Tuesday, April 7, 2015

Ekspedisi TransJava : Sukabumi –Ciwidei- Pangandaran…



Diari perjalanan hari ke 8 BOGOR- SUKABUMI boleh dibaca  DISINI 

Perjalanan harini dijangka singkat.. Jarak Sukabumi- Bandong sekitar 130km saja. Check out hotel agak lewat. Dalam perjalanan sambil bersarapan digerai, ambil kesempatan membaik pulih motor salah sorang peserta yang mengalami masalah brek pula. Kami mempunyai pilihan samada bermalam di Bandar Bandong atau terus ke puncak tanah tinggi di selatan Bandong.





 Di Tanah tinggi ini cuaca lebih dingin lagi nyaman. Maklum bahwa Bandar Bandong bila-bila masa boleh dikunjungi, kami terus ke tanah tinggi kerana destinasi yang agak ceruk begini agak sukar dikunjungi dimasa akan datang..Berpandukan maklumat penduduk setempat yang ditemui sewaktu singgah bersolat dimasjid ..kami dicadangkan terus ke puncak daerah Ciwidey.



Disini dapat menikmati masakan tradisional masyarakat Sunda.



Set hidangan seperti ayam penyet, Nasi dibungkus dalam daun pisang disekalikan dengan sayuran seperti lobak merah, jagung dll. Rasa ermm ok sedap..

Keesokan hari ke 10 meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Pangandaran. Kami diberitahu oleh kakitangan hotel, di sana terdapat kawasan tarikan pelancong Green Canyon.. Sungai dan air terjun yang mengalir merentasi gua batu kapor..Perjalanan harini  merentasi banjaran tanah tinggi sehingga ke bahagian selatan Pulau Jawa…

Sempat mengabadikan foto di titik tertinggi pada ketinggian 1680m dari aras laut.


Sungguh. Pemandangan tanah tinggi sangat menakjubkan. Terpukau dengan pemandangan Ladang teh luas saujana mata memandang..Beralun melitupi permukaan gunung ganang.. Kemudian dari itu dihidangkan pula dengan pemandangan hamparan teres-teres sawah padi  berlatarbelakangkan pergunungan, airterjun juga lembah sungai. 









Lupa penat lelah mengharungi perjalanan yang memenatkan sebelum sebelum ini. Barangkali ini adalah ganjaran sebelum mengakhiri pengembaraan beberapa hari lagi.. Gambar dilokasi sebenar jauh lebih cantik berbanding dengan apa yang berjaya diabadikan difoto..Lensa kamera tidak dapat mengabadikan  keindahan keseluruhan pemandangan.

Agak lama kami di kawasan pergunungan ini untuk menikmati keindahan alam..

Meneruskan perjalanan...










Tiba di pinggiran Pangandaran lebihkurang 3 ptg. Menginap di resort persendirian milik Mat salleh berdekatan dengan pantai. Di Jawa Mat Salleh di panggil Orang Buley.. Tak pastilah bagaimana boleh terbit gelaran sebegini. 

Perkarangan resort bersih dan terpelihara walaupun persekitaran pantai selekeh.. Dinilai dari keseluruhan kawasan yang agak berserabut, musykil macamana ramai juga pengunjung luar negara  ke tempat ini.


Esok kami akan ke Green Canyon sebelum menyambung perjalanan ke Cilacap… Mungkinkah ini yang menjadi tarikan pengunjung luar ke daerah inij… Tunggu laporan hari ke 11.


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK