Salam Jumaat..
Hampir sebulan kedang gunting aku beroperasi. Alhamdulillah, walaupun tidak ketara, namun terdapat peningkatan kunjungan pelanggan terutama dihujung-hujung minggu. Mungkin persekitaran masyarakat yang majoritinya berkerja di luar, sausana hari-hari biasa terutamanya sebelah pagi membawa ke tegahhari, pelanggan tersangat kurang bahkan kekadang tiada. Keadaan berbeza petang dan malam. Jam 10 mlm dirasakan terlalu awal untuk menutup kedai. Disebabkan pekerja tinggal dipremis yang sama kedai dibiarkan beroperasi sehingga jam 12 malam..
Sepanjang hampir sebulan beroperasi..aku terus memerhati siapakah yang menggunakan khidmat tukang gunting kami. Ternyata majoriti adalah melayu., kelibat India mungkin ada namun lebih ramai mengunjungi premis sebelah yang diusahakan oleh bangsa mereka namun tidak seorang cina pun menggunakan khidmat kami.. Adakah kedai kami masih terlalu baru ataupun pelanggan cina yang masih menebal kecinaannya ...? Aku akan tunggu dan lihat...
Sememangnya sasaran pasaran kedai aku adalah muslim.. Aku tidak mengharapkan kehadiran selain itu kerana sedar puak lain sangat susah mengeluarkan duit diluar lingkungan bangsa mereka. Jika terdapat non-muslim mengunjunginya, itu adalah bonus.. Menyedari melayu adalah pelanggan utama, aku kena beri perkhidmatan terbaik untuk mereka. Aku selalu berpesan kepada tukang gunting, Pelanggan adalah raja. Dan tugasan ini sangat mencabar. Orang melayu ni tahap kesabaran mereka terhadap rakan sebangsa tersangat nipis berbanding jika mereka berurusan dengan bangsa lain. Sembang-sembang dengan rakan-rakan yang mengusahakan kedai berdasarkan khidmat pengguna seperti bengkel, kedai runcit, kedai makan atau apa saja mengesahkan perkara itu.
Walaupun kecil kami telah memulakan jihad ekonomi. Tanpa sokongan rakan sebangsa, seagama siapalah kami..Sokongan anda diperlukan. ..
No comments:
Post a Comment