click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, September 8, 2011

Masjid Raja Chendering, K.Trengganu...


Ikut pandangan mata aku., masjid ini sangat indah. Masjid yang baru siap dibina dan digunakan untuk solat Aidil fitri baru ni...Masih belum siap sepenuhnya kerana masih terdapat kecacatan yang perlu diperbaiki. Cuma yang aku khuatir apakah pemandangan  indah ini mampu bertahan lama..? Hiasan dalaman sarat dengan ukiran kerawang, dikala  baru ni nampak memang indah tapi bila telah menginjak usia nanti ditambah dengan tiadanya  penyelengaraan berkala, bimbang-bimbang sawang-sawang dan debu mula mengambil tempat di segenap sudut dan pastinya mencacatkan  pemandangan.

Bila menjengok tandas, salur paip cuma tinggal bahagian hose dalam saja, yang salut besi luar entah ke mana menghilang..kunci bilik tandas ada yang hilang, ada yang patah .. air bertakung di lantai kerana saluran  tersumbat. Disebabkan bangunan ini  masih didalam tempoh kecacatan , kerosakan ini  akan dibaiki oleh kontraktor sediada. Kalaulah tempoh kecacatan ini telah berakhir kelak..apa akan jadi dengan masjid yang indah ini nanti...?

Aku berpendapat kalau pun tak semua masjid ..tapi yang berkapasiti melebihi 1000 jemaah perlu diurus secara profesional. Perlu diwujudkan team penyelengaraan berbayar., barulah terurus bangunan dan persekitaran.. kalau nak diharap kepada tok-tok siak mana larat nak menyelenggara bangunan yang tersergam dan kawasan yang luas. Nak harapkan gotong royong pun entah berapa kerat la yang menghadirkan diri..Pembiayaan boleh diperolehi melalui koleksi sumbangan orang ramai dan juga  peruntukan dari pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Negeri dsb..

Sangat sedih bila masjid yang pada asalnya bersih dan cantik dibiar tak terurus dengan kawasan tandas  terbiar berbau  hancing, mangkok tandas yang kadangkala bertepek kaler kuning kehitaman sebab lama sangat tak bercuci...dan terok lagi langsung tersumbat..hei come on la...! ini masjid ok..disinilah sepatutnya segala-galanya nampak bersih, batin dan zahir kerana hati sepatutnya telah disucikan hasil pengabdian diri pada Ilahi dan kesan penyucian itu sepatutnya terpancar di mana-mana.

Untuk tindakan segera jomlah kita mulakan dengan diri kita...kita jadikan tandas masjid dikariah masing-masing yang masih belum mempunyai penyelenggara profesional, sebagai tandas angkat kita...kalau setakat 5-6 pintu bilik air aku rasa tak habis dua genggam serbuk sabun untuk mencucinya dan tak sampai 2-3jam  untuk membersihkannya.Moga amalan yang tak seberapa ini menjadi saksi diakhirat nanti...Jom melabor, Kita melabor saham akhirat...!




2 comments:

  1. Saya setuju sangat bang. Sepatutnya masjid tempat beribadat patut mendapat penyelenggaraan kebersihan sewajarnya. Kalau nak harap tok siak, mana terlarat. Yang muda muda pun berapa kerat sangat kita tengok ke masjidnya..

    ReplyDelete
  2. ABN, sesekali bawak geng motor buat gotong royong bersihkan tandas masjid pon ok gak kann..? dpd konvoi-konvoi takda hala tuju, berkonvoi mcm ni mesti lg bermanfaat...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK