Saturday, October 16, 2021

Bila melawat pulau, balik-balik pergi tempat yang sama. Kereta sewa tak sempat panas enjin dah tiba di destinasi. Mujur Langkawi bukan sekadar Langkawi, banyak pulau- pulau dan tempat menarik di persekitaran pulau itu sendiri.

Kunjungan kali ini kami ke Kilim Geoforest Park. Salah satu dari 3 Geoforest Langkawi. Dua lagi adalah MatChinchang Cambrian Geoforest Park dan Dayang Bunting Geoforest Park.

MatChincang dah kami kunjungi dahulu walaupun sekadar menaiki kereta kabel tercuram dunia. Kunjungan akan datang lah kot ke Dayang Bunting pula.


 Untuk ke Kilim Geoforest park boleh berkongsi bot dengan kadar bayaran RM70-160 satu kepala bergantung kepada permintaan semasa. Jika berkumpulan lebih murah menyewa sendiri sebuah bot dengan kadar bayaran antara RM250-RM350


Bot bermudik dari Jeti Tg Rhu. Satu boat memuatkan sehingga 18 -24 penumpang bergantung kepada saiz bot.
Pakej meliputi lawatan ke hutan paya bakau,  kolam ternakan ikan terapung, gua-gua  batu kapur dan di akhiri dengan mandi-manda pantai


Pengunjung berpeluang memberi makan dan menyaksikan aksi akrobatik burung helang menyambar makanan semasa menyusuri sungai hutan paya bakau.


 Berpeluang juga menyaksikan gelagat monyet -monyet berebut makanan yang dicampakkan.

Banyak lagi spesis fauna yang boleh disaksikan sepanjang menelusuri sungai.


Terpaksa menundukkan diri ketika melalui terowong sungai/Gua Buaya. Dinamakan Gua Buaya kerana mulut gua menyerupai buaya. Inilah uniknya geoforest disini dimana satu satunya di Malaysia, gunung batu kapur dan hutan paya bakau berkongsi tempat yang sama.

Bergantung kepada pengalaman jurumudi untuk waktu sesuai menelusuri sungai paya bakau ini..Ketika air pasang gua ditengelami air, air surut bot sangkut didasar sungai.

Pengunjung dilarang menyentuh ranting pohon  yang berjuntaian di sepanjang sungai. Ketika musim hujan banyak  spesis ular menyamar  didahan pokok untuk mendapatkan cahaya matahari.




Kemuncak lawatan adalah berkunjung ke kolam ternakan ikan terapong. Ikan, udang yang dibela dan dijual dijadikan menu tambahan boleh merabakkan poket anda. 

Pakej lawatan sekadar dihidangkan nasi goreng, pencuci mulut buahan dan air minuman. 

Udang Kara Rm17 per 100 gm. Ikan Kerapu Rimau Rm18 per 100 gm dan banyak lagi spesis lain.

Makan berdua menu  kari Kerapu Rimau paling kecil berat hampir 800 gram, jenuh juga untuk dihabiskan. Sesekali takper menambah berat badan, panjat, turun kebun bukit nanti turunlah semula.


Lawatan berikutnya berkunjung ke Gua Kelawar. Dah nama pun kelawar, didalamnya bergayutan kelawar- kelawar dengan bau najis yang menyesakkan.





Bentukan bentukan stalaktit dan stalagmit dari akvitiviti tetesan air batu kapur usia ratusan juta tahun.




Pastinya rugi tidak bergambar di mercutanda tulisan mega Kilim Geoforest Park sebelum mengakhiri lawatan.


Sementara menunggu yang lain bermandi manda dipantai, kita melepak dalam bot sambil bersembang dengan jurumudi bot, huh puas dah berjemur tengah panas kebun. 

Lawatan selesai jam 3 petang.

1 comment: