click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, July 18, 2013

Jalan jem...? Sendiri mau ingatla...

Sungguh,...Berdenyut kepala aku bila pandu kereta dan menempuh jem. Pantang ada halangan, kemalangan dsb,  jalan raya pasti jem giler..Kekadang untuk melepasi tol plaza mengambil masa berjam...Sungguh tak berbaloi ...Seolah rela membayar untuk menempuhi jem. Kita kena bersedia untuk menempuh jem yang lebih teruk bila harga kereta  semakin murah. Tempoh pinjaman pula semakin panjang...bagi orang awam 9 tahun adalah biasa...dengar kata penjawat awam boleh mendapatkan pembiyaan sehingga berbelas tahun.. Pendekkata semua orang mampu berkereta sekarang...

Siapa yang tak suka harga kereta murah, tapi mekanisma perlu dicari untuk menghadkan penggunaannya dijalanraya.Guna ketika perlu..Cuba perhati kiri kanan semasa memandu kenderaan..kebanyakan memandu bersendirian...Dulu dah ada ura-ura mewajibkan perkongsian kereta..tapi tak tahu kenapa ide itu tidak dilaksanakan. barangkali terlalu mendengar sangat pihak yang membangkang. Pengangkutan awam tak cukup  lah, susah bergerak destinasi berbezalah bla bla...

Penambahbaikan prasarana dan penguatkuasaan perlu bergerak serentak. Jika ingin menunggu prasarana tersedia baru mewajibkan perkongsian kereta alamat sampai bila-bila ide itu tidak akan  terlaksana. Penambahbaikan prasarana mana pernah sempurna..Keperluan jalanraya dan prasarana lain sentiasa meningkat seiring dengan pertambahan penduduk. Kawasan pertumbuhan baru juga semakin bercambah. Jika jalanraya sediada ditambah kepada sepuluh lorong pun belum tentu mampu menampung kenderaan yang sentiasa bertambah saban tahun. Sepatutnya ide perkongsian kenderaan disokong..Minima 4 orang diwaktu puncak. Kasi saman pemandu yang bersendirian.. Dalam keadaan terdesak orangramai mampu menyesuaikan keadaan. Tahulah nanti mencari patner untuk berkongsi kenderaan.

Kalau taknak berkongsi kereta jangan komplen  jika jalan sesak. Sebab itu aku sangat tak suka berkereta di KL ..hujan ker, panas  ker.. takper.. yang penting hati tak panas..Jom tonggang motor... Vroooom...!



.




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK