27 Julai Jumaat..
Sesudah checkout hotel jam 11 pagi, bergerak menuju Washington. Washington merupakan bandar pusat pentadbiran US.
Yea sausana lebihkurang pusat pentadbiran Putrajaya.. Secara peribadi Putrajaya jauh lebih cantik..
Dibelakang itulah Rumah Putih kediaman rasmi presiden Amerika Syarikat..
Di US ini mereka begitu obses dengan tugu- tugu sebegini
Tugu belakang berbentuk tajam tu turut ada di Putrajaya... Tak pasti simbolik apakah yang cuba diketengahkan disebalik bentuk replika yang sama.
University Howard yang terdapat di Washington.
Mula mula ingatkan universiti top dunia Harvard, rupanya yang ini Howard..
Singgah di salah satu masjid Washington.
Masjid ini diimarahkan muslim keturunan Afrika.
Lagi bangunan mercutanda Washington.
Seterusnya 4.30 ptg menyambung pemanduan ke Ohio.. Jauh lagi perjalanan dalam 7 jam lebih pemanduan...
Selain hiway mengikuti juga jalan jalan nasional kecil merentasi perkampongan... Perkampongan mereka begitu kemas sekali...
Beberapa kali menyinggah di pekan pekan kecil untuk mengisi minyak atau berehat sebentar... Bagusnya di sini pekan pekan kecil mereka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti supermarket.. Bank..terdapat juga hotel hotel..
Deretan trak trak jarak jauh yang berhenti rehat...Teruja dengan bentuk trak yang maskulin ini.. Rujukan Utube memaparkan stail dalaman trak yang sesetengahnya dilengkapi tempat tidur berserta amenities seperti tv.. Sinki.. Microvave dsb.
Tak mengapa esok takda cadangan untuk kemana-mana. Boleh rehatkan badan sebelum sambung rondaan di Ohio dan berdekatan..
No comments:
Post a Comment