Monday, April 9, 2012

Jom Mersing...

Sumpah aku tak pernah membonceng orang sejauh ini...he he..Bila terdesak boleh rupanya. Aku tak berani bawak orang kerana sering membayangkan aku adalah pembonceng motorsikal itu..Gayat wa beb dibonceng.. Mencelah antara kenderaan...sesakali membrek keras..fuh kembang kecut je hati...kena pulak hari hujan, rasa geli-geli macam bawak motor atas lantai simen basah...

Ada hikmah juga anak aku sekolah jauh-jauh, boleh melawat  sambil menjelajah Malaysia. Takdalah ghairah sangat bawak motor, tapi kalau dah ada cuma bungkus dalam selimut apa barang..Kalau ada kawan nak ikut ..Jom..! Kalau masing-masing punya hal dan sibuk, aku boleh pergi sorang-sorang..Risau-risau juga bila ajak rakan, dibimbangi ride itu lebih banyak memenuhi agenda kita.. Kesian rider yang lain.

Kepada Shahir KTM SMT990 dan Mokhtar Versys 1000 (he..he..sibuk nak upgred ER6, motor ER6 nak bagi anak pakai..bertuah punya anak..) yang meluangkan masa menemankan aku ke Mersing Ahad baru ni..menjengah anak sambil ambil kereta yang tersadai di Ayer Hitam..Terimakasihlah..


Semasa berhenti sarapan dalam perjalanan ke Kuala Pilah bertembung dengan ramai rider lain..berbelas rider tak silap aku. zoom..zoom..! Ride pusing-pusing hujung minggu kot. Ride hujung minggu , pada pandangan aku bagus untuk menjelajah seluruh pelusuk Malaysia. Sebenarnya banyak tempat yang belum pernah kita jejaki  lagi...Kalau dapat meronda sehingga Sabah dan Sarawak lagi bagus..Dapat lah melihat sendiri sausana yang ada..Kena tengok dengan mata kepala sendiri, barulah dapat menghargai kajian dunia luar yang meletakkan Malaysia di tangga ke 51 di dunia negara yang penduduknya paling gembira...

Adik yang hensem dan ceria...tapi dia cakap motor aku tak lawa...ha ha..dia lebih berkenan SMT 990...


Semasa melalui laluan Gambang - Segamat ini, bertembong lagi dengan segerombolan motorsikal...Keadaan laluan Kuala Pilah-Bahau-Muadazam memang cantik. laluan membelah ladang kelapa sawit di felda-felda. Sebenarnya untuk ke Bandar Tun Razak seterusnya Muadzam dari Kuala Pilah tak perlu melalui pekan Bahau. Gara-gara papan tanda yang sekejap ada tetiba hilang, tersesat sampai ke sana...tapi tak kisahlahlah paling tidak sampai jugak aku ke bandar Bahau.

Laluan sepanjang pantai  dari Kuala Rompin ke Mersing  memang cantik.. keadaan jalan dan pemandangan...bila hujan kena juga berhenti lagi.. Sebelum ni pun dah lama tunggu hujan berhenti di stesen minyak Petronas dalam daerah Kuala Rompin...pemandangan sebegini yang jadi bahan gelak ketawa pemilik kenderaan bukan motorsikal...Apa barang hujan duduk bawah jambatan...jalan la..ha ha..


Sebelum zohor dah tiba Mersing..Bertolak tadi pukul  7 pagi...kalau tak hujan dah lama sampai..Bersambung..

6 comments:

  1. Replies
    1. anak saya sekolah MRSM Mersing, kak mah..yang sorang lagi MRSM Besut..sedang elok lah tu boleh ronda-ronda naik motor...

      Delete
  2. Kang, saya baru tamat ride Semenanjung. Cuaca kebanyakan hujan..dan panas terik. Syukur alhamdulillah tak ada perkara buruk sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali jom ikut saya ke Besut pulak..he he..

      Delete
    2. Boleh aja Kang. Asalkan jangan pecut tinggalkan saya udah..hehehe. Bagi saya no Kang..senang nak contact nanti. Pin saya 237A1B1A.

      Delete
  3. salam kang latep.

    mmg menarik ride ke kuala rompin/mersing dari Bangi. baru je abis tour ke sana minggu lepas. ingat nak repeat lagi ler, nak pekena udang galah leban chondong lak..heheh

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK