click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, December 17, 2020

Ronda-Ronda Pasca PKPB...

Covid19 sudah berada dalam komuniti. Ibarat berlawan dengan mata tertutup., kita main libas., sedangkan lawan bebas memerhati. Jika terlalu obses melibas kita yang akan penat sedangkan musuh tak kena pun. Berkurung saja mungkin boleh mengurangkan risiko jangkitan, namun dalam kehidupan kita perlu seimbangkan antara impian dan realiti.

Selagi tiada vaksin, berkurung saja akan menimbulkan masalah lain pula. Kadar kematian akibat bunuh diri sepanjang pkp turut meningkat..Stress adalah pembunuh senyap tanpa mengira usia. Jumlah kematian bunuh diri hampir menyamai jumlah kematian disebabkan covid19, sedangkan jika dilihat statistik, mereka yang mati akibat covid19 kebanyakannya mereka yang telah berusia selain/atau telah mempunyai penyakit kritikal yang lain seperti diabetis,  jatung dll.

Kesihatan minda, ekonomi dll perlu juga diambil kira. Jika aktiviti ekonomi terbatas ramai yang hilang perkerjaan. Walaupun sering dikatakan wang bukan segalanya, tidak boleh dibawa mati tapi tiada wang macam nak mati kita dibuatnya.

Antara industri yang paling terjejas teruk adalah sektor pelancongan dan yang yang berkaitan dengannya. 1 daripada 10 orang terlibat dalam sektor ini..bayangkan jika pkp berterusan disambung..apa akan jadi dengan mereka ini...

Cara terbaik mengekang jangkitan ketika ini adalah menjauhkan diri dari lawan. Patuhi SOP. Selagi tidak bersentuhan, virus sukar meluaskan kuasanya.

Pkpb Selangor telah ditamatkan. Kami mengambil kesempatan menghirup udara luar Selangor. Perak -Kedah-Kelantan- Trengganu- Pahang . Ingin lari dari rutin harian bermain dengan reban.. Harapnya memadai seminggu...coretan perjalanan akan menyusul.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK