Ahad trafik menghala ke selatan dijangka sesak. Anak-anak yang berkerja Isnin perlu segera beredar.
Hasrat membawa sikecik ke zoo Taiping tak kesampaian kerana hujung minggu orang terlalu ramai, lagipun dengan waktu yang suntuk lawatan tidak mengujakan.
Sepanjang perjalanan berhentilah dilokasi menarik untuk mengabadikan foto.
Kita yang tiada waktu rasmi berkerja nih meneruskan lagi ronda -ronda.
Sementara itu memanfaatkan anak yang berkerja di Hospital Parit Buntar untuk membuat pemeriksaan kesihatan berkala setiap 6 bulan. Sejak PKP tiada pemeriksaan dibuat. Jika di hospital/klinik swasta mau 3,4 ratus terbang, di hospital kerajaan semuanya percuma.
Dalam perjalanan balik Isnin, kita menyinggahlah ke Cameron Highland, menyangkakan hari biasa orang taklah begitu ramai.
Rupanya orang ramai berpusu pusu ke puncak juga, dari Simpang Pulai ke Brincang kenderaan banyak. Kemuncak di Brincang pemanduan lebih banyak bermain dengan brek. Huh mungkin hujung tahun orangramai manghabiskan cuti tahunan.
Secara peribadi penulis tak suka Brinchang, pembangunan masih tidak tersusun ditambah dengan gerai-gerai janji pacak menyakitkan mata dan hati. Perangai orang ramai yang suka mengotori persekitaran sangat melemaskan. Sayang, suasana nyaman tidak dimanfaatkan dan dinikmati sebaiknya.
Kami menginap di Tanah Rata. Suasana lebih tersusun dan aman.
Selasa melawat Ladang Teh Sg Palas, pengeluar teh Boh, mengulangi lawatan 30 tahun dulu ketika bersama rombongan syarikat.
Berbanding Ladang Teh Bharat yang berada dipinggiran jalan Tapah-Cameron Highland, Ladang Sg Palas agak jauh ke dalam sesudah pekan Brinchang. Namun tidak menghalang pengunjung untuk datang. Bersusun kenderaan menanti giliran melalui laluan sempit, ditambah terdapat pembaikan cerun runtuh dilaluan ke sana.
Pergi ke sini sepagian menghabiskan masa menikmati pemandangan ladang indah dalam suasana dingin sambil menghirup teh panas.
Terlewat check out hotel kerana terperangkap dengan kesesakan sepanjang perjalanan Brinchang-Tanah Rata.
Lari dari kebiasaan, kami melalui jalan Sg Koyan untuk ke KL. Laluan ini sangat popular dikalangan mat motor
Sg Koyan destinasi persinggahan mat motor.
Hajat melalui lebuhraya baru tak kesampaian. Lebuh raya baru Bentung -Gua Musang tidak melalui Raub sebaliknya melalui Kuala Lipis.
Di Bentung hari beransur gelap dan hujan..
Jika tidak terkenangkan ayam direban nescaya kami singgah bermalam di Genting Highland...