Tuesday, September 9, 2014

Aksi Mat Rempit- Laju Gila Babi...

Ok sambongan entry terdahulu.


Pergi K. Trengganu tidak lengkap jika tidak membeli ole ole keropok lekor..Yang lecehnya di sesetengah gerai  terpaksa beratur  panjang...Bagusnya sekarang telah ada penambahbaikan cara membungkus keropok. Tiada masalah untuk dibawa ke destinasi  jauh kerana keropok dibungkus menggunakan vakum...


Setelah bermalam di rumah orang tua rakan , jam 10 pagi  kami beredar meninggalkan K.Trengganu. Rakan aku memilih jalan pantai juga. Ermm  melepaslah untuk mengetahui status pembinaan LPT2. Dia cakap jalan pantai lebih dekat  selain dapat melihat pemandangan  lebih indah... Ermm oklah wa follow..Haritu hari cuti merdeka. Aku perhati beratus-ratus anak muda bermotor secara berkumpulan  di sepanjang laluan..di kedua-dua arah....Mungkin ada majlis meraikan kemerdekaan di mana-mana...  Yang tak seronoknya..,mereka berlumba sesama sendiri  dengan aksi  superman sambil  cilok mencilok dicelah-celah kenderaan ..Tidak sepadan dengan semangat merdeka yang cuba diraikan.


Tiada apa yang  dikejarkan.. Kami menonggang secara santai..Berhenti bila penat sambil menikmati pemandangan...Terlelap juga bila dibelai  angin pantai...

Peristiwa di lebuhraya yang tak dapat aku lupakan. Sedang kami melayan tonggangan santai, tetiba berdesing bunyi enjin motor menerpa ke arah kami... Kelihatan dua biji motor sedang berlumba sambil berbaring di atas motor... Mereka memotong kami  beb.  Wah..!  tak padan dengan enjin  kecik.. Aku  mengekori rapat..Manakala  kawan aku tak beri peluang  dipintasnya semula.  Sukar kami percaya , motor mereka boleh membesit melebihi 180km/jam. Mungkin enjin telah diubah suai...Aku  punyalah  kecut telor menyaksikan mereka menyelit dicelah kenderaan yang sibuk..Kiri.. kanan, meluru ke laluan kecemasan..ke laluan utama semula..tanpa memperlahankan kenderaan.. Bayangkan dengan hanya ber t shirt dan berseluar jean mereka  berbaring sambil  mengawal motor pada kelajuan tinggi...Adoohai dengan tayar selebar lengan, ngeri memikirkan  bagaimana mereka begitu berani membesit pada kelajuan   begitu tinggi..Memang hati kering.  Ditakdirkan ada kenderaan rosak di  laluan kecemasan atau ada pemandu secara tetiba menukar haluan, nescaya bersepai otak di celah-celah dinding kenderaan.



Peristiwa kedua,  kami diekori rapat sebuah kereta sambil memberi lampu tinggi. Hah yang ini aku suka.. Tekala melayan motor sendirian memang saat begini aku nantikan.. Dengan adanya acahan begini hilang rasa  mengantuk. Aku beri laluan..Kemudian  mengekori rapat sekadar ingin mengetahui berapa kelajuan kenderaan itu dipandu  . Memang laju .. melebihi 200km/jam..Kami mat motor tak perlu kelajuan itu untuk memotong semula, walaupun jika ada keberanian kami mampu memecut lebih laju dari itu.. Tapi untuk apa..? ! Kami perlahankan besitan..Seronok menyaksikan pemandu memberi signal dan lampu tinggi supaya kenderaan dihadapan  memberi  laluan..Kekadang dek tak sabar,  pemandu menukar arah..Yang terlebih kurang ajar akan memotong menggunakan laluan kecemasan.. Yang ini lagi aku suka.!  Sebagaimana diduga kami berjaya memotong semula bila mereka tidak berjaya mencelah...Agar  mereka lebih panas hati, kami perlahankan kenderaan dan tunggu semula kehadiran mereka...hehe . Yang kaki juang tak berputus asa, mengulangi besitan..walaupun mereka tau apa kesudahannya., tapi kebanyakan pemandu terus memperlahankan kenderaan bila menyedari kami mempermainkan mereka..Setelah tiba di distinasi kami menyesal  kerana membawa motor laju .. hehe Ini pemandu kenderaan punya pasal lah...

Berbalik kepada aksi mat rempit di jalan raya. pihak berwajib mesti melakukan sesuatu untuk menyalurkan keberanian dan kelebihan tenaga anak anak muda ini..Tidak memadai dengan hanya melarang atau menjalan kan operasi sekatan jalanraya.. Alternatif mesti ditawarkan kepada mereka.. Aku suka cadangan kerajaan Negeri Trengganu untuk mewujudkan trek berlumba untuk anak-anak muda melepaskan gian berlumba..Lagi bagus jika setiap daerah disediakan dengan litar lumba.. Tidak semestinya trek khas, tapi trek yang dikongsi dengan pengguna lain dihari hari biasa.. cuma di beri peluang kepada anak-anak muda mempamerkan skil dihari-hari yang ditetapkan.. Jika hari tanpa kereta boleh dilaksanakan setiap Ahad bulan pertama setiap bulan di Kuala Lumpur..kenapa tidak menggunapakai konsep ini untuk litar berlumba. Moga dengan penyediaan trek berlumba nanti  bakal melahirkan ramai lagi pelumba hebat negara...








No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK