click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 7, 2013

Kembara Cambodia-Seam Reap

10hb Feb 2013, Ahad, Pogram harini adalah menuju Seam Reap..antara lokasi yang sangat aku tunggu untuk ke sana..Dulu 2011 bersama geng vespa klasik walaupun berjarak tidak lebih 200km dari sempadan Thailand yang kami lawati, kami tidak meneruskan perjalanan ke sini kerana tidak termasuk dalam agenda kembara ketika itu...Sejak dari itu aku sentiasa memendam rasa ...terkilan ..dah dekat tapi tak sampai...

Pogram melawat Kg Cham, jika tidak kerana  ada sahabat yang berkeras untuk kesini, akan dikeluarkan dari senarai agenda. Pergh punyalah jauh beribu kilometer kita menonggang, kekadang kita kena buat sedikit penyesuaian untuk melawat tempat-tempat tertentu...dah begitu hampir pun .. Jika tidak..., sekembalinya ke tanah air nanti akan timbul sedikit penyesalan, melopong mendengar cerita grup lain yang pernah melawat tempat dimaksudkan..Bukankah  kita turut berpeluang berbuat demikian tapi sengaja melepaskan peluang...

Menarik atau tidak tempat itu belakang kira, paling penting kita sudah pergi ...

Untuk menjimatkan masa, selalunya konvoi tidak akan menikmati sarapan sebelum memulakan perjalanan. Selepas subuh dan sedikit taklimat terus saja bergerak. Jika rider memiliki ration sendiri, boleh memakan apa yang patut untuk mengalas perut.. konvoi hanya akan berhenti  makan dimana-mana gerai sepanjang perjalanan itu...Sebelum tiba di Seam Reap kami menempuh lagi perkampungan muslim. Kubah masjid menjadi penunjuk arah kami dari kejauhan dan berhenti bertanyakan orang tempatan lokasi gerai makan muslim...Cantik...! tidak jauh dan berada ditepi jalan utama...

                            
"Saya Siti Aishah, berniaga kain di Parit Buntar, Perak...Saya berasal dari kg ini..." ujar kakak ini......

Pergh..., sedang elok lah tu untuk menjadi penterjemah kami kepada tuan gerai... Benar..., sepanjang kami di Kemboja .ramai orang tempatan kami temui berhijrah ke Malaysia untuk berniaga...

Adat orang berhijrah, kehidupan mereka lebih senang ...bahkan kekadang jauh lebih senang dari penduduk tempatan,  negara mereka bermastautin...

Teori sama kita kena guna, jika ingin senang kena berani berubah dan berhijrah...Selagi selesa dengan kepompong yang sama, selagi itu kita akan berada ditakuk lama...

Rakyat Cambodia memanfaatkan sepenuhnya kenderaan bertenaga hijau...teksi kuda...

Motor ini kaler saja hijau...hehe..tapi kuat merosakkan bumi...kuat makan/minum minyak beb.....tuan punya motor Kawa zx 1000s Sdr Ar Roslan berlindung dibawah bayangan pepohon hijau...bila congak-congak kos minyak, motor lain tak ler separah kos minyak motor ini. Lagipun tuan punya kaki besit...itu pasal laaa.

Kami berhenti sebentar ditepi tasik ini untuk mengendurkan urat-urat yang tegang...

Jangan ingat skuter 400cc ini jimat minyak ok...kalau setakat berbeza Rm 60 dengan motor aku yang bercc 1000 setelah menempuh perjalanan hampir 3000km ..apa barang Pak usop...!


Banyak kali juga kami berhenti untuk berehat, lagipun jarak perjalanan hari ini tidak melebihi 300km ..boleh ride santai...!..sambil tu merakam apa yang ada dikeliling...gambar ini adalah penumbuk padi...Sengaja diletakkan ditepi jalan untuk memudahkan sesiapa  menggunakannya dengan caj  ...haha aku agak jer..


Hahh..dah sampai Seam Reap..

Kami tunggu ditepi jalan dulu...Salah seorang dari kami pergi mencari bilik penginapan...

Puas mencari penginapan tak bertemu, jumpa pulak gerai jual makanan muslim...kita rehat dulu...!

Di Seam Reap terdapat masjid . Kami dibawa kesini oleh pemuda ini Sdr Zakaria yang menegur  sewaktu kami berlegar dibandar mencari hotel pnginapan. ..Ejen pelancongan sambilan rupanya...Mana tahu anda ingin ke Seam Reap tanpa bantuan ejen pelancongan berhubunglah dengan beliau +85512302018 ...

Makan tengah hari di restoran yang terletak diperkarangan masjid....erm jumpa kumpulan dari Malaysia yang melancong bersama pakej pelancongan...



Hujung minggu dan cuti umum...kebanyakan bilik di Seam Reap adalah penuh...Ada yang kosong tapi harga mahal 60USD... Dalam berkonvoi melibatkan ramai ahli, kita kena berkompromi...Bagi yang berduit, jumlah itu dirasakan kecil, bagaimana dengan kami yang kureng berduit ini...Masalah timbul bila bilik harga berpatutan diperolehi tetapi tidak cukup untuk menempatkan grup kami kesemuanya. Kami terpaksa berpecah...Salah seorang ahli  memilih untuk tinggal bersendirian atas alasan menyiapkan kerja . Beliau kena membawa diri, kami takda masalah untuk berkongsi sebilik 3 orang...Oklah hotel bukan berjauhan pun...Di Seam Reap kami akan bermalam selama dua malam..Kalau bukan hujung minggu, kami yakin akan ada bilik kosong dan bolehlah tinggal bersama semula


Selesai check in..keluar meronda bandar lah...impresi pertama aku sewaktu melihat bandar ini..."indah khabar dari rupa.....! '  tidak setimpal dengan gimik yang diwar-warkan terhadap Angkor Wat yang berada di sini. . Aku terbaca diinternet Angkor Wat tersenarai kedudukan ke 5 dunia lokasi menarik untuk dilawati...Argh...

 Khidmat bengkel ditepi jalan...tiub bocor..tiub bocor..

                           
Tayar Tut-tut kami tidak bocor cuma kurang angin...




Anytime, anywhere...

                            
Melawat pasar malam lagi...

Esok kami akan melawat Angkor Wat....

Diari kembara hari ke 9 boleh lagi dibaca di SINI

3 comments:

  1. jauh betul kak too merantau,
    rata2 niaga kain-baju warga kemboja, leh minta diskaun.
    As-salam

    ReplyDelete
  2. benar tu M<ohd PK...di kota tinggi terdapat pasar pakaian dipanggil pasar kemboja...

    ReplyDelete
  3. Good news to all readers... for your information, kami ( Wau Restaurant ), telah berpindah ke lokasi yang baru di Phnom Penh.. kami tidak lagi beroperasi di New York Hotel..

    This is our new address,
    Wau Restaurant,
    No 103A,Street 63,Preah Trasek Paem,Phnom Penh,Kingdom of Cambodia.
    Call us : +85581887090 or email wau_restaurant@yahoo.com

    Fb : D'Wau Restaurant

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK