Hari kedua di New York. Jika semalam menghabiskan masa di New York downtown, harini bersiaran di upown dan midtown pula.
Tidak sebagaimana hari pertama yang agak kekok membaca laluan subway, hari kedua semakin selesa dengan sistem nombor laluan yang digunakan. Mudah mengadaptasi sebab sudah biasa dengan jaringan sibuk tube di Kota London
Stesen stesen dan laluan bawah tanah kelihatan simple...rasanya dahulu kebanyakan laluan dan stesen bawah tanah dibina menggunakan kaedah korekan terbuka. Tiang tiang sebagai tongkat jelas kelihatan.
Kunjungan pertama harini adalah Columbia University. Saja melihat tempat belajar bekas presiden Us Barack Obama.
Air mineral sebotol 500ml 1.5usd.. Berbanding 1usd air tin berkarbonat.
Lawatan berikutnya ke Central Park.. Kawasan hijau utama New York.
Hanya disini kawasan benar- benar hijau.. Selain dari itu hanya hutan hutan konkrit.
Meneruskan rondaan ke TimeSquare.. Lokasi tumpuan kerana terdapat banyak tempat shopping. Persekitaran sangat meriah dengan sinaran lampu- lampu papan iklan digital.
Menuju ke Rokerfeller Center..
Gelandangan seperti ini ada dimana-mana...
Tak pasti kenapa kawasan ini menjadi kawasan tumpuan.. Nampak macam tiada sesuatu yang istimewa disini..
Bendera-bendera negara dunia dikibarkan di RockerFeller Square
Hati bergetar bila terpandang bendera Malaysia dalam deretan bendera negara dunia yang lain..
Hah makan lagi... The Halal Guys..
Melawat St Patrick's Cathedral, salah satu lokasi utama jika berkunjung ke New York.
Harini balik awal .. Kepenatan kerana hariini banyak berjalan kaki..
Esok akan beredar dari New York menggunakan kereta sewa. Kami akan menuju Ohio Colombus esok..