Sunday, February 17, 2013

Kembara Cambodia: Tammot-Bangkok

2hb Febuari 2013, Sabtu. 

Malam pertama bermalam di resort di Tammot yang berjarak lebihkurang 90km dari Hat Yai dan 30km lagi ke Patthalung. Caj semalaman adalah 600B sebilik dikongsi 2 rider. 

 Malam itu terdapat satu grup 5 rider yang tiba lewat malam dan  bermalam ditempat yang sama diketuai oleh Dr Hassan Zx1000s. Mereka menuju ke Laos. Disebabkan mereka biasa dengan Kota Bangkok, perbincangan memutuskan kami akan mengikuti kumpulan ini untuk bermalam di Bangkok.Perancangan asal, kami akan bermalam di luar Bangkok  Dari situ mereka akan meneruskan perjalanan ke sepadan Laos manakala kami menuju ke sepadan Cambodia.

Kebetulan di Kota Bangkok terdapat pameran motorsikal jadi majoriti peserta bersetuju untuk kesana.



 Inilah sahabat bilik wa..Pak Usop ha ha..Sojar pencen lahir pada 1955 yang kini menjadi kontraktor panel pindah memindah bank CIMB.


                            
  Sekali pandang dengan pelbagai stiker BMW saling tak tumpah macam BMW... tenung lama baru perasan SYM rupanya...Menyedari kudrat yang semakin menurun seiring usia semakin meningkat, GTR 1400 lama miliknya telah diganti dengan skuter SYM400....'You see no tired you know...! ' ha ha


XPDC hari kedua akan menempuh jarak perjalanan yang panjang, melebihi 900km untuk tiba ke Bangkok. Namun laluan di Sebatang Kra yang tidak banyak bersimpang, perjalanan tidak akan mudah tersesat sekiranya rider menuruti papantanda jalanraya. Keadaan hanya akan lebih mencabar bila menghampiri Kota Bangkok.

 Menyedari hakikat ini rider diberi peluang membawa haluan masing-masing. Risiko kena tanggung sendiri. Rider laju boleh membesit sesuka hati, manakala rider santai boleh menunggang menurut pilihan masing-masing. Selalunya rider akan bertemu semula di stesen-stesen minyak terpilih.

                           
. Jangan disangka motor choper Kawasaki VN900 ini tertinggal ok., beliau sentiasa di grup hadapan. Aku pun hairan bagaimana Hj Nik yang juga telah pencen boleh menonggang motor pada kelajuan melebihi 140km/jam tanpa alat penghadang angin dimotornya. Ditambah dengan posisi menonggang yang sentiasa mendada, aku yakin beliau penat  menonggang. Melihat keletihan terpancar diwajahnya mengiyakan andaian aku...

                           
Cuma kekadang bila terdapat rider yang menunggang terlebih laju...masa yang diperlukan  untuk berkumpul semula dengan  grup santai mengambil masa yang lama. Beberapa kali terpisah sesama rider, namun dapat berkumpul semula sepanjang laluan tersebut.

 Sebahagian rider menggunakan GPS..,kemungkinan berpisah tetap ada. Walaupun rider menetapkan titik pertemuan  di lokasi 'sama' tapi koordinat yang berbeza akan membawa rider ke haluan masing-masing. He he semasa di Prachuap Khirikhan dua rider yang menonggang laju terpaksa lama menunggu dan berpatah balik ke lokasi dipersetujui bersama kerana mereka menetapkan lokasi masjid berbeza koordinat dengan group yang lain.  Sebab itu sebaiknya jenis dan juga  setting GPS mesti dilakukan bersama. jika tidak inilah jadinya.


Sebagaimana aku katakan tadi keadaan lebih mencabar bila mula memasuki Bangkok. ditambah lagi hari telah beransur gelap. Walaupun berjanji untuk menonggang serapat mungkin sesama rider, akhirnya terpisah jua..Peneraju konvoi tidak dapat dikesan, beliau bersama dua rider lain tanpa sedar tertinggal rider-rider yang lain.  Apabila sausana gelap keadaan begini pasti berlaku kerana mana mungkin membezakan rider sekumpulan dengan pengguna jalanraya yang lain. Mula timbul bibit-bibit perpecahan dikalangan rider. Ungkit-mengungkit keputusan yang dipersetujui bersama. Berjam masa terbuang untuk berkumpul semula sesama rider. Jam 1 pagi baru kami tiba di Bangkok. Bila keletihan semua mudah naik hangin...Keadaan diburukkan bila hotel penginapan kebanyakkan penuh kerana malam hujung minggu. Mujur Hotel Chaleena dipinggiran Bangkok kekosongan malam itu. Bayaran 400B sebilik.

Aku katakan, memang kebanyakkan rider adalah degil dan tidak serik mengulangi kesilapan yang sama. Padahal pengalaman-pengalaman lepas telah mengajar bahawa amat tidak berbaloi bergerak diwaktu malam...

Ikuti pengalaman bermotor yang pernah aku lalui bila bergerak diwaktu malam...


XPDC SEGITIGA EMAS 2010

XPDC 1Malaya 2010 bersama X9

XPDC VESPA KLASIK LAOS/CAMBODIA 2011

XPDC Sumatera 2011

Sebab itu aku sangat tidak bersetuju untuk bergerak diwaktu malam..Biarlah orang kutuk aku sebagai kaki tidur ke apa...namun bila suara majoriti menginginkannya, pihak minoriti terpaksa akur...




Diari hari pertama xpdc cambodia boleh diikuti XPDC CAMBODIA DAY 1






4 comments:

  1. bergerak waktu malam lebih berisiko. Badan dah penat, pandangan pun terhad..betul kan kang?

    ReplyDelete
  2. Keputusan masok bandar Bangkok selepas pukul 10 mlm adalah utk mengelak dari terperangkap jam yg teruk, awal2 dah dibagitahu. rupanya kamu tak paham2, sbb apa msk Bagkok waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sdr..sekadar pandangan peribadilah yea, sekadar berkongsi pengalaman,mungkin bermanfaat kpd grup lain...jika kesesakan alasannya adalah lebih elok bergerak di awal pagi..malam gunakan untuk rehatkan badan..adakah semasa menuju Bangkok malam tu jalan clear dan lancar...? Sesak menonggang motor tidaklah sesengsara sesak berkereta.. langsung tidak boleh mencelah.. bukan kah bergerak diwaktu malam sukar mengenali sesama rider... bila rider mencelah diantara kenderaan akan hilang dari pandangan, walaupun memasang hazard,...dan dibuktikan malam itu rider terpisah...ini yang sy cuba sampaikan lebih elok bergerak diwaktu siang...

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK