Sunday, March 17, 2013

Kursus Pengurusan Jenazah...

17 Mac 2013, Ahad;
 Lokasi : Masjid Bandar Couintry Homes Rawang Selangor




Lebih 200 peserta pelbagai usia menghadiri kursus yang dianjurkan badan khairat kematian masjid ..Nisbah kehadiran 60 peratus wanita/perempuan, 40 peratus lelaki ...Sessi latihan amali dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut jantina...

                            
Pengendali kursus amali, Tuan Hj Shaari berbaju serta berkopiah putih selaku Pengerusi Khairat Kematian juga Jurunikah kawasan, berpengalaman menguruskan jenazah sejak tahun 70an...

Keperluan memandikan mayat antaranya air mutlak...campuran air kapor barus, air mawar, campuran air inai, campuran air daun bidara, shampoo, sabun..peralatan membersih seperti baldi, gayung, pengorek rongga, sarung tangan apron tuala dsb..


 "Memandikan mayat adalah mudah... membersihkan dan meratakan air seluruh tubuh jenazah...sekiranya air campuran tadi tiada, cukup sekadar membersihkan dengan air bersih sebagaimana kita mengangkat hadas besar...Campuran air adalah bilasan terakhir sesudah memandikan jenazah, tujuannya adalah untuk memperelok selain mengelakkan bau yang kurang enak.." Ujarnya lagi..

 Jenazah perlu diiringkan untuk membasuh bahagian belakang anggota... Jenazah juga perlu diposisikan berkeadaan  duduk sambil melurut lembut perut untuk mengeluarkan najis, pemandi mayat perlu membersihkan bahagian dubur dan qubul serta mengesahkan tiada najis lagi keluar...


OOo gitu...

                            
Ok untuk mengkafankan mayat pula begini caranya...untuk jenazah lelaki paling kurang 3 lapisan, manakala perempuan 5 lapisan....
 Mudah saja untuk mengukur keperluan kain kafan..samada diukur menggunakan tali atau tali tape pada jenazah atau sekiranya sukar mendapatkan ukuran tersebut, tips mudah gunakan saja ukuran ini...1 depa campur 1 hasta campur dua jengkal..Insyaallah cukup..1 hasta adalah ukuran dari siku ke hujung jari...Sedepa dan sejengkal korang taukan...

 Kapas yang telah di taburkan kapur barus berserta serbuk cendana dilapikkan di belakang badan jenazah ..Setiap sendi ..., lengan, lutut, bukulali, leher dan kepala dibalut dengan kapas...

 Bungkuslah jenazah dengan kemas dan diikat di 5 bahagian..hujung kaki, lutut, pinggang ,dada dan hujung kepala..ikatan jangan disimpul mati supaya mudah dibuka ketika jenazah disemadikan diliang lahad

Amali solat jenazah turut diada sesudah itu...


Sebagaimana kata Ustaz Fawaz Fadhil Nor yang memberikan ceramah di majlis itu...
Kematian adalah pasti tanpa mengenal usia. ...Kekadang orang yang superfit menemui ajal mendahului orang yang berpuluh tahun terlantar di katil hospital...begitulah seterusnya...Kematian perlu dihadapi dengan persediaan bukannya bertangguh seolah cuba mengelak...Pastinya tidak boleh dielak...


Satu pogram yang baik...patut ditiru dikariah lain dan dihadiri oleh peserta-peserta. Selama ini kita tidak ambil peduli perihal menguruskan  dan mensolatkan jenazah sedangkan semua itu adalah fardu kifayah keatas semua orang yang hidup. Barangkali atas kejahilan, kita lebih selesa bersembang dibawah pokok daripada turut serta memandi dan mengkafankan seterusnya mensolatkan jenazah...Sedangkan terdapat banyak manfaat dan pahala yang tidak patut kita lepaskan peluang ...









No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK