click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, February 23, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...Day 9 & 10

Kalau di Malaysia, sah jalan penuh sesak dengan orang ramai berkerumun tengok kemalangan, tapi di Siam disebabkan jalan sunyi takda sapa hirau walaupun pick up ni putus dua di tengah longkang pembahagi jalan..



Majoriti geng Ke T aM sedang isi minyak di Shell Tung Song...

Berkat baca doa sebelum ride barangkali, motor meragam di tempat mudah mendapatkan bantuan...minyak habis betul-betul depan bengkel kereta..stesen minyak pun hanya 100m dibelakang...

Korang tau apa benda putih-putih belakang tu..ha ha tu lah garam yang korang bedal saban hari...selamba je pekerja lenyek guna kaki dan anjing pun kekadang tumpang sekaki..


Argh aku nak rangkumkan diari baki dua hari xpdc aku. Hari ke 9 dan 10 aku ride sorang-sorang jadi tak banyaklah peristiwa menarik yang dapat aku coretkan. Hari ke 9 kitorang berpecah di Chaam selepas makan tengah hari. mereka akan berhenti di Hua Hin dan bermalam di sana. cuti diorang panjang lagi. menurut geng vespa ni diorang tak kan terus balik ke Malaysia pada hari ke sepuloh sebaliknya akan pergi ke Phuket dan Krabi pulak. memang handal geng motor besi ni ..tak puas-puas duduk atas motor.

Bila dah ride sorang-sorang aku dah tak perlu ambik tau siapa tertinggal belakang aku jadi aku main pulas saja throtle, berhenti kejap itu pun untuk isi minyak. sebelum pukul 6 aku dah check in di motel tepi highway, lebihkurang 50km je untuk sampai Tung Song. Keesokkan hari kul 9 aku gerak semula, singgah sarapan di kawasan rehat Tungsong untuk sarapan dan makan tengahhari terus. Masa nilah aku terserempak dengan gerombolan majoriti KTM riders yang sedang isi minyak di Shell, sempat bersembang ringkas. menurutnya, mereka jugak akan ke Laos, Vietnam juga Cambodia...pergh ramai nya lebih 20 orang...

Lepas tu aku tak toleh belakang, terus pulas throttle sampai aku lupa pandang tripmeter . Masa tiba di Lamae tetiba je motor aku hilang power...semput semacam je, pulas-pulas macam takda api...alamak..apasal pulak ni..! dahlah ride sorang- sorang, masa nilah motor buat hal..Mujur waktu motor meragam betul-betul depan bengkel kereta.,boleh mintak bantuan bila perlu..

Tali minyak tercabut barangkali sebab semasa di Samot Songkram pomen Sanusi ada betulkan tali minyak yang bocor dan longgar...dengan satu-satunya screw driver yang aku ada, aku check tapi nampak macam ok tali minyak tuh...masa nilah aku teringat tripmeter ...laa minyak habis barang kali..aku pun mintak tolong pomen kereta hantar aku ke stesen minyak yang tak jauh dalam 100 meter je dari lokasi kejadian ..lepas isi minyak guna botol lebih 5, 6, kali main throttle baru enjin hidup..fuh lega-lega..sah minyak kekeringan ha ha...punya la syok layan motor sorang-sorang ..

Lepas isi minyak penuh sambung ride..dan alhamdulillah kejadian tadi berlaku di Lamae., selepas pekan kecik tu sepanjang jalan beratus Km adalah sunyi tak jumpa-jumpa stesen minyak pun...bayangkan kalau terjadi ditempat sunyi ni...tak ke naya...syukor-syukor...

Dalam pukul 12tgh hari aku dah sampai Hadyai. sengaja aku masuk pusat bandar Hadyai. kalau kunjungan sebelum-sebelum ni aku mengekori orang jadi kali ni aku nak teroka pusat bandar sorang-sorang. Aku cari semula kat mana aku menginap dulu...ha ha aku dah tau la mana nak cari lain kali..senang je rupanya..

Lepas ronda-ronda dan beli buah tangan untuk bini aku. aku terus je ke Sadao. sampai sana jumpa pulak geng BM Shahril masa ride ke Desaru dulu. Check point sesak teruk. Dengan bantuan geng ni kami guna khidmat ulat..bayar 10 ringgit sorang dia kasi urus cop pasport. tak sampai 10 minit dah setel. Lepas serah balik borang kastam aku belah ke UUM. kawan sudah berjam menunggu aku disana. Urusan kerja beb..

Pukul 4 aku dah menghala balik ke kl. sampai Cangkat Jering jalan dah sesak teruk. iyealah orang balik dari cuti raya cina kan..sepanjang jalan sesssaaak..semua kawasan rehat penuh dengan manusia dan kenderaan..masa di RNR Tapah aku jumpa Fadil gtr dari Sri Hartamas. bersembang panjang. macam-macam cerita..yang aku tak lupa dia tergolek masa layan jem...dan takda orang tolong..terpaksa dia dan bini jadi badang..ha ha..

Kesesakan punyalah teruk pukul 1 pagi aku baru sampai rumah...Sekian terimakasih he he..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK