurang sesuai untuk berbasikal kerana cuaca yang panas...Benarkah begitu... Sebenarnya kita yang cuba menongkah fitrah. Kawasan tropika pokok teramat mudah tumbuh. Kita yang mengada-ngada inginkan supaya kawasan menjadi lapang . Kita tidak bersungguh memasukkan elemen hijau disetiap kawasan pembangunan. Sepatutnya konsep bandar dalam taman menjadi polisi penting yang perlu diterap dan dikuatkuasakan disetiap pembangunan yang dirancang.
Jika kita berbasikal dikawasan rekreasi berhutan sausana adalah tersangat nyaman walaupun berbasikal di waktu tengahari.
Kita berkayuh santai, bukan berlumba..jadi tak perlu memaksa diri..Bila penat berehat.. hampir 2 jam berkayuh, tiba juga dii Shah Alam..
Hehe selera sungguh setelah penat berkayuh...Tengok itu teringin..tengok ini teringin..pendek kata lihat makanan semuanya sedap...Apa lagi..Melahap makanan setelah penat berkerja tidak mengapa, kerana makanan ini akan memberikan/ mengembalikan tenaga..Yang tak betulnya..berlebihan makan tanpa riadah...Penerimaan tenaga melebihi penggunaan... lebihan ini yang akan memudharatkan badan.
Nama saja pasartani, tapi pelbagai aktiviti boleh ditemui di sini..Penjualan kereta dan pelbagai keperluan lain juga ada.. Brader diatas sedang membuat demontrasi kaedah mudah pembelajaran matematik... Di merata tempat aku jumpa brader ni...
Haha..matlamat untuk berbasikal ke Shah Alam tercapai...Mereka yang tidak pernah berbasikal akan terkejut dengan pencapaian ini. Tapi yang selalu berbasikal pastinya akan sinis dengan aku. Takpa akan datang akan cari destinasi yang lebih jauh lagi..
No comments:
Post a Comment