Saturday, February 16, 2013

Kembara Cambodia-Bermulanya xpdc


 Alhamdulillah kami selamat kembali ke tanah air 12mlm, 15hb Feb 2013, sehari lebih awal dari perancangan asal. Ikuti coretan kembara bermula dari hari pertama sehingga hari 15. Mungkin terdapat pengalaman yang boleh dikongsi bersama anda. Saranan anda dialu-alukan untuk menambahbaik hidangan  diari kembara

Kembara Day 1

1hb Feb 2013, Jumaat. . Konvoi  bermula jam 7 pagi. Matlamat xpdc adalah untuk menyampaikan sumbangan infaq dan zakat peribadi atau syarikat  kepada penduduk kampong terpilih di Kemboja disamping menjalankan kajian  budaya dan asal usul masyarakat terutamanya melayu...


Keluar  rumah jam 5 pagi untuk berkumpul di R n R Jejantas Sg Buloh arah utara.  Ride kali ini aku menggunakan Suzuki V Strom. Keperluan dibawa memadai dengan  mengisi tong kiri dan kanan berserta beg tangki bermagnet untuk  peralatan seperti charger, adaptor, peta, gps dsb. Keperluan pakaian cukup dengan suit riding jaket berserta seluar, pakaian harian berupa jersey dan seluar trek untuk 3 hari, walaupun kembara akan berkesudahan selama dua minggu. Pakaian harian dibawa semua jenis nipis supaya mudah dibasuh dan kering. Tidak lupa beg galas belakang untuk bekalan air minuman semasa menonggang. Sedikit ration Oat 3 in 1 untuk keperluan makanan mendesak.

Peralatan kecemasan motor seperti cacing, pam, tong minyak tambahan aku tak bawak kerana sahabat lain secara sukarela membawanya. Keadaan tayar dan kondisi motor adalah tip top kerana sehari sebelum bertolak aku telah menyelenggaranya. InsyAllah dengan persediaan yang rapi perjalanan akan lancar. 

 Hanya 9 rider  menyertai xpdc kali ini diketuai oleh Brader Azman JO ergh..Azman BigBig ..Dua lagi menarik diri disaat akhir kerana aral melintang. 1 Kawa GTR 1400, Kawa ZX1000S, Suzuki Bandit 1200,. Suzuki V Strom 1000, 3 biji Yamaha Fazer 1000, BMW GS 1200 dan star of the konvoi skuter SYM400.

 Baju T hari pertama adalah  tajaan syarikat CNH yang turut menaja kos penginapan hotel semasa di Kemboja disamping menyumbangkan zakat kepada madrasah di Kg Chanang Kemboja.

 Penaja lain termasuk syarikat CCP yang menyediakan  kursus untuk perkhidmatan pengawal peribadi dan penggunaan senjata api. Selesai taklimat dan doa wakil penaja melepaskan konvoi. Terimakasih juga kepada sebahagian ahli keluarga dan sahabat handai yang hadir mengiringi konvoi kami.

 Hentian pertama adalah di Simpang Pulai. Penanda aras berhenti adalah motor Suzuki Bandit 1200. Walaupun ber CC besar tapi bertangki minyak kecil 19 liter.

 Hentian kedua adalah di Stesen minyak Shell Sg Dua P.Pinang. Hentian berikutnya di R n R Gurun arah utara untuk bertemu dengan dua rider  Sdr Ruslan ZX dan Sdr Khalid Fazer yang menunggu disana.

 Pendekar Ar Mastor haha...yang menonggang Suzuki Bandit...menjadi penanda aras lagi..dulu Kawa ZZR 1000 beliau menjadi penanda aras semasa xpdc Segitiga Emas 2010.

 Singgah solat Jumaat di Masjid berdekatan dengan kompleks imegresen Bukit Kayu Hitam

 Urusan imegresen menghadapi sedikit masalah. Ar Mastor hanya membawa salinan geran motorsikal muka hadapan, sedangkan pihak kastam memerlukan salinan depan belakang. Masalah diatasi dengan mendapatkan salinan geran dari  JPJ Malaysia di Jejawi Perlis yang berjarak hampir 200km pergi dan balik. Terpaksa berurusan jauh kerana JPJ Kedah tutup  sempena cuti  hujung minggu hari Jumaat. Sementara menunggu urusan selesai kami makan tengahari di gerai Pekan Sadao...Hidangan  pasti...tomyam beb..

 Lebih kurang jam 6ptg singgah di gerai penduduk islam tempatan di Tammot . Semasa di Sadao beliau telah dihubungi memaklumkan untuk menyediakan hidangan setibanya kami disana.

Perbincangan memutuskan untuk menamatkan xpdc hari pertama di Tammot saja. Jarak ditempoh hari pertama menghampiri 700km.

Latarbelakang peserta boleh dikuti lagi di DISINI

4 comments:

  1. Fuhh...terbaek laa Kang. Tak sabor nak baca sampai habis nie..

    ReplyDelete
  2. Tahniah....Kang,pengalaman hebat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman berkumpulan x sama dgn pengalama solo ride abe mat kak mah..hehe...

      Delete
  3. ABN, ada 15 siri mungkin lebih..hehe...jgn jemu mengikutinya..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK