Monday, November 1, 2021

JJCM Kuala Kurau...

Bila merentas negeri dibenarkan maka berpusu-pusulah orang ramai ke destinasi pilihan. 


Tak sangka dalam kita melayan pemanduan, kelibat motor memotong macam dikenali. 



Sah, geng bermotor yang dulu sama- sama meronda Thai, Laos dan Kemboja. Hampir 3 tahun tidak bertemu, bersua secara tidak sengaja di jalanan. Rupanya mereka menginap tidak jauh dari penginapan kami.

Berbanding penulis, ternyata semangat bermotor mereka masih kental walaupun ada yang menginjak usia 70an.  

Keinginan mengulangi meronda keliling negara asean masih menebal tapi dengan menaiki kereta pula.


Ronda- ronda dan makan-makan memang tidak dapat dipisahkan. Jika ke utara di daerah Perak menu popular adalah mee udang atau mee ketam.


Dengan adanya media sosial, kini boleh menikmati hidangan makanan laut murah walau diceruk mana sekalipun. Mee ketam atau mee udang special di Warong Parit 30  Kuala Kurau ini sekadar berharga  RM17 sepinggan. 

Jika kebiasaannya kita terpaksa menguis mee untuk mencari udang maupun ketam, hidangan special disini terpaksa menguis udang maupun ketam untuk mencari mee.

Cuma secara peribadi keenakan mee bandung masih sukar. digugat.


Benarlah Malaysia adalah syurga makanan dunia. Nasi arab enak pun ada di Taiping. 


Kemuncak ronda -ronda adalah bertemu anak cucu yang lama terpisah. Kesempatan merentas negeri dimanfaatkan dengan berkumpul bersama anak beranak dirumah anak sulung di Kuala Kurau, sambil makan-makan lagi..




Pergh jika meronda ronda memang kena lupakan seketika pasal diet.







2 comments: