Monday, March 18, 2013

Kembara Cambodia-Rumusan Kembara

Maklumat yang dikongsikan ini mungkin bermanfaat kepada rider atau siapa saja yang ingin menjelajah ke destinasi sama atau mana-mana destinasi. Rider  yang telah pergi mungkin boleh membandingkan pengalaman yang mereka  diperolehi...

A. Jarak kembara

Jarak perjalanan keseluruhan dicatatkan melebihi 5500km..Bermakna sebaik pulang ke tanah air, motorsikal perlu diselenggara semula. Jarak  terjauh ditempoh sehari adalah sejauh 1130km pada hari ke14 dari Kenchanaburi ke Songkla, Bermula 6.30 pagi dan tiba sebaik waktu magrib dalam 6.30 ptg. Kedua jauh  pada hari kedua sejauh 980km dari Tammot ke Bangkok. Namun hari kedua mencatat waktu ride melebihi 16jam, tiba destinasi akhir sesudah jam 1pagi walaupun bermula sekitar 6.30 pagi. Kelewatan ini disebabkan konvoi terpisah beberapa kali dan mengambil masa lama untuk regroup selain terperangkap dalam kesesakan di Bangkok.

B. Kos kembara

Aku lebih suka memaparkan kos yang aku tanggung berbanding grup kerana tiada kaji selidik  berkumpulan dibuat. Kos secara umumnya terbahagi kepada 4 perbelanjaan utama iaitu Minyak, penginapan, makan dan lain-lain seperti cenderahati, barangan peribadi ,duit kopi dsb.

Minyak...setiap kali pengisian minyak memang dicatatkan untuk mengetahui prestasi penggunaan minyak...sepanjang pengembaraan kos minyak aku secara tepat adalah sebanyak RM986.

Penginapan- Penginapan keseluruhan- RM 850 untuk bilik yang dikongsi 2 orang. Purata kos penginapan dalam RM60 sehari atau 30 ringgit seorang saja...Daripada jumlah itu kos penginapan kami di Cambodia  sebanyak RM350 ditanggung oleh pihak penaja.

Makan-Tiada catatan spesifik dibuat..cuma sebelum berperpergian setiap peserta membuat koleksi 500 seorang...Koleksi ditambah sebanyak 50 usd lagi sewaktu di Cambodia. Koleksi ini digunakan untuk membiyayai makan secara berkumpulan dan sebahagiannya digunakan untuk   kos kenduri sewaktu melawat sekolah di Kg Chanang berjumlah RM1500. Setelah selesai kembara koleksi berbaki RM120 untuk  setiap peserta .Makan yang menggunakan duit sendiri-tak ingat...

Lain-lain perbelanjaan- . Ini  bukan perbelanjaan wajib. Perbelanjaan bergantung kepada keperluan masing-masing. .Perbelanjaan tidak direkodkan. Semasa menulis ini aku cuba mengingat ke mana duit aku diperabihkan...kira  yang ingat saja ... .

Jaket riding -460, kasut basikal-330, pedal basikal 180, topeng muka 30, Kompas 45, lampu suloh 50, replika basikal 20, magnet-15, pakaian berbasikal 45, kasut sukan anak 70, seluar tradisi kemboja  untuk bini  2 helai 60.., set pemotong kuku 20., minyak rantai 20..   duit tambang tut-tut, sewa motor, tiket lawatan, duit kopi  imegresen..pergh melepasi angka 1500 juga.. Nampaknya perbelanjaan bukan wajib mengatasi perbelanjaan wajib lain.

Namun perbelanjaan keseluruhan sebenar tidak banyak berbeza dengan anggaran . Duit diperuntukkan dalam kembara ini sebanyak 3500 habis digunakan sepanjang kembara selama 15 hari. Kos tidak termasuk  penyelenggaraan kenderaan sebelum dan sesudah kembara.

C. Permasalahan sepanjang kembara...

Keseluruhan kembara adalah lancar...melainkan terdapat sedikit masalah  sewaktu berurusan dengan imegresen dan kastam Cambodia. Walaupun memiliki dokumen sokongan kedutaan masing-masing dan dibantu lagi oleh jurupandu tempatan,, masalah birokrasi masih menganggu kelancaran konvoi. Selain itu terdapat sedikit salah faham sesama rider terutama di hari kedua dan ke 13 kembara. Masalah terhadap motor rider-Alhamdulillah tiada.

D. Saranan kepada bakal peserta  kembara

1. Anggaplah solat adalah keperluan..bukan pilihan...

2. Jika pergi secara berkumpulan pastikan setiap rider melengkapi diri dengan pengetahuan laluan. jangan terlalu mengharap kepada ketua konvoi atau sweeper menjaga pergerakan anda. Ada ketikanya secara tak sengaja rider akan terpisah sesama sendiri... Jika tidak memiliki peralatan GPS...peta perjalanan adalah tersangat penting. walaupun anda  peserta baru.. Anda akan menghargai pengetahuan itu bilamana terpisah daripada konvoi utama..

3. Bersikap terbukalah sesama rider..Sedia menerima keunikan setiap peserta...Setelah beberapa hari bersama  pasti akan timbul  pelbagai watak, Masing-masing mempunyai persepsi terhadap watak anda atau rakan-rakan...Usik mengusik sesama rider adalah perkara biasa...isu yang dianggap biasa mungkin sensitif bagi sesetengah orang...berlapang dada untuk menerima seadanya...

4. Elakkan bergerak diwaktu malam. Tetapi selalunya  gagal dipatuhi.. Tiada cara, melainkan sentiasa menyiapkan diri dan minda untuk  bergerak dalam apa jua keadaan ....

5. Lupakan protokol...tinggalkan  ego...Tanamkan dalam minda..., Jika anda merasakan berpangkat tinggi, percayalah ramai lagi yang jauh berpangkat  tapi sanggup mengabaikan pangkat yang disandang...Jika anda merasakan anda kaya..percayalah ramai yang jauh lebih kaya tapi tetap merendah diri...begitulah seterusnya dan sebaliknya...

Kita berkonvoi untuk enjoy ok...

Diari hari terakhir boleh lagi dibaca di sini Kembara Cambodia-Hari terakhir Day 15



12 comments:

  1. Thumb up...nasihat dan panduan yang amat berguna dan berharga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar berkongsi, semoga bermanfaat...

      Delete
  2. Thanks Kang. Nasihat amat berguna bagi beginner macam saya. Menaikkan lagi semangat untuk mengembara lebih jauh..apa pun, mana lagi best utk overland, RT atau Storm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan elok pastinya RT, jalan x elok dah tentu strom, cuma bwk strom ada sedikit enjoy...psikologi kot...nak melenjan tak risau sgt repair tak semahal RT..hehe..

      Delete
  3. Bro.... Komen no 5 dan 6 dah delete ke.... Semalam baca ada. Pg ni dh hilang.

    ReplyDelete
  4. Bro.. Komen 5 n 6 anonymous tu di del ke. Semalam baca ada. Pg ni dh hilang.

    ReplyDelete
  5. Saudara, komen 1 lawan 8 dan tanya sama pokok tu dah hilang ka.
    Nasihat saya jadilah seorang yang terbuka dan pro dengan blog saudara. seperti mana saudara tulis dalam blog kena terbuka... kalau tidak x payah buat blog..
    komen ini pun akan di del....

    ReplyDelete
  6. alamak Anon...komen yang mana satu erk tak perasan pulak......semalam sebelah malam baru berkesempatan membuka komputer sb outstation...

    ReplyDelete
  7. Maaf bro... baca komen pada tajuk hujan emas dinegeri orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru saja nk tulis sebenarnya komen itu terdapat pada entry ini...http://rempitansuperbike.blogspot.com/2013/03/kembara-cambodia-hujan-emas-di-negeri.html

      Delete
  8. Betul kata kata tu..
    Berfikiran terbuka baru blog lebih effektif
    Kalau buat rumusan sendiri aja betul.
    Terima komen dgn terbuka...
    Kalau tidak jgn letak cerita2 yg tak sepatut nya...
    Walau pun betul...sensitiviti tu..
    Nah sekarang komen dah jadi panas....




    .

    ReplyDelete
  9. tkasih kepada pembaca yng berkunjung dan sudi meninggalkan komen..tulisan di blog ini sekadar catatan diari melalui kacamata penulis , mungkin tidak sepadan dengan pandangan orang lain...setiap insan adalah berbeza..yea berbeza...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK