click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, September 23, 2011

Enjin V- strom meletop...!

Hari Khamis seharian aku duduk di Naza PJ. Motor suzuki aku mengalami masalah. Sedang khyusuk menonggang, tetiba berbunyi dentuman kuat...Pommm..! alamaak napa pulak...? mula-mula ingatkan tayar pecah...bila berhenti check takda pulak tayar pancit. Dah banyak kali meletup-letup macam ni...tapi sebelum ni motor masih boleh bergerak macam biasa..jadi ingatkan normal lah...baru-baru ni lepas balik dari makan rendang landak, setibanya di Tol Behrang berdentum  lagi.. ! motor terus hilang power, enjin semput menggigil macam nak padam....argh sudah...ini sudah kes luar biasa.., salahlah mekanik tu dulu bagitau mungkin letupan tu karakter enjin v-twin. mujur bila on enjin semula, motor boleh berfungsi seperti biasa., sampai juga rumah dan semalam terus bawak ke Naza sebab motor tu dibawah waranti lagi..

Selepas meletup sebelum-sebelum ni adalah juga bertanya pada mekanik-mekanik lain. Kemungkinan ada 3 sebab. Kalau motor anda pernah menunjukkan simptom sama, mungkin berpenyakit macam motor aku juga ..

1. Sistem ekzos bocor.
2. Spark plug atau kepala kabel plug bermasalah.
3. Sistem injection bermasalah. Campuran bahanapi tak sempurna menyebabkan  pembakaran pun tak sempurna dan 'backfire'. Nasib baik tak meletop sampai berderai enjin..

Jadi aku utarakan pendapat ini pada mekanik Naza. Sehingga pukul 4.30 ptg memang sah berpunca dari perkara 3. Cam Sensor rosak ., terdapat retakan pada 'casing' sensor tersebut. Masalahnya alat ganti pulak sukar diperolehi...terpaksalah aku tinggalkan motor tu disana. Tak taulah bila boleh setel..

Member wa sudah kutuk baik punya...beli motor yang bukan-bukan...siap sedia jelah tunggu alat ganti seharian, silap-silap minggu-mingguan.. Jangan sampai berbulan-bulan sudah la...

Takpa-takpa biar rosak selepas puas pakai daripada rosak sebab tak berpakai...berbaloi-baloi

Lagipun dalam waranti lagi kann..ha ha..

4 comments:

  1. Sistem enjin moden ni lagi la pening.. banyak sensor & elektronik. Kena cari yang pakar untuk repair :D

    Mujur juga masih dalam tempoh jaminan...

    ReplyDelete
  2. Btoi sangat Bang Latep, biar rosak sebab dah banyak berjasa..dah puas pakai. Berbaloi leer kata orang..

    ReplyDelete
  3. Betul la nif..motor klasik saya tu..kalau lama tak start, main tari choke je..vroom terus hidup...

    ReplyDelete
  4. ABN..bayar mahal-mahal lebih baik pakai..kalau beli untuk tengok-tengok, lebih baik print gambar je dari internet atau pon cop saja motor kat showroom...ha ha..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK