click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, February 21, 2011

XPDC LAOS/CAMBODIA...Day 8

Nampak mudah atas kertas, berserabut keadaan sebenar. Sebagai orang asing lagilah fenin...berkomunikasi dengan orang tempatan pun bermasalah...aku cakap melayu je dengan diorang..cakap english pun bukan diorang faham..Cabaran ride di kota serba asing adalah lagi mencabar mental dan fizikal. lebih lagi bila berkumpulan besar..Aku berpendapat ride dikota asing dan berjaya keluar patut diberi pengiktirafan sijil. Cabaran Thousand Corner Thailand bagi aku adalah nothing berbanding ride di bandar serabut seperti di Bangkok..Ada sesapa ingin menganjurkan Bangkok Challenge.? Nak lagi mencabar, cabaran terbuka kepada pemilik motor 1000cc ke atas..motor perang, motor tong lagi digalakkan ..Lepaskan peserta betul-betul di tengah kota Bangkok, sesapa paling cepat keluar ke check point asal akan menerima sijil dan hadiah.....gerenti akan ada yang pusing-pusing tempat sama macam orang kena sorok bunian..macam member aku kena ..ha ha


Walking Street di awal pagi...Apa yang aku perasaan keadaan di Pataya taklah seserabut di Phuket...atau mungkin kami tak pergi kawasan yang betul-betul serabut...argh tak mungkin..

Apik tengah tu merupakan pemilik bengkel vespa di Bangkok. beliau juga yang membawa kami keluar dari keserabutan Kota Bangkok. Tapi yang menjadi masalah beliau menerajui konvoi macam lipas kudong, mencilok sana , cilok sini dicelah-celah kesesakan jalan...mujur hari tak gelap lagi kalau malam sah kami akan terpisah lagi

Walaupun dah tergolek macam ni, tapi tepuk-tepuk, mereng..start..! treng..trenngg..teng.teng.teng..ha ha

Aku di Pataya City

Mengambil udara pantai Pataya jap..

Target perjalanan asal adalah Pataya- Hua Hin. melalui route no3 sebelum masuk route no9. tapi nak cari route no3 di Chonburi pun berpusing-pusing . Dalam peta nampak macam mudah. Bila termasuk ke lebuhraya no 34 kami dah cuak., tetiba-tiba je tanda route no3 hilang dan muncul tanda route no 34..Kalau di peta route no 34 akan membawa kami terus ke bangkok..mengikut bacaan kami route no 3 bersambung terus ke route no9. mujur terpandang semula papan tanda susur keluar ke Samut Prakam menunjukkan kami berada di route yang betul. Jalan sebenar macam jalan persekutuan berbanding di peta menunjukkan lebuhraya besar. Jalan kecil semakin membesar bila menghampiri pekan dan tertera semula route no 3. legaa. dapat juga singgah di gerai muslim untuk makan tengah hari...


Selepas makan dengan yakin kami menyusuri route 3 tanpa menyedari kami memasuki jauh ke Kota Bangkok. Bila hirok pikuk MRT dah lalu lalang atas kami sah kami tersesat tak jumpa langsung tanda route no 9. Masa ni pulak menyedari mekanik vespa terpisah dari kelompok besar. Kami berhenti di kaki lima deretan kedai untuk menunggu sdr sanusi. sejam, dua jam, tiga jam sampai 4 jam tapi tak muncul-muncul. Kami dah mula berbalah samada nak tunggu atau cari dulu jalan keluar. Aku berada di group yang maukan keluar dulu dari Bangkok. Alasan kami mudah

pertama

Kami langsung tidak boleh menghubungi sdr sanusi, bateri habis barangkali atau beliau menemui kemalangan dan cedera teruk sampai phone rosak.

Kedua

Ditakdirkan kami dapat bercakap dengan beliau apa perlu kami cakap mengenai kedudukan kami yang sangat asing di situ. kalau dia dapat memberitahu kedudukan beliau pun bukannya kami tau tempat itu.

Jadi keputusan group kami mesti cari jalan keluar sementara hari masih cerah dan tunggu di tempat senang dikenal pasti. dalam kes ini lokasi terbaik adalah route no35 yang akan membawa kami pulang semula ke Hua Hin. Untuk jalan mudah membawa kami keluar adalah dengan menahan teksi motorsikal. Pak At pulak boleh berbahasa Thai jadi mudahlah berkomunikasi.

Aku tak taulah samada geng-geng lain pun risau macam yang aku risau. kalau ikut aku mesti cepat-cepat keluar sementara hari cerah sebab bila sudah gelap akan mudah terpisah dengan rider lain.. siang pun boleh terpisah ini kan pula malam. waktu malam bukannya boleh kenal cahaya lampu kawan..tapi mereka berpendapat lain pulak..siap boleh rilek saja nak repair lampu, repair brek yang mengambil masa berjam-jam. Kerosakan pun tak sebesar mana dan masih boleh berfungsi.apa salah nya tangguh sekejap sehingga tempoh kritikal berlalu.. nak cari bengkel pun terpaksa berpusing-pusing mengharungi kesesakan jalanraya. bukan satu bengkel tapi sampai tiga bengkel diziarahi..perghh..

Memang betul telahan aku,dah hampir remang-remang senja baru siap repair. setengah jam lewat aku ingat silap-silap ada yang terpisah lagi..untuk melepasi zon kritikal adalah sejauh 18km dan terpaksa bersaing dengan kesesakan kenderaan lain selepas waktu berkerja..

Group yang tadi nak menunggu pun rupanya dah lama keluar dari Bangkok dan menunggu di stesen Petronas Route 35. Haa kan mudah. Secara outomatik kami boleh membayangkan lokasi mereka bila mereka menghubungi kami.

Sehingga 9.30 malam nasib sdr sanusi masih tidak diketahui. Sepupu Pak su yang berada di Samut Nakorn pun telah dihubungi untuk pergi ke balai polis bertanyakan samada ada laporan kemalangan yang melibatkan sdr Sanusi. maklumat yang diterima tiada laporan kemalangan diterima oleh pihak polis...

Kami berbalah lagi nak terus tunggu atau check in saja di hotel. Kalau nak tunggu pun apa sangat yang boleh dibuat selain berdoa dan berharap..kalu macam itu di hotel pun boleh buat..apa jadi kalau sehingga tengah malam masih tak dapat ditemui jugak. lebih baik balik hotel dulu bersihkan diri dan nanti boleh lah mengatur strategi bila badan dah segar.

Alasan mereka apa jadi kalau setengah jam lagi ditemui... bukankah boleh saja sambung ride ke Hua Hin. kami bagitau kalau setengah jam jumpa kita check out semula dan sambung ride..ok..ok mereka cakap nak tunggu jugak..

Alhamdulillah pukul 1 pagi sdr sanusi menghubungi kami. rupanya beliau tersesat dan berpusing-pusing di kota bangkok. tapi akhirnya terpaksa menahan penunggang vespa bangkok untuk membawa keluar..1.30 pagi baru dapat berjumpa beliau.

Dua rider tegar tadi meneruskan perjalanan ke Hua Hin. Tapi kami yang telah berpalekat balik semula ke highway motel dan sambung tidooor.. Sanusi pun turut stay back..Jangan menyeksa badan braderrr...dah dekat 2 pagi tuu..


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK