Diluar hujan masih turun. Hujan renyai sesekali berhenti kemudian sambung kembali. Hujung tahun di pantai timur memang begini. Di Dabong pernah terjadi banjir besar sehingga menengelami bumbung rumah penduduk pada Disember 2015.
Tak menunggu hujan reda kami berpayung meronda persekitaran kawasan perkhemahan dan chalet kaki gunung. Ketika musim hujan pengunjung kurang..Tiada aktiviti mandi manda atau mendaki puncak gunung dibenarkan.
Selain musim tersebut aktiviti mendaki sangat popular disini. Permit mendaki dari pejabat hutan diperlukan berharga rm5 seorang. Pendaki perlu diketuai oleh ranjer bertauliah dengan caj bayaran Rm200 untuk satu kumpulan sehingga 30 orang
Pendakian ke puncak air terjun pada ketinggian 303m dari aras laut, bersaman 100 tingkat bangunan, paling tinggi di asia tengara, mengambil masa dalam 1-2jam. Selalunya pendaki mula mendaki seawal 3 atau 4 pagi untuk menikmati panorama matahari terbit selain pemandangan awan nano di persekitaran puncak air terjun atau lebih dikenali sebagai Kem Baha.
Pemandangan air terjun sangat menakjubkan. Walaupun hujan, air terjun masih boleh dilihat dari jambatan gantung, limit rondaan dibenarkan ketika musim tengkujuh. Cuma sayang pohon pokok melindungi pemandangan puncak air terjun.
Pendakian ke puncak air terjun pada ketinggian 303m dari aras laut, bersaman 100 tingkat bangunan, paling tinggi di asia tengara, mengambil masa dalam 1-2jam. Selalunya pendaki mula mendaki seawal 3 atau 4 pagi untuk menikmati panorama matahari terbit selain pemandangan awan nano di persekitaran puncak air terjun atau lebih dikenali sebagai Kem Baha.
Seterusnya pendaki boleh meneruskan mendaki mengambil masa antara 6-8jam lagi untuk menawan puncak Gunung Stong ketinggian 1450 dan Gunung Ayam 1500m
Kami hadir bukan untuk mendaki, semata mata ingin melihat sendiri suasana air terjun tertinggi asia tenggara. Mampu melihat dari kejauhan saja.
Persekitaran ok bersih, cuma fasiliti penginapan perlu dipertingkatkan.
Sesudah lawatan ini kami akan ke Kota Bharu...
No comments:
Post a Comment