Monday, March 25, 2024

Nangka J33

 


Pokok nangka kelihatan lebih serasi dan  kurang mendapat serangan haiwan liar di kebun bukit. 7 pokok yang ditanam, semuanya menunjukkan prestasi yang baik..kecuali sepokok yg tewas itupun sebab pokok masih kecil selain kurang mendapat pencahayaan kerana terlindung dibalik rimbunan pohon  besar. 3 pokok tanaman awal dijangka tahun depan sudah boleh berbuah, melihat kepada tumbesaran terkini.

Sebelum ini rimbunan pohon besar sengaja dibiarkan untuk beredup- redup kerana satu petak ini dikhususkan untuk kelulut..Sekarang menukar  rancangan untuk menebang pokok besar dan diganti dengan pokok nangka. Kelulut  tetap boleh diternak di bawah rimbunan pokok nangka..

10 pokok nangka J33 telah dibeli untuk ditanam diruangan itu..sepokok ketinggian 2' hanya RM10 beli di nurseri Kampar, Perak., kebetulan hujung minggu ke utara, perjalanan balik singgah disitu..


15 pokok penanti turut disemai dari biji untuk ditanam dipetak yang sama..Keseluruhan nanti dapatlah dalam 30-35 pokok nangka..







Pokok durian  lain pula cerita..dari berpuluh pokok ditanam, dengan harga anak pokok yang boleh tahan mahal, banyak yang mati samada tidak dapat menyesuaikan diri sebab manja, selain itu tak tau mengapa monyet sangat suka melanyak pokok durian...lebih dari 10 pokok yang membesar cantik musnah.. kini pokok durian hanya berbaki 14 pokok..




Tetap semangat untuk menyulam dengan pokok baru..Kini sedang berdikit-dikit mengumpul modal untuk membuat pagar elektrik keliling kebun


Fuh bukan senang ingin jadi petani..

No comments:

Post a Comment