Dikedinginan subuh kedengaran suara azan dari surau resort tidak jauh dari bilik penginapan. Terdapat beberapa tetamu lain yang turut solat berjemaah. Surau yang luas boleh menempatkan sekurangnya 200 jemaah dalam satu satu masa.
Panorama indah dari laluan bertangga konkrit menuju surau.
Semasa memasuki perkarangan resort terpandang papantanda ini. Terbit keterujaan untuk melihat apa yang disenaraikan terutamanya Batu Kapal.
Ketinggian resort berada pada aras dalam ingkungan 1000m dari aras laut.
Sesudah sarapan menuju ke tempat dimaksudkan.
Dalam 3-400m dari tempat parking awam tibalah di Padang dan Telaga Tok Sheikh. Telaga ini ditemui oleh pendita arab Sheikh Abdullah AlQumairi yang dipercayai orang yang mengislamkan sultan kedah ke 9 Sultan Mudzafar Shah
Air yang tidak pernah kering walaupun dimusim kemarau menyebabkan timbul mistik konon airnya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit..Di bangsal berdekatan terdapat wakaf yang dijadikan tempat orang bertapa dan berubat..
Batu kapal terletak agak jauh dari telaga tok sheikh melalui jalan berturap sebelum melalui laluan kecil berkonkrit. Rasanya ada dalam 800-900m.
Mengikut cerita- cerita, batu itu berasal dari kapal Maharaja Mergong Mahawangsa yang disumpah Sang Kelembai ketika berlabuh di Pulau Jerai yang juga nama asal gunung berkenaan.
Sedihnya dengan tempat tumpuan ialah sampah-sampah yang dibuang merata...Sepanjang laluan ke kawasan tumpuan akan kedapatan plastik -plastik bekas makanan dan botol minuman.
Pemandangan bongkah batu kapal dari depan.
Walaupun tahap pendidikan meningkat tapi mentaliti pengotor masyarakat masih sangat pekat .
Adalah disarankan pihak berkaitan mengenakan caj sampah untuk mereka yang bermalam dan tiket masuk untuk pengunjung harian supaya duit yang dikutip boleh diguna untuk memelihara kawasan.
Betul tu..
ReplyDelete