click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 30, 2021

Taman Awam Ecoworld Grandeur Puncak Alam, Selangor

Huh tiada yang lebih menggirangkan tekala dapat beriadah ditaman rekreasi yang sangat mempersonakan.

Thumbs up untuk pemaju Ecoworld Grandeur Puncak Alam yang menyajikan taman awam bertaraf internasional. Toleh sana cantik, sini cantik, serba serbi kemas tersusun dan terpelihara.



Kawasan yang dulunya berpaya kini berubah wajah menjadi kawasan rekreasi sangat indah.



Pelbagai alatan senaman tersedia dibeberapa lokasi sepanjang jogging trek.

Beriadah santai mengelilingi tasik yang sangat luas sambil menghayati keindahan taman.



Geram melihat rimbunan pokok hiasan yang dijaga begitu rapi. Pastinya bukan murah untuk mencapai keindahan sebegini.

Tidak hairanlah pokok-pokok begitu subur dan sihat, selain pembajaan, pembersihan rumput-rampai, pokok- pokok turut disembur racun serangga.




Semestinya taman awam ini akan menjadi antara destinasi pilihan riadah kami, sangat ideal untuk terapi fizikal dan minda.

Friday, November 5, 2021

Ronda-Ronda Cameron Highland...


Ahad trafik menghala ke selatan dijangka sesak. Anak-anak yang berkerja Isnin perlu segera beredar.



Hasrat membawa sikecik ke zoo Taiping tak kesampaian kerana hujung minggu orang terlalu ramai, lagipun dengan waktu yang suntuk lawatan tidak mengujakan.


Sepanjang perjalanan berhentilah dilokasi menarik untuk mengabadikan foto.


Kita yang tiada waktu rasmi berkerja nih meneruskan lagi ronda -ronda.

 Sementara itu memanfaatkan anak yang berkerja di Hospital Parit Buntar untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala setiap 6 bulan. Sejak PKP tiada pemeriksaan dibuat. Jika di hospital/klinik swasta mau 3,4 ratus terbang, di hospital kerajaan semuanya percuma.



Dalam perjalanan balik Isnin, kita menyinggahlah ke Cameron Highland, menyangkakan hari biasa orang taklah begitu ramai.

Rupanya orang ramai berpusu pusu ke puncak juga, dari Simpang Pulai ke Brincang kenderaan banyak. Kemuncak di Brincang pemanduan lebih banyak bermain dengan brek. Huh mungkin hujung tahun orangramai manghabiskan cuti tahunan.




Secara peribadi penulis tak suka Brinchang, pembangunan masih tidak tersusun ditambah dengan gerai-gerai janji pacak menyakitkan mata dan hati. Perangai orang ramai yang suka mengotori persekitaran  sangat melemaskan. Sayang, suasana nyaman tidak dimanfaatkan dan dinikmati sebaiknya.


Kami menginap di Tanah Rata. Suasana lebih tersusun dan aman.

Selasa melawat Ladang Teh Sg Palas, pengeluar teh Boh, mengulangi lawatan 30 tahun dulu ketika bersama rombongan syarikat.



Berbanding Ladang Teh Bharat yang berada dipinggiran jalan Tapah-Cameron Highland, Ladang Sg Palas agak jauh ke dalam sesudah pekan Brinchang. Namun tidak menghalang pengunjung untuk datang. Bersusun kenderaan menanti giliran melalui laluan sempit, ditambah terdapat pembaikan cerun runtuh dilaluan ke sana.
 


Pergi ke sini sepagian menghabiskan masa  menikmati pemandangan ladang indah dalam suasana dingin sambil menghirup teh panas.



Terlewat check out hotel kerana terperangkap dengan kesesakan sepanjang perjalanan Brinchang-Tanah Rata.

Lari dari kebiasaan, kami melalui jalan Sg Koyan untuk ke KL. Laluan ini sangat popular dikalangan mat motor


Sg Koyan destinasi persinggahan mat motor. 

Hajat melalui lebuhraya baru tak kesampaian. Lebuh raya baru Bentung -Gua Musang tidak melalui Raub sebaliknya melalui Kuala Lipis.

Di Bentung hari beransur gelap dan hujan..  


Jika tidak terkenangkan ayam direban nescaya kami singgah bermalam di Genting Highland...

Monday, November 1, 2021

JJCM Kuala Kurau...

Bila merentas negeri dibenarkan maka berpusu-pusulah orang ramai ke destinasi pilihan. 


Tak sangka dalam kita melayan pemanduan, kelibat motor memotong macam dikenali. 



Sah, geng bermotor yang dulu sama- sama meronda Thai, Laos dan Kemboja. Hampir 3 tahun tidak bertemu, bersua secara tidak sengaja di jalanan. Rupanya mereka menginap tidak jauh dari penginapan kami.

Berbanding penulis, ternyata semangat bermotor mereka masih kental walaupun ada yang menginjak usia 70an.  

Keinginan mengulangi meronda keliling negara asean masih menebal tapi dengan menaiki kereta pula.


Ronda- ronda dan makan-makan memang tidak dapat dipisahkan. Jika ke utara di daerah Perak menu popular adalah mee udang atau mee ketam.


Dengan adanya media sosial, kini boleh menikmati hidangan makanan laut murah walau diceruk mana sekalipun. Mee ketam atau mee udang special di Warong Parit 30  Kuala Kurau ini sekadar berharga  RM17 sepinggan. 

Jika kebiasaannya kita terpaksa menguis mee untuk mencari udang maupun ketam, hidangan special disini terpaksa menguis udang maupun ketam untuk mencari mee.

Cuma secara peribadi keenakan mee bandung masih sukar. digugat.


Benarlah Malaysia adalah syurga makanan dunia. Nasi arab enak pun ada di Taiping. 


Kemuncak ronda -ronda adalah bertemu anak cucu yang lama terpisah. Kesempatan merentas negeri dimanfaatkan dengan berkumpul bersama anak beranak dirumah anak sulung di Kuala Kurau, sambil makan-makan lagi..




Pergh jika meronda ronda memang kena lupakan seketika pasal diet.







CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK