Apabila budak- budak tidak mengikut, bertambah panjang langkah kita. Jika tidak, selewatnya jam 9 pagi sudah perlu meninggalkan Cameron Highland. Sebelum tengahari sudah boleh sampai ke KL. Kedai gunting tidak boleh ditutup lama.
Kelapangan waktu dimanfaatkan dengan beriadah di taman rekreasi Tanah Rata. Ini ulangan beriadah dilokasi sama. Taman rekreasi berkongsi padang dengan sekolah sekolah.
Untuk lebih puas, beriadah disepanjang laluan pejalan kaki pinggiran jalan. Cuaca nyaman membolehkan kita menelusuri lorong lorong kecil berbukit sambil melihat pemandangan persekitaran.
Pemandangan dari perkarangan hospital ..
Segar udara disini...suasana dingin, pemandangan tanah tinggi cantik. Walaupun sudah berkilo meter berjalan santai dan berlari, kepenatan tidak begitu terasa.
Berdasarkan maklumat tertera, pokok teh ini diprolehi dari India ditanam pada 1926, berusia hampir seratus tahun. Terdapat kilang pemerosesan teh dan produk dijual di kedai cenderahati
Ditaman ini terdapat juga pokok epal.
Segala jenis pokok sesuai ditanam di bumi bertuah Malaysia.
Fuh lawa...
Sesudah beriadah berserapan di Kg Taman Sedia, Tanah Rata, walaupun hari biasa orang ramai berpusu- pusu di sini. Seluruh kampong kini meriah dengan aktiviti perlancongan.
Hasrat memakan Briyani dalam buluh Cameron Highland terpaksa ditangguh lain kali...Masih terlalu awal untuk makan tenghari. Sudah memasang niat untuk kerap datang ke Cameron Highland.
Check out penginapan terus beredar ke Bagan Serai...
Selamat beriadah
ReplyDelete