Sunday, March 31, 2024
Pantang Gout..Part 1
Baja Organik Hanif..
Orang lain beli berguni baja organik 25kg, kita beli 5 guni saja..harga seguni rm35..kalau beli banyak minima 10 guni ada pengurangan harga...
Pertama kali mencuba baja organik hanif cukup lah beli 5 guni dulu..kalau ikutkan testimoni pengguna lain, baja ini sangat bagus walaupun harganya marhaen berbanding produk lain. Durian hasil guna baja ini juga katanya mantap...masak sekata, tiada yang mengkal.. isi tebal ..jadi ingin menggunakannya...jika tumbesaran pokok pun cantik nanti ..pastinya akan ulang beli..
Thursday, March 28, 2024
Kompresor AC Kembara
Memiliki kenderaan lama hati perlu terbuka menghadapi kemungkinan kenderaan rosak. Walaupun telah membuat baikpulih major pada enjin, akan tetap berlaku masalah pada komponen lain yang memang telah berusia. Kembara ini enjin dah cun, berbunyi lembut, tidak lagi mengaum, cuma baru ini mengalami kerosakan pada kompresor AC...Bila bearing kompresor jem kenderaan langsung tak boleh dihidupkan.
Monday, March 25, 2024
Nangka J33
Pokok nangka kelihatan lebih serasi dan kurang mendapat serangan haiwan liar di kebun bukit. 7 pokok yang ditanam, semuanya menunjukkan prestasi yang baik..kecuali sepokok yg tewas itupun sebab pokok masih kecil selain kurang mendapat pencahayaan kerana terlindung dibalik rimbunan pohon besar. 3 pokok tanaman awal dijangka tahun depan sudah boleh berbuah, melihat kepada tumbesaran terkini.
Sebelum ini rimbunan pohon besar sengaja dibiarkan untuk beredup- redup kerana satu petak ini dikhususkan untuk kelulut..Sekarang menukar rancangan untuk menebang pokok besar dan diganti dengan pokok nangka. Kelulut tetap boleh diternak di bawah rimbunan pokok nangka..
10 pokok nangka J33 telah dibeli untuk ditanam diruangan itu..sepokok ketinggian 2' hanya RM10 beli di nurseri Kampar, Perak., kebetulan hujung minggu ke utara, perjalanan balik singgah disitu..
15 pokok penanti turut disemai dari biji untuk ditanam dipetak yang sama..Keseluruhan nanti dapatlah dalam 30-35 pokok nangka..
Tetap semangat untuk menyulam dengan pokok baru..Kini sedang berdikit-dikit mengumpul modal untuk membuat pagar elektrik keliling kebun
Fuh bukan senang ingin jadi petani..
Wednesday, March 13, 2024
Exhaust fan mini...
Kelengkapan camperKembara 90 peratus siap. Kelengkapan terakhir adalah powerstation untuk kegunaan AC, tanpa kelengkapan ini campervan masih tidak dapat digunakan kecuali bercamping ditanah tinggi atau ketika hujan dingin.. Tanpa suasana nyaman kabin, tidur malam pasti tidak selesa, jika tingkap dibuka nyamuk pula menyerang. Harga powerstation sangat mahal untuk memenuhi tenaga AC sehingga 8jam.
Kini mencuba camperKembara alternatif tanpa AC. Bersembang dengan rakan campers, mereka mencadangkan mengguna exhaust fan., paling terbaik adalah exhaust fan berkapasiti tinggi, namun memerlukan penggunaan tenaga yang besar, sementara waktu ini sehingga powerstation diperolehi, ingin mencuba exhaust fan mini menggunakan kuasa solar atau bateri boleh recaj menggunakan usb. Tak cukup satu boleh mencuba 2 unit..seunit berharga dalam Rm60.
Tujuan exhaust fan adalah untuk menyahkan bahang panas di kabin selain menyedut udara segar masuk ke kabin. Kipas angin masih diperlukan. Dalam suasana dingin malam idea ini mungkin berkesan.
Suasana nyaman kabin diperlukan ketika tidur malam saja, siang kita lebih berada diluar.
Monday, March 11, 2024
Durian Penanti...
Jika hidup nanti akan djadikan sebagai pokok penanti di kebun bukit untuk menyulam mana-mana pokok yang mati atau terencat..atau ditanam sebagai kaki ganda ke pokok sediada...
Tuesday, March 5, 2024
Teh Moringa...
3 pokok moringa yang ditanam di pinggir jalan hadapan rumah sudah lebih dari cukup untuk kegunaan sendiri..Beberapa batang benih yang cuba ditanam di kebun bukit nampaknya tidak begitu menjadi., walaupun bertunas tapi tumbesaran sangat perlahan., tunas pun macam layu-layuan..
Setakat yang penulis dah amalkan teh moringga bagus untuk menstabilkan tekanan darah dan gula dalam darah, ujian terkini, bacaan berada dalam julat sihat.. Untuk uric asid pun bagus, tapi mungkin kandungan uric asid sudah terlebih tinggi.. Baru ini pertama kali, penulis diserang sakit sendi ibu jari petanda kepada penyakit gaut.
Semasa terkena serangan, hari ke 2, memang serba serbi tak kena, malam tak boleh tidur, pusing kiri, kanan menelentang, sendi rasa sakit yang amat ..solat duduk di kerusi, untuk ke tandas terpaksa berpapah dinding.
Telah ke hospital, sampel darah telah diambil dan sedang menanti keputusan ujian..dulu bacaan uric asid memang tinggi, keluar dari julat sihat.
Punca utama sakit yang amat adalah tersilap meminum ubat yang dibeli di farmasi...ada beberapa ubat tidak semuanya boleh dimakan ketika gaut sedang menyerang..ubat itu akan hanya menambah sakit..mujur merujuk rakan doktor apabila tetiba kesakitan yang amat sesudah memakan ubat. Jadi hanya meneruskan memakan ubat yang sepatutnya.
Setelah 5 hari, kesakitan sudah 99 peratus pulih, berbaki rasa ngilu dan trauma jika bergerak lasak...
Doktor menyarankan supaya banyak meminum air kosong, dan berpantang makanan yang menjurus kepada kenaikan uric asid dalam badan.. Keperluan liter air paling kurang 3 peratus dari berat badan. Supaya berdisplin, air akan diminum sebelum dan sesudah solat 5 waktu berdasarkan kuantiti diperlukan.
Fuh dalam kita berwaspada dengan penjagaan kesihatan, bila penyakit datang ia akan datang tanpa notis..