click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, December 1, 2020

Kancil Oh Kancil...

Kenderaan terpakai semakin susah nak dijual melainkan harga potong leher. Ini terjadi kerana orang ramai mempunyai pilihan membeli kenderaan baru kerana kenderaan baru mudah diperolehi dengan pelbagai tawaran seperti tiada wang pendahuluan dan pembiayaan panjang sehingga 9 tahun.

Dengan pembiayaan yang panjang, penjualan sekerat jalan, harga jualan tidak mampu menampung baki pembiayaan bank...

Maka ramailah yang terus menggunakan kenderaan berusia melainkan sanggup mengeluarkan duit lebih.

Bila kenderaan semakin berusia lagi sukarlah untuk dijual...pilihan yang ada gunakan saja selagi boleh. Walaupun tidak begitu ekonomikal kerana kenderaan tua sangat manja dan mudah rosak.

Kancil ini sudah berbulan tersadai kerana enjin terlebih panas., puncanya sekadar hose radiator bocor...kerana banyak pilihan kenderaan lain..tersadailah ia dibahu jalan sehingga disaman PBT.



Kancil kini telah dibaiki. .Ada yang cuba melamar tapi tak jadi. Ingin berjimat sebab covid katanya.

Anak isteri pun tak sanggup nak guna khuatir kereta tersadai ditengah jalan..Pilihan apa yang penulis ada, melainkan membelanya semula untuk kegunaan peribadi. Boleh lah diselang seli dengan kapchai buruk nanti. Minyak pun sangat jimat..

Dah alang alang orang tak ingin.. Kancil ini akan diberi cat baru...



Akan ditiru sebijik skema warna cat kereta mini ini..Tak dapat beli kereta mini berangan dengan warna mini pun jadilah.

Dah cantik nanti tentunya akan semakin sayang...Boleh lah dibawa ke sana sini ke destinasi berhampiran.

Diharapnya memasing tak berebut nak guna. Mentang mentang dah cantik..hehe









1 comment:

  1. Kalau dah mekup cantik-cantik, ramai yang terpikat tu nanti.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK