click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, December 4, 2020

Mangsa Malam Jumaat...

Tikus-tikus terus bermaharajalela...Tak pasti apakah benar cakap-cakap, sang tikus berperangai seperti monyet yang akan membalas dendam apabila diusik.

Sebelum ini berbelas tikus berjaya diperangkap diĺuar rumah persekitaran reban. Namun masih ada lagi kelibat saki baki tikus. Perangkap getah yang dipasang seolah tidak begitu berkesan kerana tikus yang berbaki masih belum berjaya diperangkap.

Masalah luar rumah belum selesai, kini dapur rumah sehingga ke ruang tamu menjadi sasaran, sehingga betul- betul menguji kesabaran. Pantang lampu dipadam akan bermaharajalela sang tikus dari tempat persembunyian. Kekadang selamba melintas ketika kita berbaring menonton tv.
Àpabila lampu dinyalakan bertempiaran lari bersembunyi. Ketika ini kita kenalpasti laluan favorit mereka. Jerat pun dipasang..

Mulanya sekadar meletak racun tikus kerana tak mahu perangkap getah mencomotkan lantai apabila tikus yang berjaya melepaskan diri mengotori lantai sehingga melekit apabila terpijak.

Racun berwarna sangat disukai tikus kerana umpan yang disediakan habis dimakan. Namun sukar diketahui samada racun yang diumpan benar-benar berkesan kerana bangkai tikus tidak dijumpai lagi..

Tak sabar dengan kerenah yang semakin parah, digandakan pemburuan...Kali ini getah dan racun digunakan serentak dilorong-lorong tikus.

Dan inilah hasilnya. Tangkapan malam Jumaat...


Patut pun taik tikus bersepah-sepah diwaktu pagi...

Pemburuan akan diteruskan...sehingga rumah dan persekitaran bebas dari sang tikus. Grrr...

4 comments:

  1. Dahsyat tikus ni kalau depan mata kita terang-terang selamba je lalu dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah TK...dah byk diperangkap pun masih ada lagi...x habis habis..

      Delete
  2. Kadang-kadang rasa kasihan tengok tikus mati kena perangkap. Encik Suami kata: Nak orang mati, atau tikus mati?

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK