Sunday, March 31, 2024

Pantang Gout..Part 1


Sepanjang penulis menjadi ahli kelab gaut bermula 27hb Feb 2024, sehingga ke tarikh ini sudah 8 kali serangan menimpa diri, tersilap makan akan rasa tidak selesa pada ibujari kaki kiri. Daripada 8, 3 serangan teruk dan selebihnya serangan ringan. Jika maksima 10 sebagai skala sakit, serangan teruk berada pada skala 8-9 atau maksima 10...serangan pertama 27 hb Mac 2024 adalah ringan berpunca dari meminum kopi pracampuran dikuti serangan teruk hari kedua pada skala 10 sebab tersilap mengambil makanan pantang gaut ikan sembilang dan telur ikan selain tersalah makan ubat. Sakit sehingga tidak boleh tidur semalaman. 

Serangan ringan pula berada dibawah paras 1.. serangan kecil ini jika diikuti dengan tersalah makan ia boleh melarat ke serangan teruk...

Serangan teruk terpaksa dibantu dengan ubatan- ubatan untuk meredakan sakit dan bengkak. Manakala serangan ringan boleh saja mengamalkan petua tradisi antaranya membalut dengan daun tembaga suasa.

Gaut berpunca dari beberapa faktor antaranya toksik dikenali urik asid berlebihan dalam tubuh selain ginjal tidak dapat berfungsi dengan optimum untuk menyah toksik sewaktu membuang air kecil..Toksik ini sebaliknya tersimpan dalam badan terutamanya di sendi-sendi dan membentuk kristal seterusnya menyebabkan keradangan teruk pada tisu- tisu..

Sebagaimana diabetis, gaut juga berisiko merosakan ginjal dengan serius sehingga terpaksa berdialisis jika tidak ditangani dengan baik. 

Penulis sebaik mungkin mengelakkan penggunaan ubatan., bimbang dengan kesan sampingan kepada buah pinggang.

Bersambung....


Baja Organik Hanif..


Orang lain beli berguni baja organik 25kg, kita beli 5 guni saja..harga seguni rm35..kalau beli banyak minima 10 guni ada pengurangan harga...

Pertama kali mencuba baja organik hanif cukup lah beli 5 guni dulu..kalau ikutkan testimoni pengguna lain, baja ini sangat bagus walaupun harganya marhaen berbanding produk lain. Durian hasil guna baja ini juga katanya mantap...masak sekata, tiada yang mengkal.. isi tebal ..jadi ingin menggunakannya...jika tumbesaran pokok pun cantik nanti ..pastinya akan ulang beli..


Thursday, March 28, 2024

Kompresor AC Kembara



Memiliki kenderaan lama hati perlu terbuka menghadapi kemungkinan kenderaan rosak. Walaupun telah membuat baikpulih major pada enjin, akan tetap berlaku masalah pada komponen lain yang memang telah berusia. Kembara ini enjin dah cun, berbunyi lembut, tidak lagi mengaum, cuma baru ini mengalami kerosakan pada kompresor AC...Bila bearing kompresor jem kenderaan langsung tak boleh dihidupkan. 

Masalah bermula bila mekanik membuat pintasan kabel kompresor terus ke bateri,  tidak melalui sistem cut off atas sebab-sebab tertentu..Jika tiada pintasan, kerosakan kepada  kompresor   tidak mengganggu sistem enjin yang lain.

Pintasan terus ke bateri menyebabkan kompresor akan terus berkerja walaupun suhu dikabin telah sejuk, sistem biasa, kompresor akan berehat bila suhu kabin telah sejuk. Apabila kompresor kerja berterusan  cooling coil ac akan membeku  akhirnya  udara  sejuk seperti tersumbat untuk disalurkn ke kabin. 

Pintasan itu juga menyebabkan kenderaan memerlukan tenaga kuat untuk menggerakkan keseluruhan sistem.. bila kompresor jem, bateri tidak dapat menampung tenaga dan kenderaan terus mati.

Kompressor telah ditukar, Rm700 unit recond, pintasan kabel telah dikembalikan kepada sistem asal. Kembara kini sangat mantap.., bawak pun rasa syok. 

Cuma sehingga bila kita pun tak pasti sebab macam dah terasa ada yang tak kena pada lower arm pula..Bila memusing stereng maksima mula kedengaran bunyi krek krek krek...huh...mintak duit lagi lah tuu...

Monday, March 25, 2024

Nangka J33

 


Pokok nangka kelihatan lebih serasi dan  kurang mendapat serangan haiwan liar di kebun bukit. 7 pokok yang ditanam, semuanya menunjukkan prestasi yang baik..kecuali sepokok yg tewas itupun sebab pokok masih kecil selain kurang mendapat pencahayaan kerana terlindung dibalik rimbunan pohon  besar. 3 pokok tanaman awal dijangka tahun depan sudah boleh berbuah, melihat kepada tumbesaran terkini.

Sebelum ini rimbunan pohon besar sengaja dibiarkan untuk beredup- redup kerana satu petak ini dikhususkan untuk kelulut..Sekarang menukar  rancangan untuk menebang pokok besar dan diganti dengan pokok nangka. Kelulut  tetap boleh diternak di bawah rimbunan pokok nangka..

10 pokok nangka J33 telah dibeli untuk ditanam diruangan itu..sepokok ketinggian 2' hanya RM10 beli di nurseri Kampar, Perak., kebetulan hujung minggu ke utara, perjalanan balik singgah disitu..


15 pokok penanti turut disemai dari biji untuk ditanam dipetak yang sama..Keseluruhan nanti dapatlah dalam 30-35 pokok nangka..







Pokok durian  lain pula cerita..dari berpuluh pokok ditanam, dengan harga anak pokok yang boleh tahan mahal, banyak yang mati samada tidak dapat menyesuaikan diri sebab manja, selain itu tak tau mengapa monyet sangat suka melanyak pokok durian...lebih dari 10 pokok yang membesar cantik musnah.. kini pokok durian hanya berbaki 14 pokok..




Tetap semangat untuk menyulam dengan pokok baru..Kini sedang berdikit-dikit mengumpul modal untuk membuat pagar elektrik keliling kebun


Fuh bukan senang ingin jadi petani..

Wednesday, March 13, 2024

Exhaust fan mini...

Kelengkapan camperKembara 90 peratus siap. Kelengkapan terakhir adalah powerstation untuk kegunaan AC, tanpa kelengkapan ini campervan masih tidak dapat digunakan kecuali bercamping ditanah tinggi atau ketika hujan dingin.. Tanpa suasana nyaman kabin, tidur malam pasti tidak selesa, jika tingkap dibuka nyamuk pula menyerang.  Harga powerstation sangat mahal untuk memenuhi tenaga AC sehingga 8jam.  



Kini mencuba camperKembara alternatif tanpa AC. Bersembang dengan rakan campers, mereka mencadangkan mengguna exhaust fan., paling terbaik adalah exhaust fan berkapasiti tinggi, namun memerlukan penggunaan tenaga yang besar,  sementara waktu ini sehingga powerstation diperolehi, ingin mencuba exhaust fan mini menggunakan kuasa solar atau bateri boleh recaj menggunakan usb. Tak cukup satu boleh mencuba 2 unit..seunit berharga dalam Rm60.

Tujuan exhaust fan adalah untuk menyahkan  bahang panas di kabin selain menyedut udara segar masuk ke kabin. Kipas angin masih diperlukan. Dalam suasana dingin malam idea ini mungkin berkesan.

Suasana nyaman kabin diperlukan ketika tidur malam saja, siang kita lebih berada diluar.  



Monday, March 11, 2024

Durian Penanti...


Biji durian kampung yang dicampak begitu saja boleh tumbuh. Ciri- ciri lasak begini yang cuba dimanfaatkan dan sebahagiannya dipindahkn ke dalam polibeg, tak pasti samada boleh hidup kerana ketika dicabut hanya akar togel tanpa sedikit pun media tanah .




 Jika hidup nanti akan djadikan sebagai pokok penanti di kebun bukit untuk menyulam mana-mana pokok yang mati atau terencat..atau ditanam sebagai kaki ganda ke pokok sediada...

Harapnya menjadilah...

Tuesday, March 5, 2024

Teh Moringa...


 3 pokok moringa yang ditanam di pinggir jalan hadapan rumah sudah lebih dari cukup untuk kegunaan sendiri..Beberapa batang benih yang cuba ditanam di kebun bukit nampaknya tidak begitu menjadi., walaupun bertunas tapi tumbesaran sangat perlahan., tunas pun macam layu-layuan..

Setakat yang penulis dah amalkan teh moringga bagus untuk menstabilkan tekanan darah dan  gula dalam darah, ujian terkini, bacaan berada dalam julat sihat.. Untuk uric asid pun bagus, tapi mungkin kandungan uric asid sudah terlebih tinggi.. Baru ini pertama kali, penulis diserang sakit sendi ibu jari petanda kepada penyakit gaut.





Semasa terkena serangan, hari ke 2, memang serba serbi tak kena, malam tak boleh tidur, pusing kiri, kanan menelentang, sendi rasa sakit yang amat ..solat duduk di kerusi, untuk ke tandas terpaksa berpapah dinding.


Telah ke hospital, sampel darah telah diambil dan sedang menanti keputusan ujian..dulu bacaan uric asid memang tinggi, keluar dari julat sihat. 

Punca utama sakit yang amat adalah tersilap meminum ubat yang dibeli di farmasi...ada beberapa ubat tidak semuanya boleh dimakan ketika gaut sedang menyerang..ubat  itu akan hanya menambah sakit..mujur merujuk  rakan doktor apabila tetiba kesakitan yang amat sesudah memakan ubat. Jadi hanya meneruskan memakan ubat yang sepatutnya.


Setelah 5 hari, kesakitan sudah 99 peratus pulih, berbaki rasa ngilu dan trauma jika bergerak lasak...


Doktor menyarankan supaya banyak meminum air kosong, dan berpantang makanan yang menjurus kepada kenaikan uric asid dalam badan.. Keperluan liter air paling kurang 3 peratus dari berat badan. Supaya  berdisplin, air akan diminum sebelum dan sesudah solat 5 waktu berdasarkan kuantiti diperlukan.


Fuh dalam kita berwaspada dengan penjagaan kesihatan, bila penyakit datang ia akan datang tanpa notis..