Friday, February 22, 2013

Kembara Cambodia- KohKong-Pnom Penh

6 Feb 2013,Rabu. Awal pagi kami bergerak ke Pnom Penh. Perjalanan ke Pnom Penh diketuai oleh Imam masjid Koh Kong, Ustaz Asmawi dan cikgu Rusdi yang menaiki kereta.

 Yang menonggang motorsikal adalah cikgu Rusdi  menjadi jurucakap dengan pihak berwajib disamping Ustaz Asmawi , semasa ketibaan kami di sempadan.
Pengisian minyak pertama di Cambodia.. Di pekan sempadan Koh Kong matawang Baht diterima secara meluas.
                            
Perbezaan ketara tut-tut Siam dan Cambodia...Tut-tut siam membonceng disisi manakala Cambodia membonceng dibelakang...

Ok siap sedia..perjalanan hari ini agak mencabar kerana pertama kali menonggang sebelah kiri jalan, sebagaimana di Eropah atau US...taklimat marsal mengingatkan berhati-hati ketika melintas jalan atau memasuki simpang atau menuju bulatan..pandang kiri jalan ...


Pertama kali membawa kenderaan sebelah kiri jalan  memang agak kekok. Kekadang tersentak juga  bila tetiba kenderaan dari arah berlawanan muncul dilaluan berselekoh...lama kelamaan tonggangan akan kembali selesa.  Tak sesukar mana membiasakan diri dengan  aliran trafik berbeza....semudah membiasakan diri dengan kenderaan bergear manual setelah lama memandu kenderaan bergear automatik.

                           


Sambil menanti penunggang santai tiba, kami  bergambar dengan imam daerah KohKong (Kiri sekali) yang turut menghantar kami ke Pnom Penh. Ketika ini konvoi terpecah dua, grup santai jauh tertinggal dibelakang..mereka melayan perasaan menikmati sausana baru di Cambodia barangkali haha...tidak perlu khuatir akan tersesat kerana jalan ini satu satunya jalan ke Pnom Penh...Keadaan jalan agak teruk berlubang dan disebahagian laluan,  pasir mengotori permukaan jalan..itu pasal rider santai tidak mahu mengambil risiko membawa laju...


Itu diaa mereka tiba...pergh....


                            
Sarapan pagi kami disajikan oleh keluarga imam yang membuka gerai tepi jalan. Sajian kari ayam kampong, ikan goreng sungai, ulam-ulaman, nasi hasil padi ditanam sendiri disusuli dengan menegguk air kelapa perghhh sungguh menyelerakan...
"Pak imam... tambah nasi satu ...? ! " haha. Kelihatan isteri Pak imam (berapron ) sibuk melayan kami dibantu oleh jiran sekampung...Sudah menjadi kebiasaan di Cambodia setiap hidangan akan disertakan air teh cina secara percuma..tapi air kelapa kena bayarlah yea...



Kali ini aku tertinggal jauh dibelakang..maaflah yea...penutup rantai motor aku tertanggal skru...terpaksa diikat menggunakan tali...terlanggar banyak lubang barangkali...apabila kelibat penonggang tidak muncul, peneraju dan rider hadapan akan berhenti menunggu di tepi jalan...




Lebuhraya bertol di Cammbodia dalam pembaikan..musim kemarau disana menyebabkan jalan berdebu..Terbayang perlumbaan Paris -Dakar.

 Rider hadapan bukan saja letih menonggang, tapi letih  menunggu rider belakang...tepi jalan pun boleh melelapkan mata..Ketika ini mereka letih menunggu kami bertiga...Aku dan Sdr Mastor mengantuk yang teramat sangat. Sweeper turut berhenti bersama kami  untuk melelapkan mata di pangkin gerai jualan air tebu tepi jalan...Tak boleh tahan beb...sesudah segar , meneruskan semula tonggangan dan berkumpul semula dengan kumpulan hadapan sebelum memasuki Pnom Penh...

Jalan utama ke Pnom Penh sesak teruk kerana waktu puncak warga pejabat pulang berkerja..Konvoi berhenti disini untuk menunggu peneraju berkereta yang terperangkap dilaluan sesak. Mat-mat motor boleh mencelah...Mat berkereta terpaksa menerima keadaan seadanya. Peneraju memutuskan untuk menggunakan jalan alternatif  untuk ke Pnom Penh...Jalan pintas...pergh wa cakap lu... lalu di permukaan berkawah dan berdebu..lubang sana..lubang sini...mana nak kawal motor, mana nak sesuaikan trafik..
                            


                           
n

Akhirnya kami tiba juga dimasjid ini di pinggiran Pnom Penh semasa jemaah sedang bersolat asar. Peneraju kami akan menghantar sehingga disini saja,

Penunjuk jalan seterusnya adalah Sdr Rudy kenalan lama bro Azman group leader kami..Kami tiba di Pnom Penh sebelum magrib. Di Pnom Penh kami akan bermalam selama 3 har di Hotel penginapan Boeng Meah. Caj bayaran 16 USD sebilik...Kawasan penginapan kami dikenali sebagai Bangkok dikalangan penduduk tempatan...Sekiranya anda melawat ke Cambodia dan ingin mencari kawasan masjid dan makanan muslim sebut saja Bangkok nescaya ramai yang tahu... 

Kembara hari ke lima boleh di baca lagi di Kembara Cambodia- Pataya- Koh Kong  

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK