click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, July 29, 2023

Teh Munggai/marungga..


Senang saja nak buat serbuk teh munggai.

Daun munggai dibersihkan dan dijemur, untuk mengekalkan ciri ciri kebaikan daun sebaiknya dijemur tidak dibawah terik matahari, jemurlah ditempat teduh seperti dikaki lima  dsb. 2,3 hari dijemur daun akan benar- benar kering.

Setelah dikisar..siap untuk diguna.

Penulis bukan pakar sekadar membaca perkongsian pengamal, serbuk teh munggai sangat bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan tubuh. Berpada- pada mengamalkannya cukup sehari sekali meminumnya sesudu teh ketika perut kosong.

Wallahualam...


Thursday, July 27, 2023

Taman Rekreasi Tanah Rata...

Apabila budak- budak  tidak mengikut, bertambah panjang langkah kita. Jika tidak, selewatnya jam 9 pagi sudah perlu meninggalkan Cameron Highland. Sebelum tengahari sudah boleh sampai ke KL. Kedai gunting tidak boleh ditutup lama. 



Kelapangan waktu dimanfaatkan dengan beriadah di taman rekreasi Tanah Rata. Ini ulangan beriadah dilokasi sama. Taman rekreasi berkongsi padang dengan sekolah sekolah.


Untuk lebih puas, beriadah disepanjang laluan pejalan kaki pinggiran jalan. Cuaca nyaman membolehkan kita menelusuri lorong lorong kecil berbukit sambil melihat pemandangan persekitaran.




Hospital Sultanah Hajah Kalsom. 


Pemandangan dari perkarangan hospital ..

Segar udara disini...suasana dingin, pemandangan tanah tinggi cantik. Walaupun sudah berkilo meter berjalan santai dan berlari, kepenatan tidak begitu terasa.



Salah satu tarikan Cameron Highland, Taman Agroteknologi Mardi..


Berdasarkan maklumat tertera, pokok teh ini diprolehi dari India ditanam pada 1926, berusia hampir seratus tahun. Terdapat kilang pemerosesan teh dan produk dijual di kedai cenderahati




Pokok Jaboticaba yang berasal dari Amerika Latin, hidup subur disini, produknya digunakan sebagai campuran pewarna jem, jeli dan wain

Ditaman ini terdapat juga pokok epal.
Segala jenis pokok sesuai ditanam di bumi bertuah Malaysia.


 Fuh lawa...


Sesudah beriadah berserapan di Kg Taman Sedia, Tanah Rata, walaupun hari biasa orang ramai berpusu- pusu di sini. Seluruh kampong kini meriah dengan aktiviti perlancongan.

Hasrat memakan Briyani  dalam buluh Cameron Highland terpaksa ditangguh lain kali...Masih terlalu awal untuk makan tenghari. Sudah memasang niat untuk kerap datang ke Cameron Highland.

Check out penginapan terus beredar ke Bagan Serai...

Wednesday, July 26, 2023

Cameron Highland 2023


Harini Rabu kami ke Cameron Highland..

Rabu biasanya hari kebun, tapi pembantu kebun/kedai gunting sering bertanya bila nak ajak berjalan ke destinasi menarik lain..asyik kebun saja. Setelah berbincang akhirnya bersetuju ke Cameron Highland dan masing masing bersedia mengeluarkan modal Rm200 seorang. 3 pembantu nak ikut muatlah satu kereta berlima termasuk orang rumah. Minyak dan tol dalam 200 kita bayar ada lagi 600 boleh lah untuk penginapan dan makan minum 2H1M..ini pun tak cukup sebenarnya, sikit sikit tambah itu tak jadi hal..    2 minggu notis sepatutnya memadai untuk mereka mengumpul wang. 

Sampai waktu pergi ermm ada yang menarik diri kekurangan modal... kita dah tempah bilik tetap kena teruskan rancangan...Walaupun seorang menarik diri yang lain tak boleh ikut berdasarkan persetujuan asal . Nak suruh kita sponsor, maaf.. tak mau memanjakan budak budak...duit rokok sehari sekotak rm12-17 boleh simpan, nak berliburan suruh orang lain payung...banyak cantik..

Dimasa akan datang biar mereka tahu, nak berjalan-jalan mesti bersedia mengeluarkan wang. Dah selalu pesan supaya ketepikan duit harian tak perlu banyak rm5 sudah memadai, selepas 3 bulan dah boleh meronda tempat menarik beramai ramai..resepinya... displin .


Sebelum ke puncak sarapan  dulu dibawah...tadi bergerak awal, jam 9 pagi sudah tiba di Tapah..perut pun dah berkeroncong mintak di isi.







Melalui Tapah singgah dulu melepak sambil minum-minum di hentian Bharat Tea, Ringlet untuk menikmati pemandangan tanah tinggi serta ladang teh.




Singgah lagi makan- makan disini..belum pun petang dah 3 kali singgah makan-makan.  Ada lagi minum petang dan makan malam...pergi berdua oklah...



Nasi lemak Strawbery Abang memang superb...pembungkusan  setaraf mcD dan Kfc.. 



Memetik buah strawberi dah di masukkan dalam itinerary bawak budak- budak ke sini...Asyik bergelumang dengan mesin gunting dan cangkul sesekali kena mencuba suasana baru. 


DCentrum Cameron, Berinchang merupakan pusat beli belah terbaru yang didirikan di bekas tapak pasar malam...

Ini singgahan makan-makan ke 5. Sebelum itu singgah di Agro Market juga tarikan baru Cameron Highland. Walaupun sekadar jajan kalau masing masing sekadar menadah perut tak mau keluar modal..ini parah..




Penginapan kami di Brinchang, Rm180 satu malam. Cukup selesa untuk datang ber enam.  Kalau tahu datang berdua lebih baik tinggal dihotel.. rate ini sudah dapat hotel cantik termasuk sarapan pagi..

 Bila tiada budak yang mengikut, tidaklah tergesa gesa untuk balik. Boleh lah beriadah dulu di tanah tinggi... Selepas itu sudah berkira- kira untuk teruskan perjalanan ke utara...


Tengok cucu beb...

Tuesday, July 25, 2023

Tebu...



Harini mencuba kapak yang telah lama dibeli tapi jarang diguna sebab tumpul...Sesudah diasah dengan grinder, fuh mantap...pokok sebesar betis dengan mudah tumbang kena tetak. 3,4 pokok juga jadi mangsa.

Setelah dikumpulkan dan kering nanti cucuh dengan api, sekejap saja menjadi abu. 

Sambil membersih kebun tumpang dapat membawa balik tebu dan kangkung. Tak banyak tapi oklah untuk kegunaan sendiri.


Tajam tak tajam tebu dikupas menggunakan kapak..

Inilah nikmat berkebun, tak perlu lama 1-2jam sudah memadai.  Bila lencun terasa ringan satu badan, bertambah puas bila   ada saja ole ole yang dibawa setiap kali pulang...

Apalagi jomlah berkebun...


Monday, July 24, 2023

Tayar Terpakai...



Anak avocado yang disemai telah mencapai ketinggian sekaki lebih dan  perlu dibiarkan sedikit masa  lagi sebelum dipindahkan ke kebun. Anak- anak pokok di kebun bila ditanam di dalam pasu tayar kemudian ditabur dengan rambut kurang sedikit di kacau babi. Biarpun ada cubaan mengorek, nampaknya hasrat itu tidak diteruskan...mungkin ruangan sempit asyik tersondol tayar dan terbersin bila tersedut rambut..

Inilah antara dugaan berkebun dikelilingi belukar tebal.





Anak pokok petai pun perlukan sedikit waktu untuk dipindahkan.. Semangat sedikit pulih, bila pokok petai di kebun yang keguguran daun mulai keluar semula tunas baru..

Setiap kali ke kebun membawa 5-12 biji tayar terpakai..kenal dah dengan tuan bengkel sebab kerap mengambil tayar dibengkelnya. Keperluan tayar dikebun masih banyak lagi. Selain dibuat pasu pokok, tayar digunakan sebagai asas anak tangga di laluan bercerun. Ketika ini sudah 4 tangga disiapkan dan ternyata sangat memudahkan untuk turun naik cerun..sebelum ini membuat tangga dengan mencangkul tanah membentuk anak tangga, ermm sekejap saja rosak...



Turun naik cerun, tak risau tergelincir lagi...
 
Jom manfaatkan tayar terpakai..


Saturday, July 22, 2023

Taman Rimba Riang, Kota Damansara


Meneruskan pencarian taman rekreasi, membawa kami ke Taman Rimba Riang, Kota Damansara. Dalam kepala terbayang kawasan riadah luas bersuasanakan hutan rimba sesuai dengan nama.




Ermm rupanya tipikal kawasan riadah di taman perumahan, trek berjogging pendek, mengelilingi tasik takungan  kecil ...sekali pusing dlm 5-600m., walaupun tempat cantik ianya tidak menepati ciri- ciri yang penulis cari... Kriteria penulis, paling kurang 3-5km sekali pusing baru rasa sedikit puas...Biasanya dimulai dengan berjalan santai diikuti dengan berlari anak, baru badan berpeluh dan terasa ringan, sekali pusing memadai boleh terus balik.




 
Bila trek pendek terpaksalah berpusing banyak kali.. Jemu asyik menemui pemandangan sama berulang kali. Kalau kawasan luas, luaslah pemandangan..






Dipinggiran tasik terdapat Pokok Kemunting, kalau orang tak beritahu, penulis pun tak kenal, buahnya rasa seperti buah senduduk.




Terdapat juga Pokok Sentul, ketika ini banyak pokok sedang berbuah. Kalau di pantai timur kulit buah sentul  di masak dijadikan sayur. Geram jer nak memanjat untuk memetik buah, mengenangkan ini taman awam dikhuatiri ramai yang meniru, maka melupakan hasrat. 


Seperti biasa sehabis beriadah terus mencari tempat sarapan. Cafe Maharani, Kota Damansara memang superb.   Terjumpa secara tak sengaja. Pelanggan ramai. Susunatur menarik. Hidangan  sangat banyak, walaupun yang dimakan tetap sebagaimana yang kita suka, yang lain boleh menjadi halwa mata.

Boleh ulang  riadah di Taman Rimba Riang, bukan sebab tempat ni best, tapi nak pergi lagi bersarapan di Cafe Maharani hehe..

Friday, July 21, 2023

Denai Alam & Bukit Fraser

Rutin mingguan selang sehari akan berkujung ke lokasi riadah, supaya tidak jemu dan kekal istiqamah, sebaik mungkin akan berpindah randah lokasi. 

Jika hari berkerja selalunya akan ke lokasi berhampiran yang tidak perlu bersesak di jalanraya dengan warga kerja lain..




Namun sesekali bersesak juga dengan yang lain jika telah jemu dengan lokasi sama walaupun pada hari berkerja.





Jika hujung minggu baru ini kami ke Bukit Dinding Wangsamaju KL, jom sihat Khamis kami ke Denai Alam, di Shah Alam. Elmina taman berjiran kerap juga ke sana, tapi kalini ingin mencuba lokasi baru..ada beberapa tempat lain telah dikenal pasti hasil perkongsian orangramai di Utube, berkelapangan nanti akan ke sana pula.




Di Denai Alam tidak  terdapat kawasan riadah luas sebagaimana di Elmina. Di sini kawasan riadah hanya melingkari tasik takongan air tidak begitu besar, namun kelebihan kawasan perumahan dibawah pemaju besar akan terdapat kawasan pejalan kaki di sepanjang jalan utama, jika tidak puas mengelilingi tasik boleh  bersambung ke jalan utama. Cuma penulis kurang berminat membuat loop sendiri yang terpaksa melintasi aliran trafik dsb..

Walaupun kecil, terdapat peralatan bersenam disini...dan uniknya lagi terdapat pokok buahan...jarang benar terdapat pokok buahan di taman awam..



Sesudah berjogging bercadang ingin berziarah ke rumah rakan di Tg Malim, rupanya no telefon yang dalam simpanan,  kini milik orang lain..ermm...Melencong ke Bukit Fraser lah kita. 





Selalunya jika ke Bukit Fraser kami akan melepak di Cafe puncak bukit yang menyajikan pemandangan tanah tinggi... haritu cafe tidak dibuka. Jadi kami melepak  di  kawasan mercutanda Bukit Fraser berdekatan dengan hotel d'Puncak sambil minum -minum di cafe hotel.




Bukit Fraser kini musim bunga...Seronok melepak di puncak bukit dengan suasana yang nyaman. 



Sesudah asar baru turun bukit dan singgah sebentar di kawasan rehat Empangan Kuala Kubu.





Ketiga-tiga  tempat kunjungan penulis sangat suka..cantik dan bersih..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK