click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, September 2, 2011

LPT 2 -Bukit Besi- Ajil kini dibuka...







Fuh lega...tak lebih 20 minit  kini boleh sampai Ajil...maksud aku dari hentian rehat simpang Bukit Besi. Dulu ikut jalan persekutuan paling kurang 45 minit nak sampai sana, walaupun jarak tak melebihi 50km..Siapa yang biasa lalu laluan itu pasti tahu dimana tempat yang aku maksudkan. Kalau dulu disimpang tiga ini kalau nak ke Ajil akan ambik kiri, tapi kini belok kanan dan dalam 200 meter akan jumpa jalan susur  ke lebuhraya baru..

Dulu kalau balik ke KT bermula dari simpang tiga Bukit Besi ke simpang tiga Ajil aku rasa  laluan paling  menyampah..sebab..? rasa tak sampai-sampai ..! batu tanda tunjuk jarak ke KT tak pun jauh mana, lebih kurang 78km saja..tapi dia punya rasa jauhh ..pergh boring betul ..! perasaan ini wujud barangkali fizikal dan mental dah penat setelah lebih 6 jam di atas jalan raya...

Berbanding ikut laluan pantai Kemaman-Dungun- KT, aku lebih suka lalu lalauan Jerangau- Jabor. Walaupun jalan tak berapa elok tapi tak banyak berhenti-henti dek kerana banyak sangat gangguan lampu isyarat..Dulu orang takut guna laluan ini sebab sunyi tapi kini tidak lagi..Penempatan baru pun dah banyak disepanjang kiri kanan jalan.

Bila dah dibuka keseluruhan lebuhraya nanti dari Kuantan ke KT mungkin laluan lama ini akan sunyi semula...Kalau dah di buka nanti nak ke Pantai Timur mudah la ..4-5 jam dah boleh sampai KT dari tol Gombak..duit saja la kena sedia untuk bayar tol..tapi kalau tak silap aku sepatutnya laluan selepas Jabor tak dikenakan tol atau kalau dikenakan juga kami harap tak mahal lah ..seingat aku pembinaan lebuhraya dilaluan ini bukan di bina oleh pihak konsesi sebagaimana perancangan asal tapi dibina dibawah kendalian   JKR..itu sebab sepatutnya tol tiada...

Sebab tu kalau korang perasaan lebuhraya yang baru saja di buka tu macam dah lama siap tapi  tol plaza baru saja bermula pembinaannya...Macam baru buat keputusan U saja...! Wallahualam..


4 comments:

  1. Bang Latep, kualiti jalan camner ya berbanding LPT kendalian konsesi?

    ReplyDelete
  2. rasanya macam yg ini lagi ok, tp masih terlalu awal nk nilaikan..tunggu nt bila trafik byk.,baru tau jalan mana yg lg teruk mendap dan beralun..

    ReplyDelete
  3. Salam lebaran maaf zahir batin. malam Hari raya kedua saya memandu ke Kuala Terengganu. Dah 17 tahun tak pulang ke Ktrg. Niatnya memang nak gunakan laluan sambungan LPT tu, tapi, dah confuse simpang, akhirnya rupanya keluar di penghujung LPT, terpaksa lalu ikut Kemaman (tol RM21.00).Memang benar, dulu, tanpa LPT, 8 jam dari KL ke Ktrg. Sekarang 5 jam dah boleh sampai dengan kelajuan biasa.
    Otw balik KL pun tak kesempatan nak lalui jalan baru tu kerana byk persinggahan raya dari KT di laluan pantai , Marang, Dungun, Kerteh dan kemaman.
    Apa2pun, Ktrg sudah begitu byk perubahan dan kemajuan yg saya sendiripun tak sangka.

    ReplyDelete
  4. berdebar aku membaca komen dari bloger hebat ondscene...t.kasihlah sudi menjengah blog novice ini...menggigil nk tulis nih, sebab teruja sgt..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK