Tuesday, February 26, 2013

Kembara Cambodia- Pnom Penh lagi...

8Feb 2013- Pnom Penh,..Ternyata 3 hari di Pnom Penh dirasakan lama sangat... Kami ingin ke Ho Cin Minh, Vietnam menaiki van atau bas untuk mengisi masa lapang kami, tapi berubah fikiran bila memikirkan tidak berbaloi mengharungi perjalanan yang panjang selama 8 jam pergi dan balik tidak termasuki masa berurusan di imegresen nanti.

Masa terluang digunakan untuk meronda-ronda bandar Pnom Penh lagi walaupun semalam petang kami sudah ke sana, sebahagian lagi termasuk aku melepak saja dalam bilik dan merayau-ratau sekitar hotel penginapan , melihat gelagat masyarakat setempat...
Cuti Tahun baru cina warga kota Pnom Penh turut mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing..


Mereka betul-betul memenfaatkan apa yang ada..selagi boleh selit..selit..motor pun boleh angkut sekali...Tahan pulak suspension atau tayar walau pun dah terlebih muatan begini...

 Kecil diluar, besar didalam...van ini memuatkan penumpang yang ramai..walaupun dah sesak, setiap penumpang yang datang masih diterima naik...mentaliti kelas dunia ketiga masih menebal disini...Keseluruhan aspek kebersihan persekitaran di Cambodia ditahap mendukacitakan..isi dimakan masuk perut, kulit campak atas jalan...Jangan ditiru sikap begini ok...

 Barber Corner...nak cari rezeki tak perlu premis mewah, pacak khemah duit boleh masuk..yang penting usaha......Sangat bersyukur memikirkan kita sebagai rakyat Malaysia..Kita heran jika  rakyat Malaysia masih terus menerus  mengeluh dan sering menyalahkan pihak lain...Bukalah minda dan melawatlah negara orang...

 Hari jumaat, solat di bangunan sementara...

Masjid sedang dalam pembinaan atas duit sumbangan kerajaan Kuwait...Kepelbagaian agama bebas diamalkan di Cambodia..Seruan azan turut berkumandang diruang udara... Pembinaan rumah ibadat kaum minoriti atas inisiatif masing-masing, tiada bantuan kewangan dihulurkan oleh kerajaan memerintah...

                            

 Jemaah Malaysia...

Pengemis jalanan..anak-anak kecil berbogel seusia 2-3 tahun boleh terus meluru ke dalam masjid untuk meminta sedekah... menurut jemaah tempatan mereka berketurunan Khmer bukan islam...


                           
"Amacam Bro, ok..?.."

"Ok..! Good-Good." .he he..Amin GudGud...

Kami bersiap sedia untuk ke Kg Chanang pada Sabtu 9hb Feb 2013, merealisasikan misi kembara kami...ikuti coretan esok...

Diari kembara hari ke 7 masih boleh diikuti di sini..Lawatan Muzium Genocide Tuol Sleng

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK