click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, May 26, 2020

Selamat Hariraya Aidilfitri 2020...

Selamat Hariraya Aidil Fitri

Musim pkp ni hariraya tidak semeriah biasa, kebiasaannya suasana meriah ramai yang berpusu pusu pulang ke kampung , lagu-lagu raya seolah hidup menghangatkan suasana..Dipagi raya   jemaah berbondong bondong menunaikan solat Aidilfitri di surau -surau atau masjid , kaliini beraya saja dirumah bersama anak beranak.



Namun begitu pengalaman mengimamkan solat aidilfitri dan berkhutbah pastinya akan terlipat dalam lembaran sejarah.

Mujur rumah mertua anak anak hanya perlu rentas daerah jadi hariraya ke 2 baru dapat berkumpul bersama anak anak dan menantu.





Bagi penulis tugas rutin harian musim pkp berjalan seperti biasa..Bangun pagi raya, kolam ikan dan reban yang dituju dulu...Kini aktiviti itu menjadi terapi menghilangkan kebosanan terkurung dirumah.




Kebetulan 2 ekor ayam demam...muka monyok selera makan pula tiada. Mujur perkongsian petua Utuber berkesan...Ayam disuap dengan bawang merah, bawang putih dan halia atau kencur...Kini kedua duanya sudah kembali ceria.

Sekarang penulis sedang pening dengan masalah lalat pula. Pelbagai petua dicuba belum menjadi...Cuka makan, seraiwangi, beri makanan yang diperam pembersihan reban dll nampaknya belum begitu berhasil..Sekarang sedang berkira kira memasang perangkap serangga elektrik..Harap harap berkesan. 

Nak bela puyuh kena tangguh dulu nampaknya sehingga masalah lalat  ditangani..huhu







Saturday, May 16, 2020

Sisa Makan Untuk Ayam...


Sabtu 16hb Mei 2020.

Kalau sebelum ini sisa organik dicampak dalam tong kompos kini setelah membela ayam sisa ini diolah menjadi makanan ayam. Sisa makanan harian seperti nasi, roti, sayuran, buahan bahkan ulaman boleh dijadikan makanan tambahan yang akan dicampurkan dengan dedak, kita dapat memanfaatkan sisa yang ada untuk mengurangkan kos makanan ternakan selain mendapatkan daging atau telur yang lebih enak kelak.

Sisa sisa tersebut perlu diolah dahulu, tidak terus dicampak ke reban sebab ayam-ayam ni tidak akan memakannya mungkin belum terbiasa. Jika dibiarkan makanan itu tidak dimakan  bakal mengundang lalat pula.


Apa yang penulis lakukan sayuran atau ulaman mentah diracik dan direndam dengan air mendidih sehingga lembut dan ditoskan, gaulkan dengan sisa nasi atau roti kemudianya dicampurkan dengan dedak mengikut kesesuaian ayam...Mula mula ni nisbah dedak dilebihkan, nanti jika sudah terbiasa dedak boleh dikurangkan..


Pernah mencuba meletak nasi kosong lebihan, ermm dipandang pun tak..Setelah diolah dengan dedak habis juga makanan yang diberi..

Selepas ini akan  cuba memberi makanan yang diperam dengan EM4..Pucuk-pucuk pokok seperti ubi,salam,betik, kelor dll yang banyak dikeliling rumah boleh digaul dengan hampas kelapa atau soya...Setakat 6,7 ekor ayam sangat mencukupi. Bahan seperti hampas kelapa mudah diperolehi dari peniaga santan dipasar...Biasanya sisa ini mereka lupuskan begitu saja..Makanan yang diperam ini boleh disimpan berbulan..Jadi tidaklah kita perlu membuat makanan tambahan setiap hari..Buat ketika rajin saja. Makanan ini akan dicampur juga dengan dedak..Perkongsian Utuber memberitahu, makanan yang diperam dapat menghindari bau dan lalat.

EM4 adalah cairan yang banyak mikro organisma yang membantu mencerna makanan yang diperam untuk meningkatkan kualiti makanan tersebut. EM4 boleh dibuat sendiri. Semuanya boleh dipelajari melalui perkongsian penternak di Utube, awalnya mungkin tidak begitu menjadi lama kelamaan akan bertambah baik.

Jom jom daripada membuta dipagi hari hujung minggu kita buat makanan ayam..

Monday, May 11, 2020

Perangkap Lalat Mudah dan Murah

10hb Mei 2020, Isnin

Sebagaimana dijangka pkp dilanjutkan lagi...Pkp 5 dilanjutkan sehingga 9Jun 2020. Melihat kepada statistik jangkitan baru,  sukar sungguh untuk mengawal jangkitan sehingga ke angka sifar. Antara sektor terkesan teruk adalah sektor dandanan rambut yang mana penulis juga turut terlibat.

Mujur ada juga aktiviti yang dibuat dikeliling rumah untuk mengisi waktu pkpb ini. Aktiviti aktiviti sampingan ini sememangnya sebahagian rancangan untuk mengisi waktu lapang ketika usia persaraan nanti. Manusia tidak selamanya muda...Mencari kemewahan dunia memang tidak akan pernah cukup.



Harini penulis membuat perangkap lalat salah satu ikhtiar mengurangkan pembiakan lalat disekitar reban.

Perangkap dibuat menggunakan bekas botol minuman.

Potong botol kepada 2 bahagian

Bahagian bermuncung ditelungkupkan ke bahagian yang satu lagi

Selotep dengan kemas dan isilah dengan cairan bergula atau sisa makanan yang disukai lalat




Gantung ditempat strategik keliling reban .




Reban pun telah diisi dengan anak ayam, cukuplah 6 ekor betina dan seekor jantan. Sengaja membela dari anak ayam berusia dalam seminggu berharga rm4 seekor, untuk mudah membiasakan diri dengan persekitaran baru.

Malam tadi anak ayam memulakan penghidupan baru dilokasi baru.  Stress agaknya berciap ciap dan sesekali seakan menggelepar sehingga mengundang salakan anjing jiran sebelah. Tapi pagi ini dah ok. Kelihatannya ceria anak anak ayam bermandi pasir yang diletakkan didalam reban.

Untuk memastikan reban sentiasa bersih dan kering, lantai reban dialaskan dengan pasir..Taik taik ayam nanti mudah dikutip dengan menggunakan skop berjaring yang hanya akan memerangkap taik ayam manakala pasir akan dikitar semula. Air minuman diletak diluar reban.

Sementara kecil ni ayam-ayam akan dikurung didalam reban..
Lagipun pagar sekeliling reban belum disiapkan lagi.

Hanya setelah ayam membesar reban  dijadikan tempat tidur dan bertelur sahaja. Ketika siang masa akan dihabiskan dikawasan berpagar. Stesen makanan dan minuman akan diletakkan dibawah reban. Petak berpasir turut akan disediakan untuk ayam-ayam bermandi pasir. Bila suasana kondusif dan ceria, ayam-ayam akan lebih sihat dan produktif.

Semoga pkp5 adalah pkp terakhir..huhu..





Saturday, May 2, 2020

Cara Buat Cecair Penggalak Bunga dan Buah...

Sepanjang tempoh pkp, penulis mengambil kesempatan belajar membuat baja dan racun serangga organik.

Racun dan baja organik dah buat, harini penulis ingin mencuba membuat cecair penggalak bunga dan buah. Banyak pokok bunga dan buahan  yang penulis tanam, daun saja yang lebat tapi malu malu untuk berbunga apatah lagi berbuah.

Beli pokok bunga dinurseri berbunga lebat, ditanam dilaman rumah, daun saja yang makin merimbun, tapi bunganya segan nak muncul.

Pokok buahan pun begitu.. Rambutan, mempelam, jambu susu, limau bali, limau kasturi, limau purut, lama dah ditanam namun berbuahnya tidak. Diharap dengan pemberian tonik penggalak bunga dan buah ini, pokok-pokok berlumba lumba berbunga dan berbuah.

Apa yang dipelajari, penulis ingin membuatnya dan berkongsi resipi kepada pembaca... Keberkesanan hasil buatan sendiri belum terbukti, namun berdasarkan perkongsian testimoni mereka yang telah mencubanya, ternyata sangat berkesan.


Bahan-bahannya seperti berikut

1. Air kelapa sebiji
2. Ajinomoto 3 sudu makan
3. Yakult 5 botol
4. Gula merah 5 sudu
5. Telur 3 biji.

Kesemua bahan ini akan menghasilkan sebatian dalam seliter.

Kesemua bahan diatas diadun sehingga sebati dan diperam selama seminggu..

Sesudah itu dah boleh diguna..Campurkan dengan air dengan nisbah 1 baja : 20 air. Siramkan ditanah dan disemburkan dipokok.

Mari mari mencuba...Dah mencuba baru tahu...

Friday, May 1, 2020

Misi Menyiapkan Projek-Projek PKP...

1hb Mei 2020

Misi menyiapkan projek-projek pkp tetap diteruskan walaupun dengan kekangan pergerakan. Kos pembinaan diusahakan semurah mungkin.


Sebahagian jalan utama antara taman  ditutup dengan blok konkrit, hanya boleh dilepasi dengan kenderaan dua roda. Kedai menjual barang-barang lusuh pula berada diseberang sana, jadi terpaksa menggunakan motorsikal untuk mengangkat kayu kayu.


Bukannya tiada papan untuk menyiapkan reban, tapi perlu dibelah untuk mendapatkan kepingan kecil dan sangat  melecehkan..Jadi terpaksa membeli  kayu terpakai untuk menyiapkan rangka bumbung .



Setelah dipindahkan ke lokasi dikhendaki, reban mini kelihatannya sangat cocok di situ. Apabila jaring keliling reban dipasang  dan pokok renek dibersihkan, rasanya ayam pun suka tinggal disini..hehe 


Reban puyuh pun kelihatan santai dilokasi ini. Kewujudannya disitu tidak begitu menonjol.


Rahmat musim pkp walaupun hardware tutup, otak ligat mencari jalan mencari bahan untuk membuat chamber pembakaran insinerator. Ditempat buangan inilah batu-bata diperolehi.


Rancangan menyiapkan insinerator mini tergendala seketika ketika ini. Penutup chamber konkrit terpaksa disiapkan dilantai kerana kekurangan bahan penongkat dan alas plywood semasa membina penutup itu, kini perlu menunggu konkrit benar-benar matang sebelum boleh dipindahkan menutupi chamber pembakaran.



Penutup chamber berisiko pecah jika dipindahkan segera..walaupun dikuatkan dengan besi tapi ketebalan konkrit tidak begitu mencukupi akibat kekurangan bekalan pasir. Selepas seminggu baru boleh dicuba untuk dipindahkan..tak kuat juga kena tunggu 14 hari..Tak kuat juga kena buat barulah nampaknya.


Jika dibuat terus diatas chamber, sistem paip boleh diteruskan tanpa perlu menunggu konkrit matang.

Hah pening dah  nak dibuat apa lagi sesudah ini..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK