Monday, September 19, 2011

Tram mesra alam...



Sekarang semua sibuk pasal kenderaan mesra alam kan...Yea tak yea la..canggih juga cadangan sahabat aku Ar Mastor semasa ride kami ke Bukit Melawati tempoh hari. Dia ingin mencadangkan kenderaan seperti ini digunakan di kawasan kampus UKM Bangi...Selain mahal, penggunaan  bas sekarang terlalu banyak membazirkan tenaga dan mencemarkan alam sekitar..Untuk lebih mesra alam enjin traktor boleh digerakkan menggunakan bahanapi NGV. Sangat bagus kalau penggunaan ini dapat diperluaskan disemua kawasan kampus-kampus universiti seluruh Malaysia

Semua pihak bermanfaat. Pihak Universiti  dapat berjimat penggunaan tenaga bahan api dan penyelengaraan kenderaan. Penjimatan boleh disalurkan untuk membuat penyelidikan lain.. Pensyarah dan budak-budak pun senang nak bergerak ke sana sini antara fakulti., boleh main lompat saja. .

Tambahan lagi angin sepoi-sepoi  menerjah bebas memastikan  udara persekitaran segar berbanding didalam bas yang terkepong...tak payah nak aircond...tak perlu risau la mana- mana pelajar yang tak sempat mandi atau terbuang lebihan angin dalam badan..Masih boleh kontrol macho atau kontrol ayu lagi..Bau-bauan kurang menyenangkan akan mudah saja berlalu pergi...

Tak payah gaduh-gaduh..

" Ini mesti engkau ni...!"

" Hei..Mana ada...!"

  Ha..ha..ha...


3 comments:

  1. Btoi sangat Bang Latep, Tren nie kan boleh bagi kapla rilek sket. Tak berserabut..angin sepoi jeer..baru rasa macam makan angin sket, jimat sudah tentu.

    ReplyDelete
  2. Begitu juga kat tempat saya kerja, saya pernah memberi cadangan menggantikan penggunaan motorsikal kapcai kepada basikal yang menggunakan kuasa bateri.. yang digunakan sebagai pengangkutan bila mengelilingi kawasan kerja... namun sehingga sekarang cadangan saya masih dipandang sepi...

    Beralih dari menggunakan kenderaan yang menggunakan bahan api petrol kepada bateri yang hanya perlu dicaskan saja...

    ReplyDelete
  3. ABN,Hasmizal..mungkin idea ni masih baru,,jadi orang ramai masih janggal untuk menerimanya...tapi tak lama lagi mula diterimalah tu..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK