Saturday, July 21, 2018

UsCanada2018-D10 Niagara Fall

19hb July Khamis.

Flight ke Toronto jam 12 mlm.. Tiba  hampir pukul 6 pagi... Memandangkan hanya boleh mendaftar masuk hotel di Toronto pukul 2 ptg.. Pagi tu kami terus ke Niagara Fall.. Tak jauh dalam sejam perjalanan saja.. Pergerakan lebih mudah bila menggunakan kereta sewa..



Sebagai salah satu negeri utama Kanada keadaan jalanraya  Ontario agak sesak. Sistem jalanraya adalah canggih.. Lebuhraya disana sini dan tiada tol.. 



 Di Niagara fall agak susah mencari tempat parking.. Berpusing pusing sebelum mendapat tempat parking di Fallview Casino.. Kereta sewa kami di Toronto ini Chevy Cruze.. Pemeriksaan di exit tempat mengambil kereta sewa tadi agak ketat.. Hanya senarai nama yang tertera di surat sewa boleh memandu.. Jadi penulis lah yang memandu... Nasib baik sudah agak selesa memandu di sebelah kiri..


Makan roti dulu untuk alas perut.. Kebanyakan restoran hanya dibuka selepas 11 pagi.. Makanan halal sangat mudah didapati.. Sewaktu ke sini tadi kelihatan masjid tersergam di tepi lebihraya.. Semasa tiba di Bandar Niagara ini pun tertulis pemidang di pagar masjid menyatakan solat jumaat diadakan disitu.. 

Berikut sebahagian gambar gambar yang sempat diabadikan





Berlatarbelakangkan Menara tinjau NiagaraFalls




Inilah rupa Niagara Falls yang selalu disebut sebut itu.. Sejujurnya keadaan air terjun ini tidak se gah yang penulis bayangkan... 


Terdapat 2 air terjun, American Falls dan Canadian horseshoe Fall.. 



Barangkali semalam di Jasper National Parks asyik di sajikan dengan pemandangan airterjun.. Kunjungan hariini tidak lah menggetarkan jiwa sangat.. Semalam di Jasper pertamakali melihat air sungai terjun ke jurang 38 m memang menggetarkan jiwa.. Kelihatan sangat ganas sekali.. Terbayang bagaimana jika tergelincir ke dalam sungai bersama  air deras tersebut.  


Air sungai yang terjun di Niagara Falls ini jauh lebih tinggi dan lebih besar dari Atabhasca Falls. Tapi disebabkan terjunan air ini lebih seimbang ia kelihatan tidak seliar air terjun semalam.. Terjunan kelihatan sangat santai sekali. 



















Harini kami menjamu selera tengahari di Afghan Horsemen Kobab... 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK