3 pokok moringa yang ditanam di pinggir jalan hadapan rumah sudah lebih dari cukup untuk kegunaan sendiri..Beberapa batang benih yang cuba ditanam di kebun bukit nampaknya tidak begitu menjadi., walaupun bertunas tapi tumbesaran sangat perlahan., tunas pun macam layu-layuan..
Setakat yang penulis dah amalkan teh moringga bagus untuk menstabilkan tekanan darah dan gula dalam darah, ujian terkini, bacaan berada dalam julat sihat.. Untuk uric asid pun bagus, tapi mungkin kandungan uric asid sudah terlebih tinggi.. Baru ini pertama kali, penulis diserang sakit sendi ibu jari petanda kepada penyakit gaut.
Semasa terkena serangan, hari ke 2, memang serba serbi tak kena, malam tak boleh tidur, pusing kiri, kanan menelentang, sendi rasa sakit yang amat ..solat duduk di kerusi, untuk ke tandas terpaksa berpapah dinding.
Telah ke hospital, sampel darah telah diambil dan sedang menanti keputusan ujian..dulu bacaan uric asid memang tinggi, keluar dari julat sihat.
Punca utama sakit yang amat adalah tersilap meminum ubat yang dibeli di farmasi...ada beberapa ubat tidak semuanya boleh dimakan ketika gaut sedang menyerang..ubat itu akan hanya menambah sakit..mujur merujuk rakan doktor apabila tetiba kesakitan yang amat sesudah memakan ubat. Jadi hanya meneruskan memakan ubat yang sepatutnya.
Setelah 5 hari, kesakitan sudah 99 peratus pulih, berbaki rasa ngilu dan trauma jika bergerak lasak...
Doktor menyarankan supaya banyak meminum air kosong, dan berpantang makanan yang menjurus kepada kenaikan uric asid dalam badan.. Keperluan liter air paling kurang 3 peratus dari berat badan. Supaya berdisplin, air akan diminum sebelum dan sesudah solat 5 waktu berdasarkan kuantiti diperlukan.
Fuh dalam kita berwaspada dengan penjagaan kesihatan, bila penyakit datang ia akan datang tanpa notis..
aduhaiiii gout memang sakit. Semuga cepat sembuh
ReplyDeleteAmin yrb al amin..bila dah terkena ni bermakna uric asid adalah tinggi dlm darah..pantang tersilap mkn akan kena serang lagi..kita pun tak tau lagi apa mknan yg boleh atau tak walaupun mengikuti diet yang disarankan..ini yg terjadi kat saya, kena lg serangan kedua, walaupun tak seteruk yg pertama.
Delete