click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, September 30, 2024

Pokok Ciku ...

Sihat adalah pinjam-pinjaman..   setelah hampir 6 bulan bebas dari sakit kaki, 23hb Sept terkena lagi serangan, nak kata gout doktor maklumkan tiada simptom gout yang biasanya sendi akan merah, panas dan bengkak ..sendi hanya sakit bila menapak. 


Lokasi serangan ini di bahagian belakang atas tumit. Jalan terpaksa bertongkat. Selain ubat klinik kawasan sakit diperap dengan garam untuk meredakan keradangan.


Barangkali serangan ini ada kaitan dengan pemakanan yang silap. Selama ini kita beranggapan semua makanan sesuai untuk semua orang..walhal tidak sedemikian..Orang berdarah A tidak sama kesesuaiannya dengan orang yang berdarah B, AB maupun O. Penulis ada bertemu doktor yang 15 tahun berkhidmat di departmen darah . Beliau mempunyai data pemakanan dan kesesuaian menurut jenis darah pesakit. Penulis memiliki darah jenis O+

Menurut senarai makanan, ada beberapa makanan yang kurang sesuai dimakan oleh orang yang berdarah O+, antaranya kayu manis dan halba. Dan kebetulan sehari sebelum serangan memang penulis ada meminum campuran rebusan air halia, kayu manis, halba dan pandan.

 Penulis juga pernah mengalami simptom teruk apabila meminum jus oren, jus epal dan kuah asam jawa...selain kandungan gula yang tinggi, kesemua makanan ini tidak sesuai untuk mereka yang berdarah O+


Bila sakit, aktiviti ke kebun terpaksa ditangguhkan. Apabila kaki berasa  sedikit lega tak sabar menyinggah untuk sekadar menjenguk..

Sedih bila pokok pisang terkorek sehingga umbut, anak pokok ciku yang baru dipindahkan juga turut tercabut..mujur 2 anak  pokok ciku lagi selamat.. Putik- putik ciku sebesar ibu jari, pokok tanaman  terdahulu turut habis kena petik...Tak apalah..


Ketika ini adalah fasa membesarkan pokok..Pokok-pokok dapat hidup dan belajar berbuah kira sangat bagus dah...Fasa mengawal serangan haiwan  apabila keseluruhan dusun  mula berbuah nanti akan difikirkan kemudian.


Inilah dugaan berkebun..


Tuesday, September 17, 2024

Betik..


Pokok betik tumbuh  di tepi halaman rumah sudah mengeluarkan hasil dan mula menikmati buahnya..Maniss. Walaupun diawal berputik, buah diseliputi kulat putih, atas tunjukajar jiran, keputihan di lap dengan air dan ternyata berkesan. Jika dibiarkan rasanya satu pokok akan diserang kulat. Kini satu persatu buah mulai matang. 





Satu pokok saja pun puas memakan hasil..  Kalau beberapa pokok yang ditanam mulai berbuah nanti..boleh saja samada diberi atau bertukar- tukar barang   dengan jiran- jiran.





Pokok betik, kari dan katak ini pun tumbuh sendiri, rasanya belum terlambat untuk dipindahkan ke tanah.  Pokok betik tumbuh bersama pokok nenas yang ditanam. Jika sukar memindahkan terpaksalah dibiarkan begitu saja, manakala pokok kari dan katak akan dipindahkan ke kebun bukit..rasanya pasu terpaksa dikorbankan..


Dah lama tak menjengah kebun tumpang..

Biarpun ditinggalkan pokok tetap membesar, tapi tak boleh lah disamakan dengan pokok yang berbelai..

Tanpa sedar nanti pokok telah berbuah ...



Pokok pisang  ni tak perasan pun dah tumbang..biarpun tandan kecil saiz buah tetap mantap..


Deretan pokok nenas yang mula diliputi rumput rampai..Bila diselak ternyata pokok nenas masih hidup,  tumbesaran saja sedikit terbantut.

Kebun tumpang ini sudah lebih sebulan tak dijengah..rumput pun sudah meninggi, sebahagiannya mula melilit  pokok -pokok yang ditanam..tapi tak mengapa, bila semangat datang semula, kita tebas menggunakan mesin, sekejap saja  siap..kemudian bersihkan  pangkal-pangkal pokok, tabur baja dan biarkan terus membesar.

Tak rugi berbudi dengan tanah...

Saturday, September 7, 2024

Pangkor 2024- D2

Hari ke 2 Pangkor, sesudah sarapan meneruskan lagi rondaan. Berdasarkan senaraian ada beberapa tempat yang wajib pergi. Walaupun semalam telah melalui tempat itu,  hariini mengulangi ke tempat sama untuk mengetahui lebih dekat.

1. Masjid Terapung Seribu Selawat, masjid yang disempurnakan pada 2017 dibina di Teluk Bharu, dinamakan sedemikian kerana khat selawat ditulis didinding masjid. Senibina serius lawa.

2. Masjid Seribu Doa dibina di pekan yang mempunyai populasi berketurunan cina..dianggarkan terdapat lebih 100-200 mualaf di kawasan sini dan untuk meraikan saudara baru ini masjid didirikan berdasarkan senibina  cina. Doa-doa ditulis di dinding masjid.

3. Tugu Belanda
Merupakan tinggalan struktur musnah  yang dulunya dijadi kubu untuk menyimpan bijih timah. Mereka terpaksa berundur  kerana mendapat tentangan penduduk tempatan. Kesan sejarah ini  dijadikan lokasi wajib pergi Pangkor

4. Batu Bersurat. Bersebelahan saja dengan Tugu Belanda. Tidak sebagaimana batu bersurat Trengganu yang sarat dengan catatan berbahasa Melayu, batu bersurat Pangkor  sekadar tulisan ringkas Belanda yang dipahat dibongkah batu besar, kini diangkat menjadi ikonik Pangkor.


5. Menaiki Atv dan Hiking hutan dan air terjun

Mereka yang gemarkan aktiviti outdoor boleh lah mencuba aktiviti ini..penulis dah puas beraktiviti lasak sambil ber ATV di kebun.

6. Memberi Makan Burung Enggang.
Kami juga tidak ke sini.


Dataran Tugu Belanda..







Batu bersurat..





Masjid Terapong Seribu Selawat



Senibina masjid seribu selawat serius lawa..






Masjid Cina...


Insinerator..Pusat pembakaran sampah pulau. Tak pasti apa yang dibuat dengan hasil bakaran sampah di sini. RnD perlu dilakukan untuk memanfaatkan sisa sampah..bekalan sampah pastinya sentiasa meningkat saban tahun..mungkin boleh di olah menjadi  bongkah konkrit sebagai benteng hakisan laut pula.

.


 

Sesudah Jumaat meninggalkan  pulau  pangkor...

Friday, September 6, 2024

Pangkor 2024

Melunaskan hasrat yang lama tertunggak. Kunjungan ulangan setelah berkunjung belasan tahun dahulu. Mengambil kesempatan majlis bertunang anak buah dan kenduri kawin anak rakan di utara, kami bergerak awal dan memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi transit.. 2H1M bermula Khamis, pengunjung ke pulau tidak sesak. 

Perjalanan ke pulau tidak lebih setengah jam menaiki feri dari Jeti Lumut. Tambang Rm20 pergi balik seorang..Parking kenderaan di parkir bertingkat berbumbung Rm15 satu malam.


Penginapan di pulau banyak pilihan pada harga mampu milik..Resort besar, resort kecil, hotel rumah kedai, homestay semua ada...Walaupun hotel premium ada, kebanyakan harga penginapan dibawah RM200. Sebaik tiba di jeti kami didekati agent agent penginapan dan sewa kenderaan. Menyedari itulah punca pendapatan mereka, bersetuju dengan penginapan yang dicadangkan mengikut bajet. Sewa myvi Rm80 sehari manakala penginapan Puteri Bayu Resort Rm170 satu malam.

Resort cantik cuma agak berusia, sangat popular suatu ketika dulu.

Di pulau  motorsikal banyak, sewa motor Rm30 sebuah. 

Jadual feri setiap satu setengah jam, feri kami bergerak jam 5 ptg, terlepas feri jam 3.30 ptg.

Sesudah mendaftar masuk ke hotel, terus meronda pulau..satu pusingan pulau tak lebih 20km, ketibaan sudah hampir senja, ronda- ronda pulau sekadar melihat lihat dahulu..Pulau Pangkor boleh tahan ramai penduduk...premis premis perniagaan pun banyak. Paling tak sangka banyak taman- taman perumahan baru berskala kecil selain apartmen penginapan. Dikhabarkan sebahagian apartmen ni adalah penempatan semula generasi kedua nelayan- nelayan tempatan.

Minum- minum air kelapa di tepian pantai sebelum singgah solat maghrib di masjid cina





Masjid terapong Seribu Selawat...



Masjid Cina Seribu Doa..





Di Telok Nipah ada deretan restoran menyajikan hidangan steamboat  tapi milik bukan muslim..biarpun ditulis No Pork, campuran perencah yang diguna sangat meragukan.

Makan malam di restoran ala Thai. Hasrat menikmati makanan laut segar tidak kesampaian kerana  tidak menjumpai restoran muslim menyediakan  hidangan makanan laut..

Besok saja kami cari lagi..



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK