Thumbs up untuk pemaju Ecoworld Grandeur Puncak Alam yang menyajikan taman awam bertaraf internasional. Toleh sana cantik, sini cantik, serba serbi kemas tersusun dan terpelihara.
Kawasan yang dulunya berpaya kini berubah wajah menjadi kawasan rekreasi sangat indah.
Pelbagai alatan senaman tersedia dibeberapa lokasi sepanjang jogging trek.
Geram melihat rimbunan pokok hiasan yang dijaga begitu rapi. Pastinya bukan murah untuk mencapai keindahan sebegini.
Tidak hairanlah pokok-pokok begitu subur dan sihat, selain pembajaan, pembersihan rumput-rampai, pokok- pokok turut disembur racun serangga.
Semestinya taman awam ini akan menjadi antara destinasi pilihan riadah kami, sangat ideal untuk terapi fizikal dan minda.
Hari tu balik kampung, sempat menginap dua malam di Puncak Alam. Jalan-jalan situ juga cari makan tapi tak sempat menikmati pemandangan yang cantik itu.
ReplyDeleteNt ckg balik lg boleh meronda kat ctu lg..hehe
Delete