20 Julai bersiar siar di Toronto. Toronto merupakan antara bandar terbesar Kanada. Jadi tidak hairanlah jalanraya disini sentiasa sibuk dan sesak walaupun memiliki jaringan lebuhraya yang baik.
Masalah utama bersiar siar di bandar besar adalah mendapatkan tempat parking... Sukar dan berbayar yang sangat mahal. Di pusat bandar caj parking ada yang sehingga 30 CAD sekali masuk.. Ditepi jalan pula 4 CAD sejam..
CnTower
Stadium Roger Centre..
Memandangkan kami telah menyewa kereta dan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan tambahan menggunakn kenderaan awam kebanyakan tempat yang kami kunjungi dibuat secara pandu lalu saja.. Sightseeing sajalah.. Gambar gambar diambil dari dalam kenderaan.
Melainkan tempat yang agak jauh dari pusat bandar.
Lokasi lawatan lebih kepada cadangan di internet yang mendapat rating tertinggi pengunjung..
Berikut merupakan lawatan ke The Distillery District.
Bekas kilang wine yang diubah suai menjadi premis perniagaan tarikan pelancong. Tak silap di Johor terdapat premis sebegini iaitu KilangBateri Johor Bahru
Peralatan lama terus dipamerkan. Sangat unik sekali
Berikut pula lawatan ke St Lawrence Market.. Pasar awam berusia lebih 200 tahun yang telah diberi nafas baru..
Pusat jualan cenderahati Blue Benana.
Lawatan berikutnya ke Casa Loma.
Senibina bangunan yang agak kontras dengan senibina bangunan sekeliling yang lebih moden.. Kini dijadikan muzium.
Senibina lama begini sangat banyak di UK..
Cukup sekadar melihat dari luar kerana tikit masuk adalah 35CAD...sangat tidak berbaloi.. Caj parking tadi saja 10CAD.
Memandangkan masa di Teronto ada banyak hari lagi sebelum ke New York 23hb nanti, sekitar jam 4 ptg kami balik ke hotel.. Penat tadi berjalan kerana meletak kereta jauh dari tempat lawatan. Lawatan Toronto akan disambung semula sesudah kami membuat lawatan singkat ke Ottawa/Montreal nanti..
Antara tempat yang tak sempat dilawati tadi adalah Harbour Waterfront dan Lagislator building...
No comments:
Post a Comment