Tuesday, November 9, 2010

TERJAH 1MALAYA bersama x9-DAY 1

Pukul 6.30 pagi lagi aku sudah terima message dari Mantem supaya berkumpul di KL berdekatan dengan bulatan Loke Yew. Masa aku tiba mantem., Achit dan nkz dah tiba..Diorang bagitau syed chili pun nak join ride..,selepas setengah jam syed datang.., ingatkan bawak motor tapi naik kereta..lepas tu kami menuju ke Hulu Langat Bt 14 dimana man770 menunggu kami di gerai untuk bersarapan pagi..

Bermakna cuma kami berempat yang akan menyertai ride kali ini..Mantem,Achit, Man770 dan aku..Syed temankan sarapan je dan Nik ride sampai Kuala Klawang. Nik terus ke Rembau rumah emak ayah dia...dia layan sorang-sorang ride yamaha FZ..x9 sudah kasi jual daa..



Sepanjang laluan Kuala Klawang ramai geng basikal berbasikal di sini..Aku rasa kali kedua aku melalui jalan ini., yang pertama dulu sewaktu bersama geng BM di bulan puasa 2009 ke Serting..Jalan memang mencabar..berbukit dan berliku..dah serupa macam mini Thousand Corners..patutlah mat-motor perang suka melayan jalan ini..

Ride di laluan ini adalah lancar berbanding semasa aku bawa motor besar dulu dimana aku terbuat jalan baru sebab tak lepas ambil selekoh..,Aku pulak jenis gayat bila jumpa selekoh..,mujur aku bawa motor tak laju.. Argh peduli apa orang lain nak kata..ride ikut kemampuan sendiri.., usah layan sangat nyamuk-nyamuk ini..kalu jatuh bukan diorang yang tanggung..lebih-lebih hantar message dalam forum GWS-Get well soon, SCS-semoga cepat sembuh,..atau kalau dah termeninggal RIP- rest in peace..apa barang..




Melalui daerah Jelebu, jalan pun banyak jugak selekoh..cuma jalan landailah sikit..Rider dual porpose-DP pun ramai..Tong kiri kanan.., tong belakang lagi..kalau dipandang dari kejauhan sebijik macam GS adventure..he.he.jangan mare..

Kami menuju ke Pekan Pahang melalui jalan pintas felda..baru syok mengembara,melalui laluan baru..beberapa kali juga berhenti merujuk peta untuk memastikan laluan..jadi siapa kata berxpdc dalam negara tak mencabar..belum cuba belum tau..

Singgah di Bera dan sambung ke Pekan melalui Paloh Hinai menyusuri jalan disepanjang Sg Pahang.. Laluan berbukit bukau disulami dengan pemandangan kehijuan hutan dan ladang. Pemandangan liku-liku sungai dari tempat tinggi memang memukaukan.. Aku yakin tak ramai riders diluar sana yang pernah pun melalui jalan ini..pengalaman yang kurang lengkap aku kira..

Kami singgah di Masjid Kg Salong untuk solat jumaat..aku tak mahu miss solat jumaat sebab sudah 2 jumaat aku terlepas semasa xpdc segitigaemas sebelum ini. Elok juga berhenti sebab solat boleh meredakan ketegangan sendi dan otot..Selepas solat dan makan kami teruskan perjalanan dan tiba di Pekan pada pukul 3 ptg. Sempat mengabadikan foto di dan mengisi minyak..

Masuk saja daerah Nenasi hujan turun dengan lebat..Walaupun hujan aku suka menyusuri jalan dipersisiran pantai..Laluan adalah landai dan berselekoh sedap..permukaan jalan pulak baik..jadi syoklah ride lebih-lebih lagi menuggang skuter..gegaran langsung tak terasa..Pekena kopi digerai tepi sungai setibanya di sempadan Pahang/Johor. Pemilik gerai bagitau ramai mamat motor berkuasa tinggi singgah di sini..he he naik maxi skuter cc kecik ni pun diorang ingat motor berkuasa tinggi ..nampak je gempak..



Perjalanan antara Mersing dan Desaru hari dah mula gelap. Masuk ikut laluan Sedili sebab dah malam. Kami mula cari rumah persinggahan..Masa nilah bala datang..kami terlanggar lubang..sebab aku di baris kedua aku paling teruk terkena, rim motor aku bengkok..tersumbing wei..Tayar sudah pichiah.. Alamaak! Achit yang dibelakang aku sempat membrek bila dengar dentuman kuat motor aku , wind sheild dia turut longgar..




Pinjam besi dari mamat kereta yang berhenti tolong, untuk ketuk rim aku. tayar tak boleh pusing sebab rim tersangkut..Selepas tu sepanjang 6km aku redah jugak bawak motor rim bengkok cari resort terdekat..Nasib badan... Kami bermalam di Sedili Resort..

Jarak perjalanan hari pertama 590km.

Ikuti coretan ride hari ke 2 di post akan datang..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK