Tuesday, September 20, 2011

Blog berwajah baru...

Aku nak ikut strategi pengeluar kereta la...2, 3 tahun dipasaran akan ada saja perubahan yang dibuat walaupun masih mengekalkan rekabentuk keseluruhan. Kasi ubah lampu depan, ubah bumper, grill kasi chrome lebih. tukar kaler lampu signal..semua ini dibuat supaya nampak pembaharuan..dan dalam masa sama boleh up sikit harga..ha..ha

Blog  ni dalam sedar tak sedar hampir setahun aku rajin menulis., bermula sejak aku kemaskini blog pada penghujung September 2010. 99.99% adalah karya aku...tulis ikut apa yang terlintas dalam kepala otak..mungkin tak memenuhi selera pengunjung..Manusia diciptakan unik..citarasa kita kan berbeza...jadikanlah perbezaan itu sebagai sebahagian pelengkap dan perisa melatari hidup yang lebih berwarna warni...manalah tau pengalaman-pengalaman dan pemerhatian aku berguna untuk dikongsi bersama..yang elok tu ambil lah yang buruk buanglah...

Langsir pun bila dah lama pakai rasa tak sedap dipandang mata, mungkin kena simpan dulu..nanti bila dah lama, pakai semula langsir tu..tak le rasa jemu...bergitu juga dengan blog aku mungkin dah sampai masa di buat penampilan baru..Mana tau ikut strategi  ini menjadi...sekarang ni pageview alahai..ciput je, jeles aku tengok blog korang  yang tak sunyi dilawati pengunjung...tapi kalau tak menjadi juga pun takpa.., Aku terima sajalah seadanya...ha ha..

3 comments:

  1. :D Tahniah.. kerana masih bersemangat untuk berblog. Kadang-kadang kena buat sikit perubahan untuk meningkatkan motovasi.

    ReplyDelete
  2. Bang, kalau berjaya teknik nie, izinkan saya untuk follow yer..hahaha.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK