click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, July 20, 2018

USCanada2018-D7 Edmonton

15 July2018 Ahad. Harini meneruskan perjalanan ke Edmonton. Sebut Edmonton teringat Edmonton UK tempat penulis belajar dulu.. Di Kanada  banyak bandar berkongsi nama dengan UK. 



Perbezaan ketara jenis kenderaan dengan tanahair adalah trak.. Sangat teruja melihat trak beraneka rupa. Besar besar.. 






Pemanduan arini baru terasa memandu di negara mat salleh.. Kirikanan lebuhraya disajikan pemandangan ladang saujana mata memandang.. Pokok carnola sedang berbunga.. 


Sekarang musim panas di Canada . Suhu antara 20-31 degree. Ketika ini ramai bikers bermotoran dijalanraya.. Motor motor jenis easy rider menjadi pilihan warga biker sini. 

Pemanduan melalui lebuhraya mengambil masa tidak lebih 3 jam.. 

Memasuki bandar Edmonton




Di Canada ini usah khuatir pasal makan.. Hampir semua bandar mudah mendapatkan makanan halal.. Harini kami menjamu selera di restoran makanan Turki



Selain trak, pikap disini jenis oversize.. Sangat maskulin. Pikap jenis ford ini ada di import ke Malaysia.. Tapi harganya lebih 200 ribu..

Hari ke7 keterujaan melawat bandar sudah mula merosot.. Banyak tempat menarik yang dicadangkan untuk dilawati hanya dikunjungi secara pandu lalu saja..

Ini adalah bangunan Art Galery.. Berhenti sebentar sekadar mengabadikan foto..


 Jika menaiki kenderaan awam tempat ini boleh dikunjungi menggunakan lrt.. Tapi ikut pengalaman peribadi penulis adalah lebih mudah menyewa kereta kerana mudah untuk melawat tempat selain menjimatkan

Kami kunjungi juga taman awam bangunan parlimen Alberta.. Alberta Legislator Building..

Tugu yang menyenaraikan tentera yang terkorban semasa berkhidmat untuk negara..
Cuba perhatikan anjing itu... Ia berkasut.. Hehe





Diperkarangan bangunan parlimen terdapat kolam rekreasi awam.. Musim panas ini ramai wargakota mandi manda.. 



Berdasarkan senarai menu gerai ini turut disenaraikan menu halal... Nampaknya menu halal sudah diterima  warga dunia.. 

Selain warga india sub kontinen warga cina ada hampir di setiap bandar...
Di Edmonton ini terdapat jua China Town.. 



Ada beberapa tempat sepatutnya dikunjungi harini.. Tapi carian internet menunjukkan tempat itu ditutup hari ahad... Antara tempat yang agak menarik adalah West Edmonton Mall... Disitu terdapat world's largest indoor pool recreational park..  

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK