Sunday, January 27, 2013

Jom Kemboja-Latarbelakang peserta...



                                                                                           
 Ar. Mastor Surat (Ph.D) berpeluang memiliki motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Suzuki GS1000 pada tahun 1997. Dalam tahun 2009 beliau telah menukarkan motosikal tersebut dengan Kawasaki ZZR500. Setelah mengikuti Kursus Marshall dalam tahun 2010 beliau telah menukarkan motosikal tersebut kepada yang lebih berkuasa iaitu Kawasaki ZZR1100. Mastor menggunakan motosikal bagi memudahkantugas pengkajian beliau mengenai budaya dan senibina. Beliau telah berpengalaman beberapa kali menjelajah Negara Thailand sehingga ke Chiengmai. Dalam tahun 2011, beliau bersama Ir. Latep telah menjelajah Sumatera dengan menunggang motosikal cub. Mastor juga telah beberapa kali mengikuti program konvoi secara rasmi seperti Cuti-cuti 1 Malaysia On 2 Wheel – Big Bike Rally - North East Expedition (2011), Lenggeng Charity Ride OKU (2011), Kembara 1 Malaysia Bike Week (2012), yang telah mencatat rekod penyertaan motosikal berkuasa tinggi teramai dalam Malaysia Book of Record dan konvoi terkini yang beliau sertai adalah Cuti-cuti 1 Malaysia On 2 Wheel – Big Bike Rally – South Expedition (2012).  

 Saudara Mohd Nazrul Maarof mula berjinak dengan motosikal besar sejak 2003 di mana motosikal pertamanya adalah Kawasaki ZX7. Sering ‘melayan corner’ di Awana Genting – Ulu Yam – Bukit Frezer- Karak – Kuala Klawang dan sebagainya sehingga 2005. Bertukar ke motosikal Yamaha FZ1000s dalam tahun 2011 demi menyertai konvoi bermotosikal. Sering berkonvoi di dalam negara dan beberapa kali telah menjelajah ke Thailand sehingga ke Koi Samui, Krabi, Phuket dan sebagainya. Beliau berhasrat untuk menyertai lebih banyak konvoi bermotosikal bagi mendapatkan pengalaman serta berpeluang untuk berkenalan dengan lebih ramai bikers.
 Saudara Mohamad Azman Mahmod menunggang motosikal Kawasaki GTR1400 dan pernah mengikuti program jelajah Utara Thailand pada tahun 2010. Berminat dalam kembara jarak jauh dan kali ini merupakan kembara kali kedua ke negara Kemboja selepas kembara yang sama pada tahun 2008 ke Kemboja dan Laos.

Memiliki lesen selam skuba NAUI dan pernah menyelam di serata tempat di Malaysia dan Pulau Sipadan sebelum meminati akitivi menunggang motor berkuasa tinggi.
 
 Saudara Shahirunizam Salleh telah mula menunggang motosikal berkuasa tinggi semenjak tahun 1995 apabila berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Honda CBR600. Selepas itu antara motosikal yang pernah beliau miliki adalah Kawasaki ZX750, Suzuki GSX1000 dan Kawasaki GTR1400. Beliau sering berkonvoi bersama rakan-rakan biker di dalam negara bagi meramaikan kenalan disamping meningkatkan pengalaman jelajah bermotosikal. Beliau telah beberapa kali berkonvoi ke Negara Thailand, namun jarak yang paling jauh adalah sehingga ke Chiengmai, Segitiga Emas, meliputi sepadan Thailand, Burma dan Laos pada Okt 2010. Kini beliau menunggang motosikal Kawasaki Z1000 yang dirasakan agak sesuai bagi memenuhi kehendak penunggan semasa beliau.
Ar. Ruslan Abdullah berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Suzuki GS450 pada tahun 1984. Motosikal Zephyr 1100 yang dimiliki pada 1994 masih lagi digunakan hingga kini. Beliau telah berpengalaman menjelajah beberapa Negara Eropah dari Turkey melalui Bulgaria, Romania, Hungary dan Austria hingga ke Germany, Perancis dan Swiss Alps di Switzerland dengan menggunakan BMW GS 800 di samping menunggang Royal Enfield classic 500 ke Himalaya (India) dan Z1000SX ke Siam. — withRuslan Abdullah.

  
Saudara Yusof Ahmad berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Shadow 650 pada tahun 1999, seterus Kawasaki Z750, Sym 200, Kawasaki Z14 (1400cc) dan sekarang GTR1400. Bermungkinan akan bertukar kepada MAXSYM4001. Beliau telah berpengalaman beberapa kali menjelajah Negara Thailand sehingga ke Chiengmai termasuk 1000 corner. Yusof juga telah beberapa kali mengikuti program konvoi secara rasmi seperti, Kembara 1 Malaysia Bike Week (2012), yang telah mencatat rekod penyertaan motosikal berkuasa tinggi seramai 500 motosikal sepanjang konvoi 18 kiilometer, dan telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Record.
Ir. Latep Paiman aktif bermotosikal bermula pada 2009 setelah memperolehi lesen motorsikal B penuh dan menerima motorsikal pertama BMW R1200RT pada April 2009. Hampir seluruh pelusuk tanah air telah dijelajahi sama ada berkumpulan atau berseorangan. Mula menyertai konvoi luar negara pertama ke Koh Lanta seterusnya ke Segitiga Emas meliputi sepadan Thailand, Burma dan Laos pada Okt 2010. Pada Feb 2011 bersama 12 peserta kumpulan Vespa klasik menaiki Piaggio Evo 200 telah meneroka daerah sebelah timur Thailand bersepadan dengan Laos dan Kemboja. Ingin lari dari kebiasaan, pada May 2011 bersama Ar Mastor Surat mengelilingi sebahagian besar Pulau Sumatera menonggang kapchai Honda Wave 110 yang disewa di sana berjaya mencatat jarak perjalanan lebih 3000km selama 8 hari. Nov 2012 berkembara mengelilingi Semenanjung Malaysia sempena bulan kemerdekaan 1MBW bersama lebih 500 peserta. Semua pengalaman dinyatakan di atas boleh dikongsi di Blog Yok Rempitan .

 Saudara Ahmad Amin Yaacob mula bermotosikal pada tahun 1985 dengan motosikal Jenis Honda Rider 135cc. Kegiatan hanya sekadar berkonvoi di dalam negara bersama rakan sepengajian. Mula menggunakan motorsikal berkuasa tinggi pada tahun 2010 dengan Kawasaki er6 650cc. Memandangkan motor tersebut hanya 2 silinder, beliau mencuba pula motorsikal 4 silinder iaitu Kawasaki Z750. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap kegiatan permotoran dan berjinak dengan kembara ke luar negara, beliau bertukar ke motosikal yang agak sesuai iaitu Yamaha Fazer FZ1000. Dalam kegiatan permotoran, beliau berhasrat untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti jalinan persaudaraan, amal jariah, gotong-royong, menyampaikan zakat dan sedekah serta menunaikan hajat seseorang untuk memeriahkan majlis tertentu, dengan pemanduan yang berhemah dan berdisiplin. Yang penting, beliau tidak mengamalkan kegiatan negatif seperti merempit atau lumba haram dan membuktikan “Bikers Bukan Pelesit Jalanan.”


Dr. (Ph.D) Mohd Ekhwan Toriman dan Isteri mempunyai minat yang sama iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi. Antara motosikal yang pernah beliau miliki ialah Yamaha Fazer 1000, Kawasaki GTR 1400 dan BMW GS1200 & 800. Minat beliau terhadap sukan bermotosikal ini agak baru sekitar 2008. Berkat tunjuk ajar biker otai, beliau kini mahir mengendali mesin berkuasa tinggi tersebut. Antara program yang pernah disertai beliau ialah Cameron Highland Charity Ride (2011), Lenggeng Charity Ride OKU (2011), Ride Cuti-Cuti Malaysia (2011), Kembara 1 Malaysia Bike Week (2012) dan Ride amal anak-anak yatim Simpang Pulai (2010). Beliau bercita-cita untuk menunggang secara solo ke negara-negara Asean, insyallah.
  








Add caption
               . Dr Khalid dari P.Pinang...Alamak profil rider ini tidak dapat dikemas kini lagi     . Seorang lagi rider Sdr Rosli Kadir tidak dapat menyetrtai konvoi kali ini.                          

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK