click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, October 16, 2021

Bila melawat pulau, balik-balik pergi tempat yang sama. Kereta sewa tak sempat panas enjin dah tiba di destinasi. Mujur Langkawi bukan sekadar Langkawi, banyak pulau- pulau dan tempat menarik di persekitaran pulau itu sendiri.

Kunjungan kali ini kami ke Kilim Geoforest Park. Salah satu dari 3 Geoforest Langkawi. Dua lagi adalah MatChinchang Cambrian Geoforest Park dan Dayang Bunting Geoforest Park.

MatChincang dah kami kunjungi dahulu walaupun sekadar menaiki kereta kabel tercuram dunia. Kunjungan akan datang lah kot ke Dayang Bunting pula.


 Untuk ke Kilim Geoforest park boleh berkongsi bot dengan kadar bayaran RM70-160 satu kepala bergantung kepada permintaan semasa. Jika berkumpulan lebih murah menyewa sendiri sebuah bot dengan kadar bayaran antara RM250-RM350


Bot bermudik dari Jeti Tg Rhu. Satu boat memuatkan sehingga 18 -24 penumpang bergantung kepada saiz bot.
Pakej meliputi lawatan ke hutan paya bakau,  kolam ternakan ikan terapung, gua-gua  batu kapur dan di akhiri dengan mandi-manda pantai


Pengunjung berpeluang memberi makan dan menyaksikan aksi akrobatik burung helang menyambar makanan semasa menyusuri sungai hutan paya bakau.


 Berpeluang juga menyaksikan gelagat monyet -monyet berebut makanan yang dicampakkan.

Banyak lagi spesis fauna yang boleh disaksikan sepanjang menelusuri sungai.


Terpaksa menundukkan diri ketika melalui terowong sungai/Gua Buaya. Dinamakan Gua Buaya kerana mulut gua menyerupai buaya. Inilah uniknya geoforest disini dimana satu satunya di Malaysia, gunung batu kapur dan hutan paya bakau berkongsi tempat yang sama.

Bergantung kepada pengalaman jurumudi untuk waktu sesuai menelusuri sungai paya bakau ini..Ketika air pasang gua ditengelami air, air surut bot sangkut didasar sungai.

Pengunjung dilarang menyentuh ranting pohon  yang berjuntaian di sepanjang sungai. Ketika musim hujan banyak  spesis ular menyamar  didahan pokok untuk mendapatkan cahaya matahari.




Kemuncak lawatan adalah berkunjung ke kolam ternakan ikan terapong. Ikan, udang yang dibela dan dijual dijadikan menu tambahan boleh merabakkan poket anda. 

Pakej lawatan sekadar dihidangkan nasi goreng, pencuci mulut buahan dan air minuman. 

Udang Kara Rm17 per 100 gm. Ikan Kerapu Rimau Rm18 per 100 gm dan banyak lagi spesis lain.

Makan berdua menu  kari Kerapu Rimau paling kecil berat hampir 800 gram, jenuh juga untuk dihabiskan. Sesekali takper menambah berat badan, panjat, turun kebun bukit nanti turunlah semula.


Lawatan berikutnya berkunjung ke Gua Kelawar. Dah nama pun kelawar, didalamnya bergayutan kelawar- kelawar dengan bau najis yang menyesakkan.





Bentukan bentukan stalaktit dan stalagmit dari akvitiviti tetesan air batu kapur usia ratusan juta tahun.




Pastinya rugi tidak bergambar di mercutanda tulisan mega Kilim Geoforest Park sebelum mengakhiri lawatan.


Sementara menunggu yang lain bermandi manda dipantai, kita melepak dalam bot sambil bersembang dengan jurumudi bot, huh puas dah berjemur tengah panas kebun. 

Lawatan selesai jam 3 petang.

Friday, October 15, 2021

Jom -Jom Langkawi...


Bila bermain dengan peralatan tajam, segalanya mungkin...
Semasa berkebun entah bagaimana boleh tercantas ibujari sendiri...Teruk juga luka, mujur parang tak begitu tajam, jika tidak, harus tertanggal ibujari.

2 hari lepas terkena lagi jari tengah semasa menyembelih ayam...

Petunjuk disuruh berehat dari membuat kerja kebunlah kot. 😁


Bila kerajaan  membenarkan rentas negeri untuk destinasi terpilih Langkawi, kami teruja mengikuti pogram itu. Namun belum sempat terbang pada 14 Oktober, rentas negeri seluruh negara telah dibenarkan pada 11 Oktober 2021.

SOP mengemukakan keputusan ujian covid19 tidak diperlukan lagi, cukup sekadar mengimbas suhu dan menunjukkan sijil digital 2 dos vaksinasi.


Sesuai dengan norma baru, urusan penerbangan juga terpalit.




Langkawi secara berkala dibuka kepada orang luar, hanya penerbangan tanpa had dibenarkan, perkhidmatan feri hanya terdapat satu trip ulang alik.

Kekerapan ini dijangka akan ditingkatkan selaras dengan kebenaran rentas negeri seluruh negara.

Ramai juga yang menyahut program gelembung destinasi ke Langkawi. Pantai Chenang ramai pengunjung.

Aktiviti pantai hidup kembali. Pastinya ramai yang menarik nafas lega apabila kegiatan ekonomi mulai rancak semula.


Jauh cari stok ori minyak gamat untuk persediaan luka akan datang...Sebotol tak sampai seringgit di sini, sedangkan yang dibeli baru ini harganya hampir RM3 sebotol.

Sebelah malam juga meriah, cuma tak pasti bagaimana pengunjung asing seperti Mat Salleh, Arab dll boleh berada disini. Mungkinkah mereka terperangkap sejak sebelum PKP diperkenalkan dulu. WallahuA'lam

Kunjungan kali ini mencari pakej lawatan ke Kilim Geopark, tapak warisan dunia Unesco.
Di Pantai Chenang banyak kiosk pelancongan menjual pakej tersebut.

Tunggu laporan seterusnya...

Friday, October 8, 2021

Sg Pertak Kuala Kubu Bharu

Pergi ke kebun sehari, rehat 2 hari. Nak pergi selalu takut semangat berkebun patah di tengah jalan. Bila sesekali pergi, semangat yang hadir  lain macam. 

Masa tak ke kebun kita berjalan lah. Sementara tak boleh merentas negeri, misi harini meninjau resort- resort mini selain tempat-tempat menarik berdekatan yang sering dikongsi di media-media sosial. Pelik, kami yang duduk berhampiran pun tak pernah tahu tempat itu.

Tak sangka memang banyak resort-resort mini sesuai  dijadikan tempat berkumpul dalam kumpulan yang kecil di Serendah, Kuala Kubu maupun Kalumpang. Jika dilihat harga penginapan boleh tahan juga... Orang tak begitu kesah berbelanja Rm1500-2000 satu malam untuk menginap di villa kebun yang dilengkapi dengan kolam renang...Selalunya tempat begini dijadikan tempat berkumpul keluarga termasuk anak-anak dan menantu. Anak- anak kecil pastinya gembira dapat bermain sambil berkubang di kolam renang. 

Inilah kot rahmatnya hanya boleh merentas daerah...Banyak tempat-tempat menarik tempatan yang boleh dimanfaatkan.

Kuala Kubu Bharu memang sangat banyak tempat-tempat menarik semula jadi, sesuai dengan kedudukannya di tanah tinggi. Jeram dan air terjun sangat sinonim dengan tanah tinggi. 

Air Terjun Sg Chilling. Di gambar kelihatan rendah, yang sebenar begitu tinggi. Menggetarkan jiwa saat memandang dan mendengar deruan terjunan air..

Jika di Tasik Kenyir terdapat santuari ikan kelah, di Sg Chilling Kuala Kubu pun ada. Air Sungai Chilling mengalir terus ke Empangan Kuala Kubu.

Satu lagi tempat menarik semula jadi yang kami kunjungi secara tidak sengaja adalah Sungai Pertak. Sungai yang turut berhubung dengan Empangan KKB. Kami yang tinggal di daerah berjiran pun tak tau tempat ini, apatah lagi orang di luar daerah yang jauh. Sepatutnya dipasang papan tanda mega saat merentasi lokasi menarik  untuk mempromosi tempat-tempat itu. Tak salah kita meniru negara jiran seperti Thailand yang mempromosikan sedemikian di daerah berkaitan.

Kegiatan ekonomi setempat pasti akan turut berkembang jika ramai pengunjung datang.




Cuma tak seronoknya berkunjung di tempat tumpuan, hati menjadi sangat sakit dengan perangai pengotor pengunjung.

 Adalah disarankan setiap pengunjung dikenakan deposit sampah sebagai jaminan membawa balik sampah daripada dibuang atau ditinggalkan ditempat perkelahan.

 Tempat perkelahan sangat tidak sesuai disediakan tong sampah kerana akan disepahkan semula oleh binatang liar. Lagipun tiada siapa yang datang mengutip sampah dihujung hujung mingggu. Sampah yang ditinggalkan sangat menyakitkan mata dan hati. 

Jom la kita berubah..Yang Cantik itu bersih yang bersih pasti cantik.

Sunday, October 3, 2021

Akses Motor ke Puncak Kebun

7.30 pergi 12.00 tenghari balik. .Perjalanan ke kebun mengambil masa sejam sehala.

Gambar pada 6 Ogos

Gambar pada 6 Ogos 2021


Gambar pada September 30 2021



Gambar pada September 30

Dalam tempoh 2 bulan, hampir separuh  keluasan kebun telah ditebas dan bertanam dengan pelbagai pokok. Dengan keluasan tak seberapa memadai menggunakan kudrat sahaja dengan seorang pembantu, lagipun tiada keperluan membuat teres tanaman pada kebun. Anggaplah sambil berkebun sambil beriadah.

Kini baki yang belum dibersihkan tidak begitu semak, campuran pokok dewasa dan anak pokok besar lengan yang akan ditebang bila perlu.

Pembersihan kebun di tempat paling sukar telah selesai, kini boleh menumpukan membuat akses motor atau ATV ke puncak. Tanah tersangat gembur, jadi mudah mencangkul membina teres zig zag  laluan motor.

Untuk membuat laluan kenderaan empat roda nanti memang terpaksa menggunakan jentera.



Jika dulu untuk ke kebun, kenderaan diletakkan dipinggir jalan utama dan terpaksa menapak dan mendaki dalam jarak 700m, kini motor telah boleh dibawa ke kaki bukit sempadan kebun. Perlukan sedikit waktu lagi untuk boleh di bawa sehingga ke puncak, dimana rumah kebun bakal dibina.

Dengan kemajuan ini banyak tenaga dapat dijimatkan. Jika tidak, lembik badan apabila mendaki sambil membawa beban.

Jika mengekalkan momentum datang 2 kali seminggu... Kemajuan dicapai akan bertambah pantas, yang penting istiqamah

Yeahh..Nak buat rumah kebun...Nak buat rumah kebun...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK