Anak hilang aku punya pengalaman Baca DISINI, anak tertinggal dalam kereta aku juga punya pengalaman...Menyorot komen-komen pembaca di laman-laman media sosial perihal anak kecil maut gara-gara tertinggal dalam kereta di Subang Jaya, kami terkategori super lalai lah kot...Walaupun pendapat itu boleh disangkal..Yang membezakan kami dengan pasangan diatas satu-satunya anak lelaki kami yang ketika itu juga berumur 3 tahun terselamat. . Aku rasa kejadian ini berlaku disebabkan sindrom famili muda...hehe . Dengan anak-anak kecil ramai berusia lebihkurang sama, tidak mustahil salah seorang akan tercicir dari radar pemerhatian.
Kami pasangan muda, belum melewati usia 30 an kami sudah punya empat cahaya mata. Ketika kejadian kami punyai 4 orang anak kecil, sulong berusia 7 tahun , kedua 5 tahun manakala yang kecil berusia setahun...Aku tak ingat.., entah-entah dalam perut bini ada seorang lagi haha. Anak-anak kami hanya berselang usia 2 tahun...Si ibu sudah tentu sibuk mengelek sikecil..si bapak juga sibuk dengan anak-anak kecil yang lain...belum lagi bakul lampin, tin susu, botol susu, puting susu ...punya anak-anak kecil yang ramai katakan..,sehingga terlupa ada lagi anak kecil yang tercicir. huhu.
Lagipun kami pulang agak lewat malam itu... Angkut-angkut anak dan barang terus tidur. Terlupa ada sorang lagi tak terangkut...Kami bernasib baik keciciran anak diwaktu malam dan kebetulan malam itu hujan pula , berbanding adik Nawal Iris Samsudin, 3, yang tertinggal disiang hari yang terik..Umur anak kami masih panjang. Sesudah subuh baru kami menyedari kehilangan anak kami.huhu. Cari punya cari rupanya ada didalam kereta. Traumalah kot tidur bersendirian didalam kereta malam itu. Maafkan kami yea.
Sejak dari itu aku cukup tak suka bawak anak-anak keluar. . Lebih-lebih lagi kalau bawa ke pusat beli -belah...Memerhati anak-anak yang sedang meningkat naik fuyoo.. sekejap-sekejap salah sorang akan hilang dari pandangan...kerja aku asyik mengira jumlah anak saja..ergh mana sorang lagi nih...tension beb..sungguh memenatkan otak...Sebab tu jangan kutuk lebih-lebih ibubapa muda yang baru kehilangan anak tu...Aku pun terasa...hehe
Hadif Idlan ketika berusia 5 tahun...bersama Atikah yang pernah hilang, juga ketika berusia 3 tahun dan Nurul wahida ...
Aku pasti jika anak kami mengalami nasib yang sama sebagaimana adik Nawal, bukan begini gaya tulisan aku.. Akan tersentap hati setiap kali membaca peristiwa sebegini. Walaupun peristiwa itu sudah 15 tahun berlalu pasti kenangan silam akan menyegar seolah baru semalam berlaku. Kepada anak aku Hadif Idlan, ingatlah ada 2 peristiwa besar berlaku terhadap kamu...Jangan sia-siakan hidup ini..Pertama kamu dilahirkan didepan pintu klinik dan kamu juga pernah tertinggal semalaman dikereta, mengalami peristiwa sama namun punyai nasib berbeza. Rezeki kamu masih ada didunia ini. Jadilah insan yang soleh. Amin
No comments:
Post a Comment