click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 1, 2017

Starcruise Okt 2017

29 Okt 2017

Cruising Phuket

29hb Ahad- 1hb Rabu

Harga pakej asal 2000

Harga promosi 1000

Destinasi..Pelabuhan Klang-Phuket

Balik : Phuket -Penang-Pel. Klang
Menaiki Starcruise Libra di Terminal Feri Boustead Pulau Indah.

Pakej sebegini sesuai untuk orang yang terlalu sibuk berkerjaya...Disini hanya merehatkan diri ...sebaiknya putuskan dari dunia luar. Tiada gangguan phone maupun internet.

Krew terdiri dari pelbagai warganegara...tercatat di lencana asal negara mereka...warga Filifina agak ramai.

Berkesempatan bersembang dengan salah sorang krew Malaysia..Mereka mengikat kontrak setiap 9 bulan...Dalam waktu tersebut tidak dibenarkan meninggalkan kapal...Setelah sembilan bulan dibenarkn mengambil cuti tanpa gaji selama 45 hari...Sesudah itu boleh menyambung kontrak semula...Adakah kerja ini sesuai dengan anda?


Bertolak jam 2 ptg 29hb dan tiba di phuket 2 petang keesokan hari.


 Taklimat keselamatan adalah mandatori..

 Dikhabarkan ketika ini  waktu puncak kedatangan pelancong ke Phuket...Kawasan tumpuan dipenuhi ramai pelancong



Di Phuket terdapat banyak makanan antarabangsa.. Kebab Turki pun ada...


Pemandangan bilik bilik diatas feri...Bersama kami lebih 1000 orang yang mengikuti rombongan ini..


DiPhuket tidak lama..Peserta diberikan masa 6 jam untuk bersiaran di pulau..Melawat Pantai Patong...Dulu semasa berkonvoi bersama Mat motor di kawasan ini juga kami melepak..

Sekitar jam 8 malam kembali semula ke feri..

Menyambung pelayaran..

Singgahan berikutnya adalah P.Pinang. Mengambil kesempatan makan-makan di Balik Pulau bersama kenalan tempatan. Jam 6 ptg kembali semula ke feri.

 Ada satu malam lagi esok sebelum menamatkan trip ini..



Otak dah rasa sempit sebab kebosanan...makan tidor..makan lagi...pemandangan terbatas oleh pemandangan sama kapal dan lautan...




Sekitar jam 9 pagi kami tiba semula di Terminal feri Boustead Pulau Indah

Jika diberi pilihan untuk menyertai lagi trip sebegini akan datang...ermm tak mahu lah.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK